Pasaran saham merupakan medium pelaburan untuk kita menjana keuntungan daripada jual beli pemilikan syarikat yang tersenarai di pasaran saham. Kita sudah melihat ramai jutawan daripada pelaburan saham yang tersohor seperti Warren Buffet, James Simons, Raymond Dalio dan ramai lagi.
Mereka ini semua bukannya melabur hari ini semalam dah kaya. Tetapi mereka membina kekayaan daripada pasaran saham ini dalam tempoh masa bertahun-tahun lamanya.
Kunci kejayaan mereka dalam pasaran saham tidak sukar tetapi ramai yang tidak mahu ikut kerana tidak ramai yang mahu menjadi kaya dengan lambat. Ramai antara kita nak jadi kaya dengan segera. Sebab itu ramai yang terjebak dengan skim cepat kaya.
Artikel kali ini kami akan bongkarkan kepada anda rahsia menjadi jutawan yang ramai orang tidak ambil kisah.
1. Labur Dalam Syarikat Yang Mempunyai Fundamental Yang Teguh
Perkara ini bukan rahsia besar, kita tahu nak melabur saham perlu cari syarikat yang mempunyai perniagaan yang kukuh. Tetapi kita sering abaikan dan hanya berharap kepada analisa teknikal sahaja untuk melabur.
Abaikan Fundamental sebab apa? Sebab kita nak cara mudah dan cepat kaya. Tak mustahil berjaya dengan hanya menggunakan analisa teknikal. Tetapi cuba lihat balik berapa ramai sahaja yang betul-betul berjaya tanpa melihat fundamental syarikat ketika melabur?
Jika anda rasanya syarikat di Malaysia ini tidak kukuh, tidak menepati kriteria good company anda, melaburlah di pasaran global. Banyak syarikat gergasi dunia disenaraikan di pasaran saham sana.
Nak beli saham global, tetapi harga terlalu mahal? Pertimbangkan ETF.
2. Pertimbangkan Pelaburan ETF
ETF merupakan instrumen pelaburan yang menghimpunkan beberapa saham tertentu dan membentuk seperti indeks kecil untuk dibeli oleh pelabur.
Baca: Melabur ETF DI Wall Street Denga MIDF Invest
Jika kita melihat portfolio jutawan pasaran saham seperti Raymond Dalio, antara pegangan terbesarnya adalah ETF seperti SPDR S&P 500 ETF Trust (SPY) dan Vanguard FTSE Emerging Market ETF (VWO).
ETF yang beliau beli tu haram? Cuba buka MIDF Invest dan lihat pilihan ETF yang halal untuk anda laburkan di Wall Street. Ada je ETF halal yang mengambil Indeks S&P 500 sebagai penanda aras kepada ETF tersebut.
3. Cari Saham Yang Major Uptrend
Walaupun kami sangat menekankan tentang fundamental syarikat, tetapi jangan terus abaikan teknikal sesebuah saham. Sebelum melabur, cari saham yang membuat major uptrend. Jika tak jumpa saham tersebut di pasaran tempatan, cari saham di pasaran global. Mesti jumpa.
Harga saham kan akan sentiasa naik di jangka masa panjang
Betul ke statement di atas ini?
Baca: Harga Saham Akan Sentiasa Naik Dengan Teknik Harapan?
4. Melabur Secara Long Term
Bila dah jumpa saham yang mempunyai fundamental yang bagus, carta saham tersebut pula membuat major uptrend, pertimbangkan untuk melabur untuk jangka masa yang lama. Lagi baik jika anda boleh membeli saham atau ETF tersebut secara konsisten setiap bulan atau setiap tahun.
Baca: Apa Jadi Jika Beli Saham Yang Sama Setiap Bulan Secara Konsisten?
Lagi pendek durasi anda untuk mencapai status jutawan di pasaran saham. Pendek-pendek pun makan masa bertahun juga ya.
Abaikan volatility pasaran yang bersifat sementara ini dan kukuhkan portfolio pelaburan anda.
5. Sabar Dan Kawal Emosi
Perkara kelima ini adalah benda yang paling sukar dan paling ramai orang abaikan. Dah jumpa saham yang bagus, baru naik sikit dah jual sebab takut dia jatuh semula. Nampak orang lain buat profit hari-hari, niat long term tadi terus jadi short term.
Rahsia kami kongsikan ini, bukanlah rahsia besar pun. Ramai yang sudah pun tahu perkara-perkara yang kami kongsikan di atas, tetapi pilih untuk abaikan kerana bukan semua orang mampu bersabar untuk jadi kaya.
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……




