fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 3, 2022
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Cara Kira Kadar Dividen Yang Anda Terima Dengan Betul

in Fundamental Analisis
A A
Cara Kira Kadar Dividen Yang Anda Terima Dengan Betul
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

“ Beli saham TENAGA, dividen dia tinggi!”

Bukan semua pelabur saham merupakan pelabur aktif yang mengharapkan pulangan daripada capital gain. Ramai juga sebenarnya yang mencari saham yang boleh memberikan pulangan dividen tahunan kepada mereka. Jika dapat capital gain, itu bonus. 

Ada juga sesetengah pihak menggalakkan orang lain membeli sesuatu saham atas sebab ianya memberikan dividen lebih banyak daripada dividen buku biru dan buku hijau yang sedia ada. 

Berkaitan

4 Sebab Harga Saham Genetec Disasar Naik Lebih 50% Oleh Pakar

Kenapa Pelabur Perlu Tahu Tentang Corporate Exercise?

Market Outlook 2022. Apa Kata Tuan Nik Ihsan?

Persoalannya, bagaimana mereka kira kadar dividen tersebut? Betul ke? Nak rujuk di mana? 

Sebelum kita melihat cara pengiraan kadar dividen dengan betul, kita perlu tahu terlebih dahulu beza antara Dividend Per Share dan juga Dividend Yield.

Baca: Apakah Perbezaan Dividend Per Share (DPS) Dengan Dividend Yield (DY)? 

Cara Kira Kadar Dividen Dengan Betul

Jika kita hendak membuat perbandingan kadar dividen yang kita terima daripada saham dengan dividen daripada buku biru, kita perlu gunakan formula Dividend Yield, bukan Dividend Per Share. 

Formula Dividend Yield pula adalah seperti berikut:-

Jika syarikat mengumumkan pemberian dividen sebanyak 80sen sesaham, kita perlu bahagikan dengan harga semasa saham tersebut, contohnya RM10.00 dan untuk mendapatkan nilai dalam peratus, perlu didarabkan dengan 100. 

Jadi pengiraan diatas akan memberikan jawapan sebanyak 8.00%. Pengiraan nisbah ini biasanya sudah dikirakan di portal seperti KLSE Screener atau Malaysiastockbiz. 

Sumber: KLSE Screener

Contoh dividend yield bagi saham TENAGA adalah 8.23% dan MALAKOF pula adalah 6.11%. Jika kita hendak membandingkan dengan dividen daripada buku biru, boleh ke terus bandingkan dengan dividend yield semasa? 

Jawapannya adalah Ya dan Tidak. 

Boleh dibandingkan secara terus jika anda baru hendak membeli saham tersebut dan jika jumlah dividen yang diberikan pada masa akan datang sama dengan jumlah yang diberikan hari ini. 

Jika anda telah membeli pada harga yang lebih premium, contohnya membeli saham TENAGA semasa harganya RM10.50. Untuk mengira dividend yield anda perlu membahagikan jumlah dividen saham dengan harga yang anda beli.  

Jika pemberian dividen TENAGA kekal sama iaitu 80sen sesaham, Dividen anda adalah sebanyak 7.61% dan bukannya 8.23% seperti nisbah diatas. 

Masalahnya adalah, pelabur tidak akan tahu jumlah pemberian dividen yang akan diberikan oleh syarikat pada masa akan datang sehingga ianya diberitahu secara awam. 

Jadi untuk menentukan saham mana yang akan memberikan dividen lebih banyak berbanding buku biru atau buku hijau sebenarnya agak sukar. 

Pelabur boleh menjangkakan jumlah pemberian dividen tersebut dengan melihat jumlah yang konsisten pada tahun-tahun sebelumnya, cuma cara ini juga tidak menjamin pengiraan yang tepat. 

Harga saham juga sangat volatile, boleh jadi harga saham yang dulunya bernilai RM1.60 dan mempunyai dividend yield yang rendah, tetapi harga saham berkenaan kini hanya bawah 50 sen sementara pengiraan dividend yield masih menggunakan nilai dividen sesaham yang lepas. 

Sekarang anda faham kenapa pelabur perlu mengetahui serba sedikit tentang ilmu fundamental jika mereka memilih untuk melabur jangka masa panjang atau mencari keuntungan dividen semata. 

Di sebalik saham itu adalah perniagaan, elakkan diri daripada perjudikan nasib dalam pelaburan saham ini dengan mengharapkan satu cara keuntungan yang mudah sahaja. 

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?

Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.

Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM

Share829ShareSend

Related Posts

4 Sebab Harga Saham Genetec Disasar Naik Lebih 50% Oleh Pakar
Fundamental Analisis

4 Sebab Harga Saham Genetec Disasar Naik Lebih 50% Oleh Pakar

5 months ago
Kenapa Pelabur Perlu Tahu Tentang Corporate Exercise?
Fundamental Analisis

Kenapa Pelabur Perlu Tahu Tentang Corporate Exercise?

5 months ago
Market Outlook 2022. Apa Kata Tuan Nik Ihsan?
Fundamental Analisis

Market Outlook 2022. Apa Kata Tuan Nik Ihsan?

6 months ago
Leader Dan Laggard. Mana Satu Pilihan Hati?
Fundamental Analisis

Leader Dan Laggard. Mana Satu Pilihan Hati?

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In