fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 3, 2022
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Saham Global

Melabur ETF Di Wall Street Dengan MIDF Invest

in Saham Global
A A
Melabur ETF Di Wall Street Dengan MIDF Invest
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Kalau nak melabur ETF di Wall Street boleh ke?

Pelaburan ini tidak terbatas hanya kepada instrumen saham sahaja. Malah kita juga boleh melabur dalam instrumen lain seperti Exchange Traded Funds (ETF).

Tapi apa itu ETF? Sama ke macam saham? 

Berkaitan

Grab Lancar GrabMaps, Manfaatkan Peluang Pasaran US$1 Bilion Di Asia Tenggara

Saham Teknologi Ini Sedang Membuat Tapak Selepas Jatuh Teruk, Bersediakah Anda?

Bagaimana Kadar Faedah Memberi Impak Kepada Pasaran Saham?

Secara ringkasnya ETF ini adalah beberapa jenis saham yang dikumpulkan menjadi satu instrumen pelaburan.

Contohnya saham Apple, Tesla dan NVIDIA dihimpunkan menjadi satu instrumen pelaburan yang dikenali sebagai ETF Megah. 

ETF biasanya lebih stabil dan kurang volatile berbanding dengan saham secara individu kerana ETF terdiri daripada beberapa saham.

Di Malaysia mungkin ETF ini kurang digemari oleh pelabur kerana pergerakan harganya yang agak bosan.

Tetapi ada 3 jenis ETF yang patuh syariah di Wall Street yang anda boleh pertimbangkan untuk membeli dengan menggunakan aplikasi MIDF Invest.

Baca: Trade Saham Global Dengan MIDF Invest? Ini Cara Mudah Untuk Buka Akaun

Mari kita lihat 3 ETF yang boleh dibeli menggunakan MIDF Invest dengan lebih mendalam. 

1. Wahed FTSE USA Shariah ETF (HLAL)

Sumber: Market Watch

ETF Wahed ini mesti ramai yang tahu dan sudah pun melabur menggunakan aplikasi Wahed Invest kan? Sebenarnya ETF Wahed ada didagangkan di papan Nasdaq dan boleh dibeli terus dengan menggunakan MIDF Invest. 

Bezanya apabila beli secara terus ini ialah tiada diversification seperti di aplikasi Wahed yang membahagikan modal pelaburan mengikut tahap risiko pelabur. 

Polisi pelaburan ETF Wahed ini adalah dengan menjejaki prestasi pelaburan syariah di indeks  FTSE USA yang terdiri daripada syarikat yang mempunyai modal pasaran yang besar dan sederhana yang memenuhi kriteria patuh syariah yang telah ditetapkan. 

Sumber: Market Watch

Berikut merupakan antara pegangan saham tertinggi untuk ETF Wahed ini. Jika anda membeli ETF Wahed ini secara tidak langsung anda juga telah membeli saham-saham di atas.

Menarik bukan? 

2. SP Funds S&P 500 Sharia Industry Exclusions ETF (SPUS)

Sumber: Market Watch

SP Funds S&P 500 Sharia Industry Exclusions ETF (SPUS) juga merupakan satu lagi ETF yang patuh syariah didagangkan di pasaran saham Wall Street.

Polisi pelaburan untuk ETF SPUS ini pula adalah untuk menjejaki prestasi indeks S&P 500 Shariah Industry Exclusions di Wall Street. 

Sumber: Market Watch

Berikut pula merupakan top 10 pegangan saham dalam ETF SPUS ini. Portfolio jenis sahamnya hampir sama dengan ETF Wahed tadi tetapi terdapat beberapa perbezaan. 

3. SP Funds Dow Jones Global Sukuk ETF (SPSK)

Sumber: Market Watch

Yang terakhir ETF berasaskan sukuk yang dikenali sebagai SP Funds Dow Jones Global Sukuk ETF (SPSK) yang boleh didapati di MIDF Invest. 

Polisi pelaburan ETF SPSK ini pula adalah menjejaki prestasi Indeks Dow Jones Sukuk Total Return. Indeks tersebut termasuk pelaburan sukuk yang dinominasi US dollar yang bersamaan dengan bon yang berpandukan prinsip Islam. 

Berikut merupakan 3 ETF yang boleh dibeli dengan menggunakan MIDF Invest. Ketiga-tiga ETF di atas adalah patuh syariah. Dah tak perlu ragu-ragu jika nak tekan butang buy.

Jika anda berminat nak beli saham seperti Tesla, Apple, Nvidia tetapi rasa terlalu mahal, anda boleh pertimbangkan ETF-ETF di atas. 

Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke pasaran global? Rugi korang yang tak mulakan langkah pertama beli saham-saham gergasi seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi. E-book ini akan menunjukkan step by step untuk melabur saham di US dan sangat sesuai untuk :-

1. Nak cuba-cuba melabur saham global
2. Nak buat duit ekstra dalam USD

*E-book ini tidak melibatkan dagangan Forex, Option, CFD, binary dan instrumen-instrumen lain yang tidak patuh syariah.

Miliki sekarang, RM77 sahaja. Kami yakin anda akan puas hati. Klik thekapital.my/DariMalaysiakeWallStreet

Share430ShareSend

Related Posts

Grab Lancar GrabMaps, Manfaatkan Peluang Pasaran US$1 Bilion Di Asia Tenggara
Berita

Grab Lancar GrabMaps, Manfaatkan Peluang Pasaran US$1 Bilion Di Asia Tenggara

3 weeks ago
Saham Teknologi Ini Sedang Membuat Tapak Selepas Jatuh Teruk, Bersediakah Anda?
Saham Global

Saham Teknologi Ini Sedang Membuat Tapak Selepas Jatuh Teruk, Bersediakah Anda?

5 months ago
Bagaimana Kadar Faedah Memberi Impak Kepada Pasaran Saham?
Saham Global

Bagaimana Kadar Faedah Memberi Impak Kepada Pasaran Saham?

5 months ago
Cara Cari Saham 52-Week High Di Investing.com
Saham Global

Cara Cari Saham 52-Week High Di Investing.com

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In