Boleh tak nak beli satu saham setiap bulan dalam masa setahun
Jika anda mempunyai modal pelaburan sekitar RM12,000, apa yang akan anda lakukan?
Adakah anda akan membeli satu saham sekali lalu dengan RM12,000 atau anda akan membahagikan modal tersebut kepada 12 bahagian dan hanya menggunakan RM1,000 setiap bulan selama 12 bulan?
Jika anda menggunakan modal tersebut sekali jalan, jika saham tersebut naik, anda akan meraih keuntungan yang besar. Tetapi, jika harga saham tersebut jatuh, anda juga akan mengalami kerugian yang besar.
Cara yang kedua ini pula dikenali sebagai strategi Dollar Cost Averaging (DCA) yang mampu membantu pelabur mengurangkan volatility harga sesuatu saham dalam portfolio mereka.
Baca: Strategi Pelaburan Dollar Cost Averaging (DCA)
Pernah tak anda tertanya-tanya, apa akan jadi jika kita membeli saham yang sama setiap bulan dengan modal yang sama? Untung atau rugi?
Artikel kali ini akan kongsikan apa yang akan jadi jika anda membeli saham Inari Amertron Berhad secara konsisten setiap bulan pada tahun 2020. Haa. Ini bukan buycall ye. Sekadar bahan rujukan untuk pemahaman kita.
Beli Saham Inari Dengan Modal RM1,000 Setiap Bulan
Inari Amertron Berhad merupakan antara syarikat pengeluar semikonduktor yang besar di Malaysia. Syarikat ini mempunyai modal pasaran bernilai sekitar RM14.3 bilion.
Dengan bermodalkan sebanyak RM1,000 setiap bulan, berapa unit saham Inari ini yang boleh kita beli tahun 2020 lepas?
Mari kita lihat harga saham Inari pada awal bulan daripada Januari sehingga Disember pada tahun 2020 terlebih dahulu.
Sumber: Investing.com
Berikut merupakan harga saham Inari untuk setiap hujung bulan tahun 2020. Daripada harga ini pula berapa banyak lot yang boleh dibeli dengan bermodalkan RM1,000 setiap bulan?
Berikut pula ialah jumlah unit yang boleh dimiliki dengan bermodalkan hanya RM1,000 setiap bulan untuk membeli saham Inari ini pada setiap bulan secara konsisten.
Sumber :
Kos keseluruhan yang digunakan adalah sebanyak RM10,638 untuk pembelian 59 lot saham Inari pada tahun 2020. Jika ditambah dengan anggaran kasar kos brokerage sekitar RM10 setiap kali trade, kos keseluruhan akan menjadi sekitar RM10,758.
Dengan kos keseluruhan ini, jika dibahagikan dengan jumlah unit saham yang dibeli, harga purata untuk satu unit saham Inari akan menjadi sekitar RM1.82 sahaja.
Jika kita menjual saham ini pada awal Januari 2021 pada harga RM2.72 seunit, kita mampu meraih keuntungan sekitar 49.0% dalam masa setahun.
Menarik bukan cara yang simple tetapi mampu meraih keuntungan sehingga hampir 50% dalam masa setahun. Sesuai untuk pelabur separuh masa yang mempunyai kerja hakiki.
Namun awas! Strategi ini hanya akan berjaya jika saham yang dibeli itu membuat uptrend yang berterusan secara keseluruhan.
Jika saham yang anda beli semakin hari semakin jatuh harganya, anda juga berpotensi untuk mengalami kerugian yang besar.
Oleh itu sebelum melabur atau membuat apa-apa keputusan pelaburan, sebaiknya kita mencari ilmu terlebih dahulu.
Kerja Makan Gaji Dan Tak Sempat Nak Monitor Saham? Kami Kongsikan Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Kami janji akan dapat banyak ilmu dan mudah faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Memang berbaloi……
Apa tunggu lagi? Jom daftar sekarang!





![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)