• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Saham Yang Berikan Dividen Lebih 5.0% Pada Tahun 2021

in Asas Saham
A A
Saham Yang Berikan Dividen Lebih 5.0% Pada Tahun 2021
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Seperti tahun-tahun sebelum ini, mesti yang ramai menantikan pengumuman pengagihan dividen daripada buku biru yang menjadi simpanan kegemaran bumiputera di Malaysia. 

Pada 23 Disember 2021, Permodalan Nasional Berhad telah mengumumkan pengagihan dividen untuk produk Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.0% untuk penutup tahun kewangan 2021. 

Bagi yang mencari medium untuk menabung duit dan mengelak daripada inflasi, ASB mungkin pilihan yang terbaik.

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Harga unitnya tetap untuk memelihara modal pelabur dan tidak pernah gagal untuk memberikan dividen melebihi nilai fixed deposit bank-bank di Malaysia. 

Tetapi kepada mereka yang nak melabur dan dalam masa yang sama mahukan pulangan dividen, mari kita lihat antara saham yang memberikan dividen lebih daripada 5.0% untuk tahun 2021.

Untuk melihat jumlah dividen yang betul untuk tahun 2021, kita akan kira jumlah dividen keseluruhan untuk tahun 2021 dan membandingkan dengan harga saham pada 4 Januari 2021.

Baca: Cara Kira Kadar Dividen Yang Anda Terima Dengan Betul

1. Kossan Rubber Industries Berhad

Kossan Rubber Industries Berhad (Kossan) merupakan salah satu pengeluar sarung tangan di Malaysia. Syarikat ini mempunyai modal pasaran bernilai RM4.47 bilion.

Harga saham ini pada 4 Januari 2021 adalah RM3.94 seunit dan pada tahun 2021, syarikat ini telah memberikan dividen sebanyak RM0.36 seunit.

Ini bermakna kadar dividen saham ini untuk tahun 2021 untuk pelabur yang membeli pada harga RM3.94 adalah sebanyak 9.14%.

Nampaknya dividen agak banyak berbanding buku biru untuk tempoh setahun, tetapi jangan lupa harga saham Kossan ini juga jatuh menjadi RM1.75 seunit ketika artikel ini ditulis. 

Ianya merupakan kejatuhan hampir 56% berbanding harganya pada awal Januari 2021. Jadi berbaloi ke dapat dividen banyak tapi modal kita merosot? 

2. Ta Ann Holdings Berhad

Ta Ann Holdings Berhad terlibat dalam aktiviti pembalakan dan pembuatan kayu di Malaysia. Syarikat ini mempunyai modal pasaran bernilai RM1.47 bilion. 

Harga saham ini pada 4 Januari 2021 adalah bernilai RM2.96 seunit. Pada tahun 2021 pula syarikat ini telah memberikan dividen secara keseluruhan sebanyak RM0.30 seunit.

Ini menjadikan kadar dividen saham ini untuk tahun 2021 adalah sebanyak 10.14%. Bukan itu sahaja, harga saham ini juga pada 23 Disember 2021 meningkat kepada RM3.34 seunit. Ianya merupakan kenaikan hampir 13% dalam masa setahun. 

Dividen dapat, modal pelaburan pun berkembang!

3. Top Glove Corporation Bhd

Top Glove merupakan jenama sarung tangan yang besar di dunia. Syarikat ini mempunyai modal pasaran bernilai RM17.3 bilion. 

Harga saham Top Glove pada 4 Januari 2021 adalah bernilai RM5.5 seunit dan pada tahun 2021 syarikat ini telah memberikan dividen sebanyak RM0.651 seunit. 

Ini bermakna kadar dividen syarikat ini pada tahun 2021 adalah sebanyak 11.84%. Tapi harga sahamnya pada 23 Disember 2021 pula jatuh kepada RM2.18 seunit.

Walaupun pemegang saham ini mendapat dividen lebih daripada 10% setahun, namun harga sahamnya mengalami kejatuhan hampir 60% setahun.

Jangan seronok dapat dividen besar tapi modal pelaburan menguncup ya. 

Ada banyak lagi saham yang berikan dividen lebih daripada 5% sebenarnya. Ada juga yang berikan dividen tinggi dan harga sahamnya pun naik juga seperti saham Taann. 

Yang penting jika nak melabur pastikan ada ilmu terlebih dahulu.  

Kelas Saham Premium TheKapital Kembali!

Pelaburan saham memerlukan ilmu, skil, pengalaman dan disiplin.

Selain ilmu fundamental dan teknikal, salah satu cara untuk kita pendekkan masa belajar adalah dengan belajar daripada kesilapan-kesilapan yang pernah dibuat.

Kelas premium 2 hari + 1 revision ini yurannya ribu-ribu di luar sana.


Anda akan belajar lebih mendalam ilmu-ilmu yang wajib tahu:

ANALISIS FUNDAMENTAL
ANALISIS TEKNIKAL
SENTIMEN
TRADING PLATFORM

Daftar sekarang untuk menempah seat anda dengan tawaran harga yang sangat mampu milik.
Nak tahu topik-topik yang bakal dikongsi nanti? Pra-Daftar sekarang di Webinar Swing Trading X

PRA-DAFTAR SEKARANG

Share672ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

9 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

10 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In