Strategi pelaburan yang sesuai untuk semua orang
Semua sedia maklum tentang strategi pelaburan yang tidak memerlukan komitmen yang terlalu tinggi. Cukup dengan mempunyai rutin membuat kajian setiap hujung minggu dan disiplin terhadap strategi pelaburan kita.
Strategi swing trading ini sesuai untuk mereka yang nak menjana pendapatan tambahan sambil masih meneruskan kerja hakiki.
JIka kita hanya meletakan sasaran konsisten sebanyak 6% sebulan pun kita mampu untuk meraih pulangan sebanyak 100% setahun dengan cara compounding.
Baca: Hanya Perlu Jana 6% Sebulan Untuk Pulangan 100% Setahun
Tetapi untuk menjana keuntungan yang konsisten tidak semudah yang disangka.
Dengan ilmu dan strategi yang betul, bukan sahaja boleh dapat 6% sebulan, tetapi lebih daripada itu juga adalah tidak mustahil.
Mari kita lihat portfolio tuan Khuzaimie yang menjana pulangan 40% hingga 50% dalam masa kurang daripada sebulan.
Strategi Jana 40% Hingga 50% Dalam Sebulan
Sumber: Portfolio Tuan Khuzaimie
Untuk saham pertama ini, Tuan Khuzaimie membeli dengan teknik breakout ketika saham ini memecahkan resistance-nya pada harga RM0.639.
Kemudian dengan terbentuknya cup pattern pada harga sebelumnya, beliau menjangkakan kenaikan harga saham berkenaan akan membuat kenaikan yang sama dengan kedalaman cup tersebut.
Dengan strategi ini, beliau berjaya meraih keuntungan sebanyak 49% kurang daripada sebulan dagangan.
Sumber: Portfolio Tuan Khuzaimie
Untuk saham kedua ini pula, beliau menggunakan teknik yang sama dengan saham pertama tadi, cuma kali ini tempoh pegangan beliau lebih lama berbanding saham pertama tadi.
Teknik yang sama dilakukan apabila pembelian saham ini dilakukan ketika breakout pada harga sekitar RM0.690 dan menggunakan kedalaman cup untuk menjangkakan kenaikan harga saham seterusnya.
Hasilnya Tuan Khuzaimie berjaya meraih keuntungan lebih 50% dalam masa sebulan.
Kejayaan Tuan Khuzaimie secara konsisten meraih pulangan yang baik bukanlah datang bergolek. Kejayaan beliau ini adalah hasil daripada proses pembelajaran yang berterusan.
Di awal-awal penglibatan, beliau juga pernah mengalami kerugian yang besar, namun ini telah menjadi pengalaman yang sangat berharga.
Kali ini, bergabung tenaga dengan sahabat seperguruan, Tuan Zhafir Anuar berbesar hati untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam dunia pelaburan saham ini dengan strategi swing trading.
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……




