Pada awalnya penulis cuma nak dapatkan 10% sebulan tetapi kalau boleh buat hampir dengan 5% dalam masa seminggu apa salahnya.
Kalau nak tahu baru-baru ini penulis berjaya meraih 4.88% melalui satu saham yang disimpan selama seminggu.
Duit untung daripada saham ini, kita boleh guna semula untuk beli saham lain atau hulurkan kepada mak ayah. Nak guna sebagai reward diri sendiri pun boleh.
Saham ni sebenarnya seronok sekiranya kita buat dengan hati yang tenang.
Sebab itulah kita disarankan untuk menggunakan modal dari wang lebihan saja. Bila rugi, hidup masih diteruskan macam biasa.
Kajian Kes
Saham ini dibeli pada 1 September 2021 pada harga RM0.615. Kenapa beli pada harga tersebut?
Seperti yang boleh dilihat pada carta, paras rintangan yang kuat ada pada RM0.60.
Setelah beberapa kali membuat percubaan untuk melepasi harga tersebut, candlestick akhirnya berjaya membuat breakout pada 1 September 2021 dengan volume yang sangat besar.
Meskipun tidak sempat membeli saham ini sebaik sahaja ia membuat breakout, RM0.615 tidaklah terlalu jauh daripada rintangan tersebut.
Sumber :
Berdasarkan carta di atas, saham ini juga berjaya breakout daripada ascending triangle untuk jangka masa sederhana dan breakout trading range untuk jangka masa pendek.
Ia membuatkan penulis lebih yakin untuk membeli saham ini.
Saham ini dijual pada harga RM0.645 kerana dengan keadaan pasaran yang tidak menentu ini, penulis lebih selesa dengan see money take money.
Sumber:
Terdapat sedikit tekanan jualan terhadap saham ini selepas saham ini dijual.
Walaubagaimanapun, ia masih bertahan di paras support baru yang terhasil.
Sekiranya tekanan jualan tersebut tidak berjaya memecahkan paras support, maka terdapat peluang yang boleh diambil di situ.
Semoga pembaca dapat belajar sesuatu dari pengalaman penulis kali ini. Maaflah tak dapat nak sebut nama saham, jangan marah ya.
Baca juga Pengalaman Dapat 6% (24 jam) Dalam Saham Dengan Teknik BTST
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!




