• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

4 Kesilapan Besar Pelabur Buat Ketika Market Crash

in Asas Saham
A A
4 Kesilapan Besar Pelabur Buat Ketika Market Crash
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

“Kesilapan yang membuatkan pelabur rugi besar! Yang nombor 4 tu paling ramai orang buat.”

Pasaran saham ini bukan selalunya indah, seperti langit yang tidak selalunya cerah. Ada waktu pasaran hijau, mudah sebagai seorang pelabur buat duit tepi dalam masa sehari. Tetapi bila pasaran mula berdarah, hilang semua modal pelaburan yang ada.

Bermula sejak awal Januari 2022 sehingga hari ini, secara keseluruhan indeks pasaran saham tempatan dan juga luar negara sedang berada di fasa downtrend line.

Sumber: Yahoo.finance

Laporan daripada Yahoo.finance pada 16 Jun 2022, indeks S&P 500 sendiri secara rasminya telah memasuki ‘territory bear market’ dengan kejatuhan indeks yang berterusan daripada ketinggiannya sebelum ini.

Ada juga beberapa pakar ekonomi menyatakan bahawa keadaan ekonomi dunia mungkin akan menjadi lebih teruk pada tahun 2023 nanti jika kenaikan inflasi gagal dibendung ketika ini.

Dalam keadaan pasaran yang agak goyah ketika ini, pasti ramai pelabur tidak keruan terutamanya yang mempunyai pegangan saham yang banyak. Adakah patut pelabur menjual semua saham mereka sebelum keadaan menjadi lebih teruk?

Mari kita lihat 4 kesilapan yang sering dilakukan pelabur ketika pasaran saham menjunam.

1. Jual Saham Secara Panik

Memang tak keruan jika portfolio kita yang selama ini hijau dua atau tiga angka menguncup kepada satu angka sahaja. Lebih berdegup jantung pelabur berdebar bila kita lihat portfolio pelaburan kita berdarah.

Maka datanglah ilham dalam ketakutan untuk menjual semua saham yang ada tanpa berfikir panjang.

‘Daripada rugi lagi banyak, baik aku rugi sikit ni je’

Cara ini sangat tepat kepada mereka yang bergelar trader kerana mereka melabur untuk jangka masa yang singkat, tetapi yang sebelum ini berniat nak jadi pelabur adakah menjual semua saham ketika pasaran saham jatuh ini adalah tindakan yang tepat?

Sumber: Morningstar

Ini kerana sejarah membuktikan bahawa disetiap kejatuhan pasaran yang teruk, akan diikuti dengan kenaikan pasaran yang lebih tinggi berbanding ketinggiannya sebelum ini.

Oleh itu, kepada pelabur yang tidak memerlukan tunai dengan segara, kenapa perlu menjual semua saham secara melulu?

Namun pelabur juga perlu tahu bahawa bukan semua saham bagus untuk disimpan lama. Pastikan anda memegang saham syarikat yang mempunyai perniagaan yang kukuh dan tidak terkesan teruk dengan kegawatan ekonomi, tetapi harga sahamnya jatuh disebabkan ketakutan dalam pasaran.

2. Simpan Tunai Semata

Kata seorang ahli politik negara kita ‘Cash is King! Cash is rakyat!’. Tetapi menjual semua saham dan simpan tunai semata-mata ketika pasaran saham jatuh merupakan tindakan yang kurang tepat sebenarnya. Melainkan anda sangat memerlukan.

Sebab apa? Biasanya kegawatan ekonomi dunia ini dilengkapi dengan kenaikan kadar inflasi yang mendadak. Dengan memiliki tunai semata akan menyebabkan  nilai duit anda dikikis inflasi.

Sebaliknya jika anda memiliki saham yang bagus tetapi saham tersebut mengalami kejatuhan harga, anda boleh mempertimbangkan untuk melakukan teknik ‘Dollar Cost Averaging”.

Baca: Strategi Pelaburan Dollar Cost Averaging (DCA)

3. Sambut Pisau Yang Sedang Jatuh

Dalam pelaburan saham ini ramai juga pelabur yang merasakan mereka lebih bijak dan pandai daripada orang lain dalam pelaburan yang mereka lakukan. Ketika pasaran sedang jatuh ini, tidak dinafikan bahawa peluang membeli saham lebih murah itu wujud, tetapi pelabur perlu bertindak dengan rational.

Kesilapan yang terbesar adalah apabila pelabur cuba untuk ‘sambut pisau yang jatuh’ dan akhirnya mencederakan portfolio pelaburan sendiri.

Sebaiknya dapatkan nasihat pelaburan daripada mereka yang berpengalaman dan bertindak lebih rational ketika melabur. Ingat peluang dalam pelaburan saham ini sentiasa ada!

4. Lupa Nak Rebalance Portfolio Pelaburan

Ketika pasaran saham jatuh akibat tekanan ekonomi semasa ini, bukan bermaksud kita tidak perlu membuat apa-apa walaupun niat kita untuk melabur jangka masa panjang.

Jika perniagaan syarikat saham pegangan kita nampak terkesan teruk dengan kegawatan ekonomi semasa, pertimbangkan untuk melepaskan sejumlah saham tersebut dan gunakan duit tadi untuk beli saham syarikat lain yang mempunyai perniagaan yang lebih kukuh.

Duit lebihan yang ada juga boleh dipertimbangkan untuk ‘average down’ saham bagus yang sedia ada dalam portfolio pelaburan kita.

Dapatkan nasihat pakar dan nilai penulisan panganalisa pasaran dengan keadaan pasaran semasa pasaran saham.

Pembaca perlu faham bahawa pasaran saham ini bergerak mengikut kitaran. Ianya tidak selamanya diatas dan ianya juga tidak selamanya dibawah.

Tambah ilmu dan melabur dengan bijak!

Jom tambah lagi ilmu:

  • 5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
  • Senarai Saham Yang Kerap Berubah Status Syariahnya
  • Beli Saham Mahal, Boleh Buat Untung Ke?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!

Share518ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

10 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

10 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In