Kalau boleh buat 3% guna teknik BTST, suka tak? Mestilah suka kan?
Pedagang saham yang tak berapa newbie pastinya sudah tahu maksud BTST. Bagi yang belum tahu, BTST merupakan akronim bagi teknik Buy Today Sell Tomorrow. Mereka yang tak suka simpan saham lama-lama biasanya menggemari teknik ini kerana apa yang penting adalah janji profit.
Sebelum itu, baca juga: Pengalaman Dapat 6% (24 jam) Dalam Saham Dengan Teknik BTST
Sumber: Bursa Market Place
Gambar di atas menunjukkan pembelian saham ‘X’ sebanyak 5,000 unit pada harga RM3.14. Portfolio gain yang diperoleh daripada pembelian saham tersebut pula adalah sebanyak RM500. Dalam peratusan ROI pula, saham ini berjaya memberi pulangan sebanyak 3.18%.
Ops, sebenarnya pembelian dibuat secara olok-olok di Bursa Market Place.
Jika anda belum bersedia untuk membeli saham menggunakan wang sebenar, anda boleh mencuba membeli saham di Bursa Market Place terlebih dahulu.
Berlatih sehingga anda konsisten membuat keuntungan, kemudian barulah anda beralih ke trading platform yang sebenar. Tapi ingat emosi ketika anda membeli saham secara olok-olok dan ketika menggunakan wang sebenar adalah berbeza.
Sekarang jom kita belajar dan lihat apa yang terjadi pada chart. Saham ini dibeli kerana candlestick berjaya membuat breakout 52 week high pada 20 Ogos 2021.
Sumber :
Kawasan rintangan yang dapat dilihat pada carta ialah sekitar RM3.05 dan RM3.09. Saya tidak sempat membeli saham ini sebaik sahaja ianya membuat breakout pada RM3.09, maka saya membelinya pada harga RM3.14 kerana ia masih tidak jauh dari paras rintangan tadi.
Volume yang tinggi juga hadir pada hari tersebut dan ia merupakan volume terbesar saham ini setakat ini sepanjang tahun 2021. Maka, breakout ini boleh disebut sebagai Breakout with Volume.
Saham ini membuat gap up pada sesi dagangan 23 Ogos 2021. Pada awalnya, saham ini dijangka akan meneruskan momentum kenaikan, tetapi saham ini gagal menembusi rintangan yang seterusnya pada RM3.31.
Para pedagang dipercayai sudah mula mengambil keuntungan yang diperoleh daripada saham ini lalu membuatkan harga saham ini jatuh kerana seller lebih ramai daripada buyer dalam pasaran.
Oleh itu, saya bertindak meletakkan trailing take profit pada harga RM3.24 iaitu harga penutup saham ini pada 20 Ogos 2021 yang lalu.
Berapa ROI daripada trade olok-olok ini? Kenaikan sebanyak 10 sen ini memberi pulangan ROI sebanyak 3.18% hanya dalam jangka masa 2 hari.
Mudah bukan? Nak tahu rahsia cari saham yang buat 52 week high? Nantikan artikel yang seterusnya.
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!




