“Betul-betul marah Chairman Serba Dinamik kepada KPMG nampak gayanya“
Pada 22 Jun 2021, pihak pengurusan Serba Dinamik Holdings Berhad telah mengadakan sidang media pada jam 5 petang selepas pasaran saham ditutup.
Sumber: Serba Dinamik-Youtube
Intipati utama sidang media yang diadakan pada semalam, 22 Jun 2021 menyatakan bahawa syarikat tersebut akan mengambil tindakan undang-undang terhadap juruaudit luar mereka, KPMG LTD.
Tindakan undang-undang yang bakal diambil ini akan diketuai oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah selaku penasihat undang-undang syarikat tersebut.
Tindakan saman ini diputuskan setelah pihak pengurusan Serba Dinamik mendapati ketirisan kerja-kerja audit yang dibuat oleh KPMG yang telah menyebabkan syarikat tersebut mengalami kerugian nilai pasaran lebih daripada RM3.0 bilion.
Pihak pengurusan Serba Dinamik juga menyatakan bahawa penemuan yang dibangkitkan oleh KPMG tidak bersifat subsential dan ianya berpunca daripada kecuaian pihak mereka sendiri yang menemui jalan buntu untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Pengerusi Serba Dinamik, Datuk Mohamed Ilyas Pakeer Mohamed juga bertindak memutuskan hubungan mereka dengan KPMG dan menyifatkan syarikat audit Big Four tersebut melakukan kerja mereka setaraf juruaudit shoplot.
Atas kecuaian KPMG ini, keyakinan pelabur terhadap syarikat mula terjejas dan kita juga menyaksikan antara pemegang saham utama syarikat ini seperti Kumpulan Simpanan Wang Persaraan(KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) mula melepaskan pegangan mereka.
Hasil daripada isu audit yang dibangkitkan ini juga telah menyebabkan banyak broker dan penganalisa telah menukar saranan mereka terhadap saham syarikat ini.
Kebanyakan penganalisa telah meletakkan saranan jualan terhadap saham ini selepas isu audit tersebut dibangkitkan oleh KPMG.
Baca:Serba Dinamik Limit Down Selepas Dua Hari Dibekukan
Sumber: This Is Money
Serba Dinamik bukan syarikat pertama yang mengambil tindakan undang-undang terhadap KPMG.
Malah KPMG turut disaman sebanyak 250 juta Euro setelah menjadi punca syarikat pembinaan gergasi, Carillion gulung tikar.
Boleh Beli Ke Saham Serba Dinamik?
Saham Serba Dinamik sememangnya menjadi bualan hangat sejak isu audit syarikat ini dibangkitkan untuk beberapa bulan yang lepas.
Sebelum anda membuat keputusan membeli atau menjual sesuatu saham, pelabur perlu membuat kajian yang mendalam tentang saham tersebut.
Jangan kita membeli kerana orang lain membeli, sebaiknya kita melabur untuk meningkatkan ilmu pengetahuan diri kita terlebih dahulu.
Dapatkan Ilmu Asas Dalam Pelaburan Saham
Adakah anda seorang yang:
✅ Tiada asas pelaburan saham
✅ Nak mula melabur saham tapi kurang yakin
✅ Dah pernah belajar tentang saham, tapi dah lupa ilmu di kelas sebelum ini
✅ Belum jumpa teknik yang sesuai dengan diri
✅ Tidak tahu masa terbaik untuk beli saham
✅ Tidak faham membaca chart
✅ Tiada panduan dalam melabur saham
Jika ANDA tergolong dalam salah satu daripada perkara di atas, jangan risau!
Webinar Senang Saham 3.0 dapat membantu anda dengan kelas intensif selama 3 hari.
Ya! 3 hari! Belajar sampai lebam, belajar sampai jadi! Ada duit tapi tanpa ilmu, tiada gunanya.
Anda akan belajar lebih mendalam ilmu-ilmu yang wajib tahu:
ANALISIS FUNDAMENTAL
ANALISIS TEKNIKAL
SENTIMEN
TRADING PLATFORM
SCREENER
Haa! Habis kelas ni, anda tak ragu-ragu lagi!
Dapatkan seat anda sekarang, kerana ada harga promosi menanti di -> https://thekapital.my/senangsaham




