• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 30, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Strategi Pelaburan Dollar Cost Averaging (DCA)

in Asas Saham
A A
Strategi Pelaburan Dollar Cost Averaging (DCA)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Dalam dunia pelaburan saham, banyak strategi yang kita boleh gunakan seperti CANSLIM, Buy On Breakout, Buy On Dip dan banyak lagi. Salah satu strategi yang popular adalah strategi Dollar-cost averaging (DCA).

DCA adalah strategi pelaburan konservatif yang membahagikan modal pelaburan kita kepada beberapa bahagian sebelum melabur untuk jangka masa tertentu secara berkala tanpa menghiraukan pergerakan harga saham tersebut.

Tujuan utama DCA adalah untuk mengurangkan olatility pergerakan harga sesuatu saham atau pelaburan tersebut. Strategi ini juga tidak memerlukan kita untuk mempertimbangkan waktu atau harga terbaik untuk membeli, kerana belian dibuat secara konsisten mengikut perancangan awal pelaburan kita.

Contoh Perlaksanaan Dollar Cost Averaging

Ahmad merupakan seorang pekerja di syarikat swasta dan mempunyai gaji RM5,000 sebulan. Ahmad bercadang untuk meggunakan RM1,000 daripada gajinya untuk membeli saham pada setiap bulan dari Januari sehingga Jun 2020.

Setelah membuat kajian, Ahmad memilih saham ABC Technology Berhad (ABC) dan akan membeli saham ini dengan modal RM1,000 setiap bulan seperti berikut.

Jika Ahmad mengikut strategi DCA ini, Ahmad akan membeli saham ABC dengan banyak ketika harganya sedang jatuh. Berdasarkan jadual di atas, Ahmad membeli satu lot sahaja saham ABC pada bulan Januari dan Febuari dengan modal RM1,000 yang dimilikinya ketika harga saham ini adalah RM10.00 seunit.

Selepas itu, Ahmad menambah beliannya kepada dua lot ketika harga saham ini jatuh kepada RM5.00 seunit pada bulan Mac dan April. Pada bulan Mei dan Jun pula harga saham ini jatuh ke paras RM2.00 seunit dan Ahmad telah menambah beliannya kepada 4 lot untuk dua bulan tersebut.

Pada bulan Jun 2020, secara kasarnya Ahmad telah memiliki 14 lot saham syarikat ABC dengan purata harga sekitar RM2.43 seunit. Dengan strategi ini, Ahmad dapat mengurangkan kerugian dan volatility pergerakan harga saham yang dibelinya.

Jika harga saham ABC naik pada pada RM3.00 seunit pada bulan berikutnya, kerugian yang dialami Ahmad selama ini akan digantikan dengan keuntungan. Strategi DCA ini bukan sahaja boleh digunakan untuk pelaburan saham sahaja, malah pelaburan unit trust, aset digital (mata wang kripto) dan pelbagai jenis pelaburan juga boleh gunakan strategi ini.

Namun apa akan jadi jika harga saham ini berterusan jatuh di masa hadapan?

Mari kita lihat contoh sebenar pada kaunter Sapura Energy pada tahun 2018.

Bayangkan jika kita menggunakan strategi ini pada saham Sapura Energy pada Mei 2018 dulu. Harganya terus jatuh untuk bulan-bulan berikutnya daripada sekitar RM0.90 seunit jatuh sekitar RM0.20 sahaja pada penghujung tahun 2018 dan sehingga kini pada tahun 2021, harga saham syarikat ini adalah sekitar RM0.125 seunit.

Oleh itu, sebelum kita melaksanakan sesuatu strategi, kita perlulah membuat kajian yang lebih terperinci dengan mengambil kira pelbagai faktor dalam pelaburan kita. Tidak semua strategi yang sesuai untuk semua pelaburan, terutamanya dalam pelaburan saham. Setiap saham ada ciri-ciri tersendiri dan corak pegerakan harga yang berlainan.

Untuk strategi DCA ini, ianya lebih sesuai digunakan untuk saham syarikat yang mempunyai fundamental yang sangat baik, mempunyai sentimen semasa yang positif dan pergerakan harganya di dalam fasa uptrend. Kejatuhan pada harga saham syarikat ini kebiasaanya adalah bersifat sementara disebabkan aktiviti pengambilan keuntungan oleh pelabur.

Sebagai seorang pelabur bijak, kita perlu memilih dan membuat kajian yang sebelum menentukan strategi yang sesuai untuk dilaksanakan berdasarkan kepada kajian yang kita sudah lakukan.

Masih belum terlambat untuk belajar. Jika masih mencari kelas pelaburan SAHAM dari asas (atau zero) sampai boleh beli jual dengan pengetahuan fundamental, teknikal dan sentimen yang komprehensif, kami boleh bantu.

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!

Share872ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

9 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

10 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In