Selalu minum susu daripada Farm Fresh? Tak lama lagi kita boleh beli saham syarikat ni.
Hajat syarikat pengeluar susu ini untuk menerbitkan Initial Public Offering terbantut pada tahun 2020 akibat daripada penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menghadkan pergerakan orang awam.
Farm Fresh merupakan syarikat yang terkenal dengan produk tenusu yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia kerana kualiti produknya yang setaraf produk antarabangsa. Antara produk yang popular adalah seperti:-
- Susu segar
- Susu berperisa
- Minuman Yogurt
- Susu berasaskan tumbuhan
Pada 4 Oktober 2021, draf prospektus Farm Fresh sudah boleh didapati di website Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk bacaan awal para pelabur yang berminat untuk mengetahui lebih tentang syarikat ini.
Mari kita lihat beberapa fakta menarik daripada prospektus Farm Fresh ini untuk bacaan bersama.
1. Bakal Terbitkan Lebih Daripada 700 Juta Saham
Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Daripada 743 juta unit saham yang bakal didagangkan ini, 687.4 juta daripadanya akan diperuntukkan kepada pelabur institusi sementara lebihannya sekitar 55.7 juta unit saham ini akan diperuntukkan kepada pelabur runcit.
Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Daripada jumlah yang diperuntukkan untuk pelabur institusi, hampir 12% atau sekitar 230 juta unit daripada jumlah saham yang didagangkan ini dikhaskan untuk pemilikan Bumiputera melalui kelulusan daripada MITI.
Selebihnya sekitar 455 juta unit pula untuk pelabur institusi selain daripada Bumiputera dan pelabur institusi asing.
Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Daripada 55.7 juta unit peruntukan untuk pelabur runcit pula, sekitar 18.6 juta akan diperuntukkan untuk individu yang layak sementara hanya sekitar 37.2 juta yang akan dibuka untuk undian awam.
2. Lebih 13% Peruntukan Saham Khas Untuk Bumiputera
Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Daripada kesemua jumlah peruntukan unit untuk pelabur runcit tersebut, terdapat 13.5% saham tersebut diperuntukkan khas kepada bumiputera dan selebihnya untuk warganegara Malaysia yang lain dan untuk pelabur runcit asing.
Baca: Mohon IPO Melalui MITI? Ini Cara-Caranya.
3. Khazanah Dan MoF Inc Antara Pemilik Utama Syarikat Ini
Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Farm Fresh sudah mendapat suntikan dana daripada Khazanah Nasional Berhad sebelum ini untuk meluaskan lagi perniagaan syarikat ini.
Khazanah memiliki sekitar 30% kepentingan dalam syarikat pembekal susu segar dan merupakan antara pemilik utama kepada syarikat ini.
Selain Khazanah, MoF Inc yang merupakan korporat dibawah Kementerian Kewangan Malaysia juga merupakan pemegang utama dalam syarikat ini.
4. Pendapatan Syarikat Yang Semakin Kukuh
Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Berdasarkan maklumat dalam prospektus Farm Fresh ini, nilai jualan dan pendapatan bersih syarikat dilihat semakin mengukuh untuk tiga tahun terkini.
Pendapatan bersih sebelum cukai syarikat ini meningkat sekitar 86.8% menjadi RM67.59 juta pada tahun kewangan 2021 berbanding RM36.18 juta pada tahun kewangan 2020.
5. Dana Daripada IPO Akan Digunakan Untuk Apa?
Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Dana yang bakal diperolehi masih tidak diketahui lagi setakat artikel ini ditulis, namun perancangan untuk penggunaan dana ini telah disertakan oleh Farm Fresh dalam draft prospektus yang dikeluarkan mereka.
Daripada keseluruhan dana yang bakal diperolehi, 46.5% daripada dana tersebut akan digunakan untuk membangunkan hub pemprosesan susu bersepadu yang baru di Malaysia.
Bakinya yang lain sebanyak 19.9% akan digunakan untuk mengembangkan fasiliti produksi di Australia dan sebanyak 13.3% adalah untuk perniagaan di luar Malaysia.
6. Pesaing Kepada Nestle Dan Dutch Lady
Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Untuk market share, pengeluar susu di Malaysia, Farm Fresh mendahului jenama besar seperti Nestle di tempat kedua dengan nilai market share sebanyak 18% pada tahun 2021.
Untuk pengeluar yoghurt pula, jenama Lactalis yang telah membeli segmen yoghurt daripada Nestle telah mempunyai majoriti market share untuk produk tersebut sebanyak 39% sementara Farm Fresh hanya memiliki 11% market share sahaja.
7. Patuh Syariah Ke Saham Farm Fresh Ni?
Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Menurut Shariah Advisory Council (SAC) daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Farm Fresh merupakan syarikat yang patuh syariah.
Jadi tak usah ragu-ragu nak melabur dalam syarikat ini nanti.
8. Apa Pandangan Penganalisa Tentang Farm Fresh
Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Menurut Frost & Sullivan, Farm Fresh mempunyai pertumbuhan pendapatan yang baik dan mempunyai potensi untuk berkembang lebih besar lagi.
Kebolehan syarikat untuk beroperasi dengan kos yang sangat rendah juga memberikan kelebihan kepada syarikat ini kepada ketidaktentuan harga susu mentah di pasaran.
Syarikat ini juga dilihat mempunyai daya saing yang kuat dengan inovatif produk syarikat yang membolehkan Farm Fresh terus mendapat tempat dalam hati pelanggan mereka.
Syarikat ini juga dilihat mempunyai potensi untuk bekermbang di sekitar Asia-Pacific terutamanya di negara jiran seperti Indonesia dan juga Filipina dimana permintaan terhadap produk susu dan yogurt semakin meningkat di kalangan rakyat disana.
Berikut serba sedikit maklumat menarik tentang syarikat susu yang bakal disenaraikan di pasaran saham tidak lama lagi.
Khabarnya akan mula diapungkan pada awal tahun 2022.
Jika anda berminat untuk melabur dalam syarikat ini, pastikan anda membuat kajian dengan lebih terperinci tentang syarikat ini sebelum membuat apa-apa keputusan pelaburan.
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
 
			 
		    




