Pernah tak anda rugi dalam pelaburan saham kerana tersilap beli waran? Jangan beli waran kalau tak tahu waran itu apa.
Bang Din nak kongsi kisah Bang Din terciduk beli waran sebab tiada ilmu dalam waran. Sebagai seorang pelabur, Bang Din tahu yang kita tak boleh dengar sebarang buy call. Namun, disebabkan kesilapan diri sendiri, Bang Din pun rugi besar.
Pada ketika tu ada channel telegram yang kongsi portfolio untung besar dengan saham induk dan waran saham ini.
Sebarang pembelian saham sepatutnya menjadi tanggungjawab sendiri. Namun disebabkan Bang Din tertarik melihat keuntungan orang lain, maka Bang Din pun ikut beli waran yang sama.
Rupa-rupanya itulah kesilapan terbesar Bang Din.
Pada awalnya, Bang Din rugi 31.03% daripada modal pelaburan Bang Din terhadap waran ini. Tidak belajar dari kesilapan, Bang Din guna pula teknik harapan dengan harapan yang waran ini akan naik di masa hadapan.
Nak tahu apa yang terjadi pada waran ini? Daripada hanya kerugian 31.03%, Bang Din telah rugi sebanyak 50.00% setakat artikel ini ditulis.
Perkara yang lebih parah adalah waran ini sedang berada dalam fasa major downtrend. Saham yang buat downtrend sangat tinggi risikonya kepada kerugian. Jangan kita fikirkan bahawa saham yang dah jatuh teruk akan buat rebound. Selagi tiada signal reversal, selagi itu kita jangan masuk ke dalam saham downtrend.
Sumber :
Pengajaran yang boleh diperoleh daripada kisah ini adalah jangan terlibat dengan waran sekiranya anda tidak mempunyai ilmu yang cukup mengenai waran dan jangan sesekali dengar sebarang saranan belian. Penuhkan ilmu di dada sebelum membuat sebarang tindakan.
Boleh Ke Buat Untung Dengan Waran & Corporate Action?
Haa. Pasti ramai tertanya-tanya, boleh ke buat duit dengan pembelian waran atau hasil daripada corporate action yang dilakukan oleh syarikat?
Lebih menyedihkan kalau anda tak tahu atau tak nak tahu apa makna disebalik WARAN dan juga CORPORATE ACTION dalam pelaburan saham. Bagi menjawab persoalan awal sama ada boleh atau tidak buat untung dalam pelaburan saham, jawapannya ada YA dan TIDAK.
YA jika anda faham akan bagaimana kedua-dua perkara ini berfungsi.
TIDAK jika anda tidak faham apakah sebenarnya waran dan corporate action.
Anda perlu memahami bahawa WARAN atau CORPORATE ACTION yang berlaku terhadap sesebuah syarikat mempunyai makna yang tertentu dan memberikan kesan terhadap harga saham.
Fahami WARAN & CORPORATE ACTION bersama TheKapital.
Tingkatkan kefahaman anda dalam dunia pelaburan saham dengan memahami WARAN & CORPORATE ACTION.
Ambil kesempatan ini untuk menggunakan seluruh kesempatan yang ada dalam mengaut keuntungan saham anda!
Nak daftar? Nak dapatkan maklumat lanjut?
Tak sabar nak fahami WARAN & CORPORATE ACTION?
Dapatkan maklumat lanjut dan pra-daftar di Tuisyen Saham : Warrant + Corporate Action.