Pernah tak anda untung banyak dalam sehari? Mesti seronok kan jika boleh untung besar dalam masa sehari?
Bang Din tahu ramai yang pernah untung lebih dari 10% sehari di pasaran saham tidak kiralah di Bursa Malaysia atau Wall Street.
Di sini Bang Din nak kongsi pengalaman pernah untung 44% dalam 1 hari dengan 2 saham.
Izinkan Bang Din untuk namakan saham pertama sebagai saham A dan saham kedua sebagai saham B.
Saham A
Sumber :
Mari lihat apa yang terjadi pada saham A terlebih dahulu. Saham A adalah saham yang baru sahaja IPO beberapa hari sebelum ia membuat kenaikan yang tinggi dalam masa sehari.
Pada hari pertama saham A disenaraikan, harga saham jatuh di bawah harga pembukaannya lalu membentuk candlestick berwarna merah.
Saham ini Bang Din dah perhatikan rapat-rapat kerana pada 7 Oktober 2021, saham A ditutup pada paras resistance. Paras resistance tersebut adalah harga tertinggi saham A pada hari pertamanya di Bursa Malaysia.
Melihat carta ini, saham A mempunyai potensi untuk membuat breakout pada keesokan harinya kerana harganya ditutup betul-betul pada paras rintangan iaitu RM0.62.
Sebaik sahaja pasaran dibuka pada keesokan harinya (8 Oktober 2021), saham ini membuat fresh breakout dan minat belian yang tinggi masuk ke dalam saham A.
Bang Din sempat masuk pada harga RM0.65. Walaupun terlepas beberapa bid daripada paras rintangan, momentum belian yang tinggi membuatkan Bang Din percaya saham ini akan terus naik.
Pada hari tersebut saham A ditutup pada harga RM0.80 dan Return on Investment (ROI) daripada saham A adalah 23.08%!
Walaubagaimanapun, Bang Din tetap berhati-hati kerana di atas badan candlestick saham A ada ekor yang panjang. Bayang-bayang candlestick yang panjang di sebelah atas memberitahu kita bahawa berlakunya tekanan jualan.
Saham B
Sumber :
Saham A tadi untung 23.08%. Saham B pula untung 21.84%. Untuk saham B pula, saham ini telah membuat breakout sehari sebelumnya. Saham B berjaya tutup di atas paras rintangan RM0.84.
Walaubagaimanapun, tiada volume yang besar pada breakout tersebut. Bang Din tak tinggalkan terus saham B ini kerana keesokan harinya saham ini membuat gap up.
Saham yang buat gap up ini biasanya saham yang mempunyai momentum dan minat belian yang tinggi sebelum sesi dagangan dibuka.
Bang Din pun belilah saham B ini pada harga gap up tersebut. Tak disangka-sangka pula saham B ini membuat kenaikan yang menakjubkan pada hari tersebut.
Pulangan yang diperoleh bagi saham B dalam 1 hari ini adalah 21.84%.
Dua saham ini jika ditambah akan menjadikan pulangan dalam masa 1 hari adalah setinggi 44.92%.
Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout