• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru

in Asas Saham
A A
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Sejak kebelakangan ini, ramai di kalangan kita mula berminat dan menceburi bidang pelaburan saham. Jumlah dagangan kebelakangan ini mencatatkan rekod tertinggi dalam sejarah dagangan di Bursa Malaysia iaitu sebanyak 12.5 billion jumlah dagangan. Daripada jumlah tersebut, sebahagian besar daripada jumlah itu sebenarnya datang daripada pelabur runcit.

Dalam jumlah besar pelabur runcit tersebut, semestinya ramai adalah merupakan pelabur baru. Jadi di sini kami ingin mengenengahkan perkara-perkara yang perlu dielakkan oleh pelabur baru.

1. Melabur Tanpa Ilmu Pengetahuan

Jika kita melabur hanya kerana ramai orang melabur atau kita hanya mengharapkan buy call tanpa ada sebarang usaha untuk memahami apa yang kita lakukan, sebenarnya kita sedang merelakan duit kita untuk dileburkan. Melabur tanpa ilmu pengetahuan, ibarat memperjudikan nasib kita dalam dunia pelaburan ini. Kita kena ingat bahawa berjudi itu adalah haram di sisi agama kita.

Sebaiknya kita menuntut ilmu kepada mereka yang mahir dan berpengalaman dan mempunyai kelayakkan. Jika kita tidak mampu untuk membayar yuran pengajian daripada guru-guru saham yang ada, kita boleh mendapatkan ilmu pelaburan daripada sumber-sumber yang lebih murah seperti buku-buku pelaburan, video perkongsian di youtube dan pelbagai-bagai lagi. Jika hendak seribu daya kan.

2. Tiada Perancangan Dalam Pelaburan

Gagal merancang adalah merancang untuk gagal. Dalam dunia pelaburan juga kita perlu mempunyai perancangan awal sebelum membuat keputusan untuk membeli atau menjual sesuatu saham tersebut.

Sebagai pelabur bijak, kita seharusnya mempunyai trading plan kita tersendiri. Trading plan ini bertujuan untuk kita merekodkan segala transaksi pelaburan kita berserta sebab mengapa kita beli atau jual saham tersebut. Dengan adanya trading plan kita boleh belajar atau menilai kembali setiap keputusan pelaburan kita yang lepas dan memperbaiki penilaian kita semula.

Trading plan ini tidak sama untuk semua orang, ada yang ringkas, ada yang terperinci bergantung kepada pemahaman pelabur masing-masing.

3. Gagal Mengawal Emosi

Tidak dinafikan emosi manusia adalah sesuatu yang paling sukar untuk dikawal lagi-lagi jika melibatkan wang ringgit. Yang menjadi kesilapan besar pelabur baru adalah mereka gagal mengawal emosi apabila kaunter saham yang mereka beli naik atau turun.

Jika harga kaunter itu sedang naik, emosi tamak mula menghantui dan mengharapkan untuk harga saham yang dibelinya untuk naik tinggi lagi sehingga kesudahannya harga kembali menjadi harga seperti harga membeli. Pulangan pelaburan yang sepatutnya 10% ke 20% diharapkan menjadi 50% ke 60% dan akhirnya hanya mendapat pulangan yang balik modal.

Begitu juga ketika harga kaunter yang dibeli sedang turun, mereka akan terus bertukar status daripada pedagang (pelaburan jangka masa pendek) terus menjadi pelabur (jangka masa panjang). Lebih malang lagi jika kaunter yang dibelinya tidak mempunyai fundamental yang kuat yang akhirnya tersenarai sebagi kaunter bermasalah. Kerugian yang boleh diminimakan menjadi kerugian yang besar sehingga ada yang putus asa dalam dunia pelaburan ini.

4. Menggunakan Wang Simpanan Kecemasan Untuk Melabur

Wang simpanan kecemasan bertujuan untuk menampung keperluan kita ketika kita dilanda musibah seperti kehilangan pekerjaan, kemalangan atau keperluan mendesak. Jadi, amat tidak wajar wang yang disimpan untuk tujuan kecemasan ini digunakan untuk melabur di pelaburan yang berisiko tinggi.

Pelaburan saham ini mempunyai risiko yang amat tinggi, pelaburan ini tidak menjamin sebarang keuntungan yang pasti buat ppelabur. Mereka yang sudah lama berkecimpung dalam dunia pelaburan ini juga tidak terkecuali mengalami kerugian dalam pelaburan mereka. Apatah lagi mereka yang baru kenal dunia pelaburan saham ini.

5. Melabur Dengan Wang Pinjaman

Jika melabur menggunakan simpanan kecemasan merupakan satu kesilapan besar kepada pelabur, apatah lagi jika kita mengunakan wang yang kita tidak punya untuk melabur saham. Dengan keadaan pasaran yang tidak menentu dan ilmu serta pengalaman setahun jagung kita, apa yang dilaburkan berpontensi untuk lebur dalam sekelip mata.

Tidak terhenti di situ, lebih malang lagi apabila pelaburan yang diharapkan tidak menjadi, kita pula dibebani hutang sekeliling pinggang. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga nasib kita nanti.

Rumusan

Sebagai pelabur baru, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan-kesilapan dalam pelaburan kita. Namun apa yang penting kita perlu belajar dari kesilapan dan berusaha untuk memperbaikinya.

Sebagai pelabur baru juga, mencari ilmu dan pengalaman ini amat penting kerana hanya dengan ilmu pengetahuan ini kita akan berjaya dalam apa sahaja yang kita lakukan baik dalam pelaburan, begitu juga dalam kehidupan.

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!

Share404ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

10 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

10 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In