Mana ada masa nak trade hari-hari, ada cara senang tak nak trade saham ni?
Kenapa anda yang bekerja 9 pagi hingga 5 petang, anda mesti terfikir cara untuk buat duit lebih setiap bulan sementara nak tunggu gaji masuk kan.
Nak berniaga online, takut mengganggu tugasan harian.
Tahu tak sebenarnya anda boleh menjana pendapatan tambahan dengan pelaburan saham walaupun dengan hanya membeli saham seminggu sekali sahaja.
Kalau seminggu sekali je trade, berapa banyak je boleh untung?
Dengan teknik yang betul, seminggu sekali trade pun boleh memberikan pulangan lebih daripada 10%.
Lah, 10% je ke pulangannya?
Jika nak dibandingkan dengan pulangan buku biru atau buku hijau, 10% seminggu ini sebenarnya sangat banyak. Dan jika anda mampu menjana keuntungan yang sama secara konsisten, pulangan tahunan akan menjadi lebih daripada apa yang anda jangkakan.
Baca: Hanya Perlu 6% Sebulan Untuk Pulangan 100% Setahun
Mari kita lihat contoh kaunter saham yang memberikan pulangan lebih daripada 10% untuk minggu pertama bulan Oktober 2021 ini.
Pulangan 10% Seminggu Untuk Minggu Pertama Oktober
Sumber :
Saham pertama ini memberikan pulangan sekitar 10% jika membeli saham pada 4 Oktober 2021 dengan menggunakan teknik buy on dip dan menjualnya semula apabila saham ini mencecah resistance yang terdekat.
Panduan:
- Tanda Perubahan Trend Dari Sudut Analisa Teknikal
- Indikator Pivot Points : Buat Pelabur Yang Malas Cari Support Resistance
- Rahsia Multiple Timeframe Analysis Yang Pelabur Perlu Tahu
Bila kita melabur dengan modal sekitar RM3,000, kita boleh meraih keuntungan kasar sekitar RM300 seminggu.
Pulangan 14% Seminggu Untuk Minggu Pertama Oktober
Sumber :
Saham kedua ini pula memberikan pulangan pelaburan sehingga 14% dalam masa seminggu jika dibeli pada 4 Oktober 2021 dan menjualnya pada 8 Oktober 2021.
Dengan modal yang sama, RM3,000, dalam masa seminggu anda mampu menjana keuntungan kasar sekitar RM420.
Pulangan 34% Seminggu Untuk Minggu Pertama Oktober
Sumber :
Saham yang ketiga ini memberikan pulangan yang luar biasa. Dalam masa seminggu sahaja, saham ini mampu membuat kenaikan sehingga 34% jika anda membeli saham ini pada 4 Oktober 2021 and menjualnya semula pada 8 Oktober 2021.
Dengan bermodalkan RM3,000 sahaja, anda mampu menjana keuntungan kasar sekitar RM1,020 dalam masa seminggu sahaja.
Ini adalah contoh keuntungan yang anda mampu jana dalam masa seminggu dengan trade seminggu sekali sahaja.
Ingat, dalam pelaburan saham ini tidak akan lari daripada kerugian. Namun kerugian tersebut mampu dikawal dengan ilmu pelaburan yang betul.
Untuk berjaya dalam dunia pelaburan saham ini memerlukan ilmu dan ketekunan dalam membuat kajian saham-saham yang berpotensi baik dari sudut fundamental dan juga teknikal.
Baca: Kajian Fundamental Atau Teknikal Yang Lebih Penting Untuk Melabur Saham?
Kajian ini pula hanya perlu dilakukan pada hujung minggu atau pada belah malam yang tidak akan mengganggu kerja hakiki anda.
Ya, bukan senang seperti yang kita mahukan, namun usaha kita akan membuahkan hasil apabila mampu meraih keuntungan lebih daripada apa yang kita harapkan.
Panduan:
- Dua Indikator Untuk Swing Dalam Saham
- Teknik Swing Trading Yang Popular, ‘Stuck In A Box’
- Fuh, Merasa Juga 11% Walaupun Ketika Pasaran Saham Macam Roller Coaster!
- Kenapa Saham Dah Buat Breakout Tetapi Tak Menjadi?
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress
Kami janji berbaloi……