• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Tanda Perubahan Trend Dari Sudut Analisa Teknikal

in Asas Saham, Technical Analysis
A A
Tanda Perubahan Trend Dari Sudut Analisa Teknikal
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Boleh ke guna carta untuk tahu perubahan trend sesuatu saham?

Artikel sebelum ini telah membincangkan tentang tanda perubahan trend dari sudut psikologi pelabur dan juga dari sudut analisa fundamental. 

Baca: Tanda Perubahan Trend Dari Sudut Analisa Fundamental

Kali ini, kita akan lihat tanda perubahan trend daripada sudut analisa teknikal pula. 

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Sebagai pelabur, kita akan pastinya bersiap sedia jika ada tanda-tanda perubahan trend ini sama ada untuk meraih keuntungan atau untuk mengelak daripada kerugian yang besar. Dari segi teknikal ini, tanda perubahan trend yang biasanya terjadi adalah seperti:-

  • Berlaku Kenaikan Atau Kejatuhan Yang Mendadak’
  • Harga Terkeluar Daripada Trendline
  • Muncul Reversal Candlestick

Tanda-tanda ini amat penting untuk diperhatikan oleh pelabur baik ketika perubahan trend daripada bullish kepada bearish atau sebaliknya.

Tanda Perubahan Trend Daripada Bullish Kepada Bearish

Apabila sesuatu pasaran itu membuat perubahan trend daripada bullish kepada bearish, pelabur boleh mempertimbangkan untuk melepaskan pegangan yang sedia ada atau mengelakkan daripada memasuki pasaran. 

Berlaku Kenaikan Harga Yang Terlalu Tinggi

Sumber :

Apabila sesuatu saham melakukan kenaikan yang terlalu tinggi dalam masa yang singkat, akan sampai satu masa dimana saham tersebut sudah mencapai buying climaxnya. 

Ini terjadi apabila terlalu ramai sudah membeli dan akan tiba masanya pembeli pada harga yang rhendah akan mula menjual pegangan mereka untuk meraih keuntungan. 

Sumber :

Kenaikan harga yang tinggi dalam masa yang singkat biasanya akan diikuti dengan kejatuhan harga yang mendadak juga seperti contoh carta saham diatas. 

Selain daripada faktor teknikal, ianya juga merupakan faktor psikologi pelabur yang memainkan peranan penting dalam menentukan pergerakan harga saham ini. 

Baca: Tanda Perubahan Trend Dari Sudut Psikologi Pelabur

Pergerakan Harga Mula Keluar Daripada Trendline

Sumber :

Harga sesuatu saham biasanya akan bergerak mengikut trendline-nya seperti carta di atas. Namun apabila sesuatu harga saham itu mula terkeluar daripada  trendlinne seperti di atas, ianya adalah satu tanda perubahan trend daripada bullish kepada bearish.

Sumber :

Seperti carta saham ini, apabila harga saham ini mulai keluar daripada uptrendline, pergerakan harga saham ini terus membuat fasa bearish pada hari-hari berikutnya. 

Muncul Bearish Reversal Candlestick

Pembentukan candlestick pada sesuatu carta juga merupakan salah satu cara untuk pelabur melihat tanda awal perubahan trend.. Antara Bearish Reversal Candlestick yang popular adalah seperti:-

  • Bearish Engulfing
  • Dark Cloud Cover
  • Bearish Harami

Apabila saham tersebut sedang berada pada fasa bullish dan kemudian muncul Bearish Reversal Candlestick pada carta, ianya merupakan tanda awal trend saham tersebut akan berubah daripada bullish kepada bearish.

Tanda Perubahan Trend Daripada Bearish Kepada Bullish

Apabila saham sedang berada di fasa bearish, tidak bermakna kita perlu mengabaikan saham tersebut. Sebaliknya pelabur perlu perhatikan tanda-tanda awal saham ini untuk berubah fasa daripada bearish kepada bullish. 

Apabila Harga Saham Itu Jatuh Dengan Mendadak

Sumber :

Apabila sesuatu saham mengalami kejatuhan secara berturut-turut, saham tersebut akan mencapai selling climax-nya apabila sudah tiada pelabur yang hendak menjual pegangan mereka. 

Sumber :

Apabila ini berlaku, pergerakan harga saham ini akan naik semula kerana minat belian terhadap saham ini meningkat seperti yang berlaku pada carta saham diatas. 

Keluar Daripada Downtrendline

Sumber :

Apabila sesuatu saham terkeluar daripada trendline-nya, ianya bermakna bahawa saham ini akan membuat perubahan trend seperti carta saham di atas daripada fasa bearish kepada fasa bullish. 

Sumber :

Apabila harga saham ini keluar daripada downtrendline-nya, harga saham ini kemudiannya membuat kenaikan harga pada hari-hari berikutnya dan dilihat membuat sedang membuat fasa bullish. 

Muncul Bullish Reversal Candlestick 

Bullish Reversal Candlestick juga antara signal atau tanda awal sesuatu saham itu bakal membuat perubahan trend daripada bearish kepada bullish. Antara Bullish Reversal Candlestick yang popular adalah seperti:

  • Bullish Engulfing
  • Bullish Harami
  • Piercing Line

Apabila Bullish Reversal Candlestick ini muncul ketika pergerakan harga saham sedang berada di fasa bearish, ianya merupakan tanda awal bahawa saham tersebut bakal membuat perubahan kepada fasa bullish. 

Berikut merupakan perkongsian tentang tanda awal perubahan trend yang boleh pelabur perhatikan dalam kajian pelaburan masing-masing.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca semua. 

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout

MILIKI E-BOOK BUY ON BREAKOUT
Share666ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

9 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

9 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In