• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 18, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Apa Kes Serba Dinamik Nak Saman Bursa?

in Hebahan
A A
Apa Kes Serba Dinamik Nak Saman Bursa?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Serba Dinamik Holding Berhad sebuah syarikat yang menyediakan servis dalam industri minyak & gas dan sangat dikenali di negara ini. 

Teras perniagaan Serba Dinamik adalah merangkumi:

  1. Operasi & Penyelenggaraan (O&M)
  2. EPCC
  3. Teknologi Informasi & Komunikasi
  4. Pendidikan & Latihan

Sumber: Berita Harian

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

Serba Dinamik mempunyai pejabat operasi di Malaysia, Indonesia, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Singapura, India, Belanda, Switzerland dan United Kingdom.

Isu Audit 

Pada pertengahan tahun 2021, pasaran saham tempatan digemparkan dengan isu audit yang melanda sebuah syarikat minyak & gas terkemuka iaitu Serba Dinamik. 

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah membuka kertas siasatan terhadap perakaunan kewangan Serba Dinamik berikutan terdapat perbezaan pendapat di antara syarikat ini dan auditor mereka iaitu KPMG Malaysia.

Baca : Serba Dinamik shares continue to be suspended

Susulan isu tersebut, Bursa Malaysia telah membeku saham Serba daripada didagangkan selama 2 hari. Sebaik sahaja saham Serba Dinamik dibuka semula, saham tersebut terus membuat limit down.

Sumber :

Masih ingatkah anda dengan kejadian di atas?

Nak tahu lebih lanjut?

Baca :  Serba Dinamik : Apa Yang Berlaku?

Pihak pengurusan Serba Dinamik merasa tidak berpuas hati terhadap apa yang telah berlaku lalu perkara ini menjurus kepada Serba Dinamik bawa KPMG ke muka pengadilan.

Tindakan undang-undang tersebut diketuai oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah selaku penasihat undang-undang syarikat tersebut. Keputusan untuk menyaman KPMG dibuat setelah pihak pengurusan Serba Dinamik mendapati ketirisan kerja-kerja audit yang dibuat oleh KPMG yang telah menyebabkan syarikat mengalami kerugian nilai pasaran lebih daripada RM3.0 bilion.

Cerita ini tidak terhenti di sini sahaja kerana syarikat kedua yang disaman oleh Serba Dinamik adalah KLSE Screener. Anda mesti hairan bukan bagaimana KLSE Screener secara tiba-tiba diambil tindakan oleh syarikat minyak & gas tersebut?

Beberapa bulan sebelum ini, Serba Dinamik turut pernah mengambil tindakan undang-undang terhadap KLSE Screener. Perkara tersebut berlaku kerana Serba Dinamik telah memperoleh injuksi interim terhadap dakwaan penerbitan komen palsu dan fitnah yang disiarkan menerusi akaun pengguna yang menyamar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan itu. 

Jemput baca artikel yang pernah kami kongsikan sebelum ini.

Baca : Serba Dinamik Ambil Tindakan Undang-Undang Ke Atas KLSE Screener

Kenapa Serba Dinamik Menyaman Bursa Malaysia?

Ingatkan selepas kedua-dua saman tersebut, Serba Dinamik akan dapat fokus mengembangkan perniagaannya. Namun, baru-baru ini kita semua dikejutkan dengan berita Serba Dinamik menghantar fail saman pemula terhadap Bursa Malaysia.

Sumber: Serba Dinamik

Sila rujuk lampiran penuh di SDHB Announcement – Material Litigation. 

Nak tonton video pun boleh : Serba Dinamik | Fail saman pemula terhadap Bursa Malaysia


Ini adalah antara perkara yang paling rare ataupun tidak pernah terfikir oleh siapapun yang Bursa Malaysia akan disaman oleh syarikat yang tersenarai.

Pada 3 November 2021 yang lalu, Serba Dinamik memfailkan saman terhadap Bursa Malaysia Securities Berhad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Antara dakwaan Serba Dinamik adalah:

  1. Pengendali bursa tempatan tersebut telah bertindak di luar bidang kuasa apabila menggantung dagangan saham syarikat penyedia perkhidmatan minyak dan gas itu. 
  2. Bursa Malaysia tidak memiliki kuasa untuk mengarah syarikat itu.
  3. Menggantung saham Serba Dinamik tidak mengikut prosedur dan melanggar peraturan keadilan.

Apakah pula tuntutan Serba Dinamik?

  1. Serba memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa arahan Bursa Malaysia dan penggantungan dagangan sahamnya dibatalkan.
  2. Meminta Bursa Malaysia ditegah daripada mengambil sebarang tindakan untuk mengumumkan atau sebahagian daripada ‘Perkembangan Terkini Dapatan Fakta’.
  3. Meminta Bursa Malaysia ditegah mengeluarkan sebarang arahan kepada Serba Dinamik dalam melantik sesiapa untuk berperanan sebagai juruaudit khas syarikat, menilai atau menyiasat urusan mereka.
  4. Penamatan penggantungan saham syarikat di Pasaran Utama.


Sumber: Berita Harian

Respon Bursa Malaysia

Sumber: Bernama

Kesemua drama ini bermula pada pertengahan Mei apabila KPMG menekankan percanggahan melibatkan transaksi sekitar RM4.54 bilion pada tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2020. 

Pihak Bursa pula tidak lama kemudian telah memberi respon terhadap tindakan undang-undang daripada Serba Dinamik. 

Baca : Bursa responds to Serba Dinamik’s legal challenge

Sumber: Bursa Malaysia

Bursa Malaysia berkata sebagai pihak yang mengawal selia pasaran modal negara, ia berhak menggunakan kuasanya terhadap Serba Dinamik Holdings Berhad.

Tindakan tersebut dibuat demi kepentingan mengekalkan pasaran yang teratur dan adil. Bursa juga menegaskan ia akan mempertahankan kedudukannya dengan bersungguh-sungguh dan tidak akan melepaskan peranan dan fungsi berkanunnya di pasaran. 

Apakah penghujung kemelut ini? Sama-sama kita nantikan. Tidak kira apa pun yang akan berlaku, anda sebagai seorang pelabur bijak perlu berhati-hati terhadap pelaburan yang dibuat. 

Kerja Makan Gaji Dan Tak Sempat Nak Monitor Saham? Kami Kongsikan Solusi!

Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.

Topik-topik yang bakal kami kongsikan

1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli

…Dan banyak lagi …

Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Kami janji akan dapat banyak ilmu dan mudah faham.

Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!

Memang berbaloi……

Apa tunggu lagi? Jom daftar sekarang!

DAFTAR WEBINAR SWING TRADING
Share3149ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

1 year ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

2 years ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

2 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In