• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Apa Jadi Jika Beli Saham AirAsia Setiap Bulan Pada Tahun 2020?

in Asas Saham
A A
Apa Jadi Jika Beli Saham AirAsia Setiap Bulan Pada Tahun 2020?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

“Saham AirAsia sedang jatuh, boleh ke beli dan simpan sampai dia naik semula?”

Artikel sebelum ini ada dikongsikan tentang teknik Dollar Cost Averaging (DCA) dan bagaimana pelabur meraih keuntungan jika saham tersebut terus menerus membuat kenaikan. 

Baca: Apa Jadi Jika Beli Saham Yang Sama Setiap Bulan Secara Konsisten?

Kali ini, kami akan berkongsikan apa akan jadi kepada pelaburan anda jika anda membuat teknik yang sama tetapi saham tersebut sedang membuat penurunan. 

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Untuk perkongsian kali ini, kita akan ambil contoh saham AirAsia yang sahamnya terkesan akibat daripada sekatan perjalanan yang dilaksanakan oleh kebanyakan negara. 

Sekatan perjalanan ini juga telah mengakibatkan harga saham syarikat ini jatuh dengan mendadak hampir sepanjang tahun 2020.

Jadi, jika kita mempunyai modal pelaburan sekitar RM12,000 dan akan gunakan RM1,000 setiap bulan untuk membeli saham AirAsia pada setiap  hujung bulan tahun 2020.

Beli Saham AirAsia Dengan Modal RM1,000 Setiap Bulan

Sumber :

Dengan modal RM1,000 setiap bulan, berapa banyak jumlah lot yang boleh dibeli pada setiap hujung bulan tahun 2020? 

Untuk mengetahui jumlah lot yang boleh dibeli, kita perlu tahu dulu harga saham AirAsia pada setiap hujung bulan.

Sumber: Investing.com

Berikut merupakan harga saham AirAsia setiap hujung bulan. Mari kita lihat dengan modal RM1,000 sebulan, berapa banyak lot saham AirAsia yang mampu dibeli setiap bulan.

Sumber: Investing.com

Jadual diatas pula menunjukkan jumlah lot yang boleh dibeli dengan bermodalkan sekitar RM1,000 setiap bulan. 

Kos keseluruhan jika ditambah dengan brokerage fee RM10 setiap kali beli pula akan bernilai RM11,831 dan purata seunit belian saham AirAsia ini menjadi sekitar RM0.773 seunit. 

Jika pelabur menjual saham ini pada awal bulan Januari 2021, ketika itu harga saham AirAsia bernilai RM0.865 seunit, pelabur masih mampu menjana keuntungan sekitar 11.86% dalam tempoh setahun dengan strategi DCA ini. 

“Biar betul strategi ini berjaya kepada saham yang sedang downtrend”

Benar, kami pun terkejut bila membuat pengiraan strategi ini menjadi untuk saham seperti AIrAsia. 

Nampak gayanya saham AirAsia yang membuat kejatuhan yang teruk ini juga mempu memberikan pulangan yang positif. Namun pelabur perlu berjaga-jaga kerana lain saham, lain corak pergerakannya. 

Jika kita perhatikan Harga saham AirAsia ini, harga saham ini dilihat kembali naik selepas bulan Oktober setelah jatuh teruk pada bulan September dan Oktober. 

Ini juga merupakan faktor kepada pulangan yang positif untuk saham AirAsia dengan strategi DCA ini. 

Jika ada saham yang terus menerus membuat kejatuhan, sudah tentu pulangan pelaburan akan menjadi negatif. 

Baca: Apa Jadi Jika Beli Saham Inari Setiap Bulan Pada Tahun 2020

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?

Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.

Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM

Share408ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

10 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

10 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In