Kenapa aku beli guna teknik buy on breakout tak menjadi?
Teknik Buy On Breakout merupakan antara teknik pelaburan saham yang sangat popular. Teknik ini juga mempunyai pelbagai cara untuk diaplikasi oleh pelabur dalam membuat keputusan pelaburan mereka.
Baca: 4 Jenis Breakout Yang Kita Perlu Tahu
Walaupun teknik ini mudah untuk kita faham dan amalkan dalam pelaburan kita, tetapi ramai pelabur yang menanggung kerugian daripada teknik ini.
Ada saham yang dah membuat breakout tetapi harga sahamnya jatuh pada hari-hari berikutnya.
Breakout Gagal Kerana Penyata Kewangan
Sumber :
Saham di atas dilihat membuat breakout dengan membentuk candlestick Marubozu seperti yang dibulatkan diatas.
Dengan melihat kepada breakout ini, secara teorinya saham ini berpotensi untuk meneruskan kenaikan harga pada hari-hari berikutnya.
Sumber :
Tetapi malangnya harga saham ini jatuh malah membuat gap down selang dua hari daripada membuat breakout dengan candle marubozu tadi.
Kenapa ianya terjadi?
Antara perkara yang mungkin menyebabkan harga ini jatuh selepas membuat breakout adalah kerana syarikat ini telah mengumumkan penyata kewangan syarikat dua hari selepas saham ini membuat breakout.
Kebetulan pula keuntungan syarikat pada tarikh tersebut menguncup buat pertama kalinya setelah membuat pertumbuhan pendapatan yang konsisten pada penyata kewangan sebelumnya.
Sebab itu sebagai pelabur kita perlu lebih berwaspada ketika musim penyata kewangan dikeluarkan kerana harga sesuatu saham itu biasanya akan terkesan dengan pengumuman tentang kewangan syarikat.
Baca: Kenapa Pelabur Perlu Berhati-hati Ketika Musim Penyata Kewangan Syarikat Diumumkan?
Breakout Gagal Kerana Profit Taking Activities
Sumber :
Sama juga dengan saham ini, harga saham ini dilihat membuat kenaikan yang ketara setelah melakukan pullback pada hari-hari sebelumnya dan membuat breakout kepada resistance nya yang terdekat.
Breakout ini bukan breakout biasa, malah ianya adalah breakout 52 week high dan secara teorinya, saham ini sepatutnya akan meneruskan kenaikan pada hari-hari berikutnya.
Malangnya harga saham ini gagal meneruskan kenaikannya malah jatuh dengan begitu drastik sekali pada hari-hari berikutnya.
Antara sebab kejatuhan saham ini adalah pengambilan keuntungan daripada short-term trader dan jualan yang besar ini telah menyebabkan pelabur yang lain mula panik dan turut serta menjual saham ini.
Jika dilihat pada skala yang lebih besar pula, saham ini membuat cubaan untuk memecahkan resistance terulungnya namun gagal apabila ianya ditutup rendah pada hari berkenaan.
Daripada kegagalan ini, pelabur mungkin membuat keputusan untuk melepaskan pegangan saham ini sehingga mengakibatkan kejatuhan teruk terhadap saham ini.
Breakout Gagal Kerana Pull Back
Kita tahu kenaikan harga saham yang sihat adalah dengan membuat pergerakan zig-zag. Ini bermaksud pergerakan harga saham ini ada turun dan naiknya tetapi bergerak dalam trendlinenya.
Jika sesuatu saham ini membuat pullback setelah membuat breakout, kejatuhan harga saham ini hanya bersifat sementara sahaja.
Selagi harga saham ini bergerak dalam trendline, harga saham ini dijangkakan akan meneruskan kenaikannya pada hari-hari berikutnya.
Sumber :
Saham ini pula dilihat sedang membuat uptrendline dan berjaya membuat breakout seperti yang telah dibulatkan diatas.
Pelabur yang membeli ini semestinya mahukan saham ini meneruskan kenaikan pada hari-hari berikutnya.
Namun harga saham ini jatuh sedikit selepas membuat breakout tersebut tetapi masih berada diatas garisan support dan masih berada dalam trendline saham ini.
Saham ini kemudiannya membuat kenaikan semula pada hari-hari berikutnya setelah jatuh untuk beberapa hari selepas breakout tadi. Kenaikan ini juga lebih tinggi berbanding harga breakout yang terdahulu.
Inilah yang dikenali sebagai pullback. Kejatuhan hanya bersifat sementara sebelum ianya digantikan dengan kenaikan yang lebih tinggi.
Berikut merupakan antara sebab mengapa saham yang telah membuat breakout tetapi gagal untuk meneruskan kenaikan harga pada hari-hari berikutnya.
Semestinya terdapat banyak lagi faktor yang mempengaruhi pergerakan harga saham ini terutamanya daripada emosi pelabur.
Kita perlu faham bahawa pergerakan harga saham ini bergantung kepada permintaan dan tawaran dalam sesuatu saham.
Walaupun kita melihat tanda atau signal belian pada carta mahupun daripada berita luar, yang sebenarnya menggerakan harga saham ini adalah supply dan demand pelabur sendiri.
Kita boleh belajar teori, tetapi praktiknya kita perlu alaminya sendiri.
Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout