Kita lihat kebanyakan IPO yang diterbitkan pada tahun lepas kebanyakannya membuat keuntungan yang sangat memuaskan kepada para pelabur.
Oleh itu, ramai pelabur berebut-rebut untuk membeli IPO yang bakal diterbitkan sehingga selalunya akan terlebih langgan.
Tambah pula sekarang dah boleh mohon IPO di MITI secara online, makin rancak lah orang beratur membeli IPO yang bakal diterbitkan ini.
Baca: Lepas Ni Dah Boleh Apply IPO MITI Secara Online
Tapi jangan tak tahu bahawa bukan semua terbitan IPO tersebut untung, ada juga yang rugi. Nak tahu IPO apa yang rugi pada tahun 2021?
Baca: Top 5 Prestasi IPO Untuk Tahun 2021
Jika anda dah terlepas untuk membeli IPO syarikat pada tahun lepas, jangan risau. Ada banyak lagi IPO syarikat yang bakal diterbitkan pada tahun 2022 ini.
16 IPO Patuh Syariah Baru Bakal Diterbitkan Pada Tahun 2022
Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Daripada 16 IPO syarikat yang bakal diterbitkan ini, hanya 5 daripada yang bakal disenaraikan di pasaran utama sementara 11 yang lain akan di senaraikan di pasaran Ace.
Baca: Apa Kelayakan Untuk Tersenarai Di Main Market?
5 IPO yang bakal diterbitkan di pasaran utama pada tahun 2022 adalah seperti:-
- Radium Development Berhad
- Seng Fong Holdings Berhad
- Paragrene Land Berhad
- Farm Fresh Berhad
- MTT Shipping And Logistic Berhad
Mari kita lihat 11 IPO syarikat yang bakal diterbitkan pada tahun 2022 di pasaran Ace pula. Senarainya adalah seperti berikut:-
- Unique Fire Holding Berhad
- SNS Network technology Berhad
- Yew Lee Pacific Group Berhad
- Readycare Holdings Berhad
- LGMS Berhad
- Cnergenz Berhad
- Unitrade Industries Berhad
- Ecoscience International Berhad
- Cengild Medical Berhad
- MN Holdings Berhad
- Siab Holding Berhad
Semua senarai di atas boleh didapati di laman sesawang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di bahagian prospektus.
Dalam banyak-banyak senarai di atas, satu nama syarikat susu, Fresh Farm Berhad yang paling popular.
Tapi dengarnya pemilik jenama KFC dan Pizza Hut Malaysia juga bercadang untuk menerbitkan semula saham syarikat mereka di pasaran saham.
Ada IPO yang anda sedang nantikan ke tu?
Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.
Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.Mulakan sekarang.
Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab

Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :
1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti
Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.
Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.
Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa -> 
 
			 
		    





