• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, March 22, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Apa Jadi Jika Beli Saham Yang Sama Setiap Bulan Secara Konsisten?

in Asas Saham
A A
Apa Jadi Jika Beli Saham Yang Sama Setiap Bulan Secara Konsisten?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


Boleh tak kalau nak beli saham yang sama setiap bulan?

Satu teknik atau strategi pelaburan yang kurang diguna pakai oleh pelabur adalah teknik Dollar Cost Averaging (DCA). Strategi ini mampu mengurangkan volatility harga saham terutamanya portfolio pelaburan kita. 

Teknik ini digunakan untuk dua tujuan utama, antaranya adalah seperti:-

  • Puratakan harga saham yang sedang jatuh atau naik
  • Membeli setiap bulan secara tetap dengan modal yang sama

Untuk puratakan harga saham yang sedang jatuh, ianya dikenali sebagai teknik average down dan dilakukan apabila harga saham yang dibeli jatuh, kemudian pelabur membuat pembelian lagi untuk puratakan harga saham tersebut menjadi lebih rendah daripada pembelian pertama tadi. 

Berkaitan

Ada Ke Saham Syarikat Kategori Mega-Cap?

Syarikat Yang Memberikan Dividen Yang Banyak Untuk Tahun 2022

Lepas Dapat Dividen, Harga Jatuh. Macam Mana Nak Untung?

Contohnya, pembelian saham A pada harga RM2.00 seunit sebanyak 10 lot pada bulan Januari, kos kasar pembelian tersebut adalah sekitar RM2,000. 

Namun pada bulan Februari, harga saham tersebut jatuh menjadi RM1.50 seunit. Ini telah mengakibatkan kerugian atas kertas atau paper loss sekitar 25% kepada pembeli tersebut. 

Salah satu cara untuk mengurangkan kerugian tersebut adalah membeli lagi saham tersebut ketika harganya jatuh untuk puratakan harga pembelian menjadi lebih rendah. 

Ketika harga saham tersebut jatuh pada RM1.50 seunit, pelabur membuat keputusan untuk membeli lagi sebanyak 10 lot dengan kos kasar sekitar RM1,500. 

Dengan pembelian kedua ini, harga pembelian saham tersebut akan dipuratakan menjadi lebih rendah.  Mari kita lihat berapa harga purata hasil daripada dua pembelian tersebut.

  • Kos Pembelian Pertama: RM2,000 * 1,000 unit pada harga RM2.00 Seunit 
  • Kos Pembelian Kedua : RM1,5000 * 1,000 unit pada harga RM1.50 Seunit
  • Kos Keseluruhan : RM3,500 * 2,000 unit pada harga purata RM1.75 Seunit

Dengan membuat average down ini, kerugian atas kertas pelabur berkurangan kepada 14.29% berbanding kerugian sebanyak 25% tadi. 

Jika harga saham tadi kembali menjadi RM2.00 seunit, pelabur tadi sudah berjaya meraih keuntungan daripada pelaburannya. Namun jika harga saham tadi terus jatuh, kerugian pelabur akan menjadi lebih besar kerana modal pelaburannya sudah semakin tinggi. 

Baca: Strategi Pelaburan Dollar Cost Averaging (DCA)

Untuk artikel kali ini, kita akan melihat apa akan terjadi jika kita membeli sesuatu saham yang sama di Bursa Malaysia secara konsisten untuk tempoh masa setahun. 

Contoh Beli Saham D&O Dengan Modal RM1,000 Setiap Bulan

Sumber: The Malaysian Reserve

Untuk artikel ini, kita akan menggunakan harga saham D&O pada tahun 2020 dan pelaburan akan dibuat pada setiap hujung bulan selama 12 bulan pada tahun tersebut. Modal pelaburan pula adalah tetap sebanyak RM1,000 sebulan.

Sumber : Trading View

Mari kita lihat harga saham ini pada setiap hujung bulan pada tahun 2020 terlebih dahulu. 

Sumber: Investing.com

Berikut merupakan harga saham D&O untuk setiap hujung bulan tahun 2020. Dengan harga sebegini setiap hujung bulan, berapa banyak lot pula yang boleh dibeli dengan modal RM1,000 setiap bulan? 

Berikut merupakan jumlah lot yang mampu dibeli dengan bermodalkan RM1,000 sebulan untuk membeli saham D&O pada tahun 2020. Jika kita tambahkan dengan kos brokerage dalam RM120 setahun, kos keseluruhan akan menjadi RM11,528.00.

Dengan kos pembelian sekitar RM11,528.00 ini, jika dibahagikan dengan jumlah unit yang sedia ada, kos untuk seunit saham D&O secara puratanya adalah bernilai RM0.86 seunit. 

Jika pelabur membuat keputusan untuk menjualnya pada 4 Januari 2021 pada harga RM2.30 seunit, keuntungan yang dibuat adalah sebanyak sekitar 167% dalam masa setahun. 

Namun strategi ini hanya akan berjaya jika saham tersebut sedang berada pada fasa uptrend yang konsisten.

Jika saham tersebut terus membuat kejatuhan harga, teknik ini akan menyebabkan pelabur menanggung kerugian yang besar. Sebab itu teknik ini sebenarnya tidak digalakkan untuk digunakan jika pelabur mempunyai modal yang terhad. 

Oleh itu, sebelum anda membuat keputusan untuk menggunakan apa-apa strategi dalam pelaburan, pastikan faham betul-betul strategi itu dan pastikan tahap penerimaan risiko anda setara dengan strategi yang hendak digunakan. 

Peringatan: Segala perkongsian adalah untuk sebagai contoh dan untuk tujuan pendidikan sahaja. Ini BUKAN nasihat atau cadangan pelaburan. Keputusan untuk melabur saham adalah tanggungjawab sendiri. Trade at your own risk.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

>> Pra-Daftar PERCUMA Webinar Swing Trading Reloaded!

Share1394ShareSend

Related Posts

Ada Ke Saham Syarikat Kategori Mega-Cap?
Asas Saham

Ada Ke Saham Syarikat Kategori Mega-Cap?

2 months ago
Syarikat Yang Memberikan Dividen Yang Banyak Untuk Tahun 2022
Asas Saham

Syarikat Yang Memberikan Dividen Yang Banyak Untuk Tahun 2022

2 months ago
Lepas Dapat Dividen, Harga Jatuh. Macam Mana Nak Untung?
Asas Saham

Lepas Dapat Dividen, Harga Jatuh. Macam Mana Nak Untung?

3 months ago
Jenis-Jenis Dividen Yang Pelabur Saham Perlu Tahu
Asas Saham

Jenis-Jenis Dividen Yang Pelabur Saham Perlu Tahu

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In