Banyak saham yang sedang jatuh ni, boleh ke beli saham dan untung?
Sejak kebelakangan ini, pasaran saham dunia dilihat tidak menentu. Jika kita merasakan pasaran saham tempatan jatuh teruk, sebenarnya stock exchange negara lain turut mengalami situasi yang sama.
Kita boleh rujuk 3 indeks Amerika iaitu Dow Jones, S&P 500 dan Nasdaq untuk melihat prestasi saham di negara tersebut.
Sumber: investing.com
Pasaran saham Amerika boleh dianggap sebagai leader dalam kalangan pasaran saham seluruh dunia. Hal ini kerana, pasaran saham Amerika merupakan antara yang terbesar di dunia dan menghimpun saham-saham gergasi dunia.
Maka tidak hairanlah apabila indeks Amerika susut, indeks negara lain turut ikut sama. Begitu juga sebaliknya. Daripada gambar rajah di atas, kesemua indeks berwarna merah menandakan sentimen semasa kurang baik.
Bagaimana pula dengan FBM KLCI?
Sumber :
FBM KLCI berada pada paras 1,600 mata di awal bulan September 2021. Namun menjelang pertengahan bulan, indeks FBM KLCI mula susut sehingga mencecah 1,528 mata.
20 September 2021
Pada 20 September 2021, pasaran hari tersebut tidak menggembirakan pelabur kerana terdapat 951 kaunter mencatatkan penurunan pada hari tersebut manakala hanya 194 kaunter yang membuat kenaikan.
Jika difikirkan secara kasar, pastinya bukan mudah untuk mencari kaunter yang mampu membuat kenaikan dalam kalangan saham-saham yang ada apabila majoriti saham mengalami kejatuhan.
Walaubagaimanapun, Bang Din berjaya membuat keuntungan ketika pasaran yang tidak menentu. Apakah perasaan anda sekiranya anda mampu membuat keuntungan ketika majoriti saham jatuh teruk? Sudah tentu anda gembira bukan?

Return on Investment (ROI) daripada saham ini adalah sebanyak 9.09%. Saham ini sebenarnya dibeli di sebelah pagi dan dijual di sebelah petang pada hari yang sama. Siapa nak bagi 9% dalam masa sehari? Kita pula menyasarkan untuk mendapat 10% dalam masa sebulan.
Bang Din kata untung RM200 dah boleh beli teh ais selama sebulan.
Sumber :
Saham ini dibeli pada harga RM0.44 dan dijual pada harga RM0.48. Pada 20 September 2021, saham ini melonjak tinggi dan berjaya memecahkan rintangan pertama pada RM0.445.
Bang Din berjaya mendapat saham ini ketika berlaku retracement di sebelah pagi. Candlestick berada di atas EMA9, EMA50 dan EMA200 menandakan saham sedang berada dalam fasa bullish.
Disebabkan sentimen semasa yang kurang baik, Bang Din merancang untuk tidak menyimpan lama saham ini. Tanpa berfikir panjang, Bang Din pun set order jual saham ini pada RM0.48 iaitu paras rintangan yang seterusnya.
Tidak lama selepas itu, di sebelah petang saham ini meneruskan kenaikan dan berjaya mencapai harga yang disasarkan maka order tadi pun matched. Bak kata pelabur otai, “see profit, take profit” yang membawa maksud kita jual saham yang telah naik untuk memastikan keuntungan tersebut menjadi milik kita.
Bagaimana caranya untuk mencari saham seperti ini jika beratus saham lain sedang jatuh?
Anda perlu mencari saham yang mempunyai momentum dan volume yang tinggi. Saham yang mempunyai momentum tinggi dan volume yang tinggi biasanya akan tertera pada senarai saham top active di trading platform anda.
Pastikan volume pada hari tersebut melebihi purata volume harian kerana momentum pergerakan sesebuah saham datangnya daripada volume yang tinggi. Volume yang tinggi bermaksud terdapat transaksi jual beli yang tinggi bagi saham tersebut.
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……




