Syarikat mana yang berikan dividen banyak tahun ni ya?
Tahun 2021 merupakan tahun yang sangat mencabar untuk kita semua. Pasaran saham untuk tahun 2021 ini juga agak suram dan banyak juga aliran dana asing yang keluar daripada Malaysia.
Namun, dalam kesukaran tersebut, masih ada sinar harapan untuk pelabur di Malaysia baik dari segi keuntungan capital gains mahupun keuntungan dividen.
Mari kita lihat saham di Bursa Malaysia yang memberikan dividen yang banyak untuk tahun 2021 ini menurut Bursa Marketplace.
1. Pelikan International Corporation Berhad
Sumber Carta: Malaysiastock.biz
Pelikan International Corporation merupakan syarikat di pasaran utama di Bursa Malaysia. Syarikat ini membekalkan peralatan menulis dan melukis di serata dunia.
Setelah sekian lama tidak memberikan dividen, pada 28 Disember 2021 syarikat ini memberikan dividen sebanyak RM0.20 untuk setiap unit saham pegangan pelabur.
Harga saham ini pada 27 Disember 2021 adalah RM0.32 seunit. Menjadikan kadar dividen saham ini adalah sebanyak 62.5%.
2. Top Glove Corporation Bhd
Sumber Carta: Malaysiastock.biz
Top Glove Corporation Bhd pula merupakan pengeluar sarung tangan getah terkemuka di dunia yang meraih keuntungan yang besar ketika pandemik yang melanda dunia.
Pada tahun 2021, syarikat ini telah memberikan dividen sebanyak RM0.651 untuk seunit saham mereka.
Harga saham ini pada RM2.36 dan ini menjadikan kadar dividen saham ini untuk tahun 2021 adalah sebanyak 27.58%.
3. Ewein Berhad
Sumber Carta: Malaysiastock.biz
Ewein Berhad merupakan syarikat sektor hartanah yang tersenarai di pasaran utama Bursa Malaysia.
Untuk tahun 2021, syarikat ini telah memberikan dividen sebanyak RM0.07 untuk seunit saham yang dipegang pelabur mereka. Dividen kali ini merupakan yang tertinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Harga saham ini pada 27 Disember 2021 pula adalah sekitar RM0.265 sesaham. Ini menjadikan kadar dividen syarikat Ewein pada tahun 2021 adalah 26.41%.
4. Kossan Rubber Industries Berhad
Sumber Carta: Malaysiastock.biz
Kossan Rubber Industries Berhad juga merupakan salah satu syarikat yang terlibat dalam pengeluaran sarung tangan di Malaysia.
Pada tahun 2021, syarikat ini telah memberikan dividen sebanyak RM0.36 sesaham kepada pemegang saham syarikat mereka.
Harga saham syarikat ini pada 27 Disember 2021 pula adalah pada RM1.84 sesaham. Ini menjadikan kadar dividen saham ini adalah sebanyak 19.57%.
5. Naim Holdings Berhad
Sumber Carta: Malaysiastock.biz
Naim Holdings Berhad juga merupakan sebuah syarikat hartanah yang tersenarai di pasaran utama Bursa Malaysia.
Untuk tahun 2021, syarikat ini telah memberikan dividen sebanyak RM0.079 untuk setiap unit pegangan pelabur mereka. Harga saham ini pada 27 Disember 2021 pula adalah pada RM0.610 seunit.
Ini menjadikan kadar dividen Naim pada tahun 2021 adalah 12.95%.
6. Innoprise Plantations Berhad
Sumber Carta: Malaysiastock.biz
Innoprise Plantations Berhad merupakan syarikat dalam sektor perladangan di pasaran utama Bursa Malaysia.
Syarikat ini telah berikan dividen sebanyak RM0.16 sesaham untuk pemegang saham mereka. Harga saham ini pada 27 Disember 2021 pula berada pada RM1.27 seunit.
Ini menjadikan kadar dividen tahun 2021 untuk saham Innoprise ini adalah 12.60%.
7. ES Ceramics Technology Bhd
Sumber Carta: Malaysiastock.biz
ES Ceramics Technology Bhd merupakan syarikat yang membuat seramik dan barangan buatan tangan yang tersenarai di pasaran Ace Bursa Malaysia.
Untuk tahun 2021, syarikat ini memberikan dividen sebanyak RM0.05 untuk setiap unit saham yang dipegang oleh pelabur. Harga saham ini pada 27 Disember 2021 pula berada pada RM0.405 seunit.
Ini menjadikan kadar dividen saham ini pada tahun 2021 adalah pada 12.34%.
8. Hartalega Holdings Berhad
Sumber Carta: Malaysiastock.biz
Hartalega Holding Berhad juga antara pengeluaran sarung tangan yang terbesar di dunia selepas Top Glove.
Syarikat ini telah memberikan dividen sebanyak RM0.5095 sesaham untuk tahun 2021. Harga saham ini pada 27 Disember 2021 pula adalah pada RM5.60 seunit.
Ini telah menjadikan kadar dividen saham ini pada tahun 2021 adalah pada 9.10%.
9. Ta Ann Holdings Berhad
Sumber Carta: Malaysiastock.biz
Ta Ann Holdings Berhad merupakan syarikat di sektor perladangan yang terlibat dalam pembalakan di Malaysia dan penghasilan pelbagai jenis kayu.
Syarikat ini telah memberikan dividen sebanyak RM0.30 untuk setiap unit saham yang dimiliki pelabur mereka.
Harga saham Taan pada 27 Disember 2021 adalah pada RM3.43 seunit. Ini menjadikan kadar dividen syarikat ini pada tahun 2021 adalah pada 8.74%.
10. Tek Seng Holdings Berhad
Sumber Carta: Malaysiastock.biz
Tek Seng Holdings Berhad yang terlibat dalam pembuatan PVC, Non-Woven dan solar. Syarikat ini disenaraikan di pasaran utama Bursa Malaysia.
Syarikat ini telah memberikan dividen sebanyak RM0.03 untuk setiap unit saham yang dipegang oleh pelabur mereka.
Harga saham syarikat ini pada 27 Disember 2021 pula adalah sekitar RM0.395 seunit. Ini menjadikan kadar dividen syarikat ini pada tahun 2021 adalah pada 7.59%.
Baca: Saham Yang Berikan Dividen Lebih Daripada 5% Setahun
Diatas adalah kadar dividen dengan membagikan dividen sesaham yang diberikan dengan harga saham pada 27 Disember 2021.
Kadar dividen pelabur mungkin berbeza jika pelabur membeli saham tersebut pada harga yang lain.
Baca: Cara Kira Kadar Dividen Yang Anda Terima Dengan Betul
Kerja Makan Gaji Dan Tak Sempat Nak Monitor Saham? Kami Kongsikan Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Kami janji akan dapat banyak ilmu dan mudah faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Memang berbaloi……
Apa tunggu lagi? Jom daftar sekarang!