Tahun lepas bolehlah untung dekat saham healthcare. Tahun ini boleh lagi ke?
Pada tahun 2020, ramai yang berjaya membuat keuntungan besar dalam saham dari sektor penjagaan kesihatan. Saham-saham pengeluar sarung tangan seperti Top Glove, Hartalega, Supermax, Careplus, Adventa dan banyak lagi telah memberi pulangan ROI melebihi 100%.
Ia adalah kerana krisis kesihatan global telah menyebabkan permintaan terhadap sarung tangan meningkat di seluruh dunia. Syarikat pengeluar sarung tangan mendapat durian runtuh pada tahun lepas.
Tahukah anda, Top Glove merupakan pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia? Kita sebagai rakyat Malaysia boleh tumpang berbangga dengan kejayaan syarikat Malaysia.
Baca : Malaysia hasil 188 bilion sarung tangan getah
Sekiranya kita menggunakan teknik yang betul, tahun ini juga boleh buat untung dengan saham dari sektor penjagaan kesihatan.
Kami faham pasaran saham tahun ini agak bergelora. Indeks FBM KLCI turut berada pada fasa downtrend.
Sumber:
Satu tips kepada pelabur baru adalah buat latihan membeli saham secara olok-olok terlebih dahulu sebelum masuk ke pelaburan saham dengan menggunakan wang sebenar.
Walaupun anda rasa anda telah mempunyai ilmu yang cukup, namun anda juga boleh terciduk sekiranya tiada pengalaman yang cukup.
Trade secara olok-olok ini mungkin sedikit berbeza dengan menggunakan wang sebenar kerana emosi dan tekanan menggunakan wang sebenar adalah lebih tinggi.
Anda ingin cuba trade olok-olok tapi tak tahu di mana? Anda boleh membuat paper trade di Bursa Market Place.
Sumber: Bursa Market Place
Disebabkan pasaran agak bergelora dan kebanyakan saham membuat kejatuhan, saham ini dibeli secara olok-olok untuk mencuba teknik yang ingin digunakan.
Sumber: Bursa Market Place
Saham ini kita namakan sebagai saham ‘A’. Saham ‘A’ dibeli pada harga RM1.51 dengan kuantiti sebanyak 5000 unit.
Kos belian saham ini adalah sebanyak RM7,550. Harga semasa saham ini setakat 21 Julai 2021 adalah RM2.04.
Pulangan Return on Investment (ROI) yang diberikan saham ini adalah 35.10%. Nilai saham ini pula telah meningkat kepada RM10,200. Secara kasarnya, keuntungan yang diperoleh adalah sebanyak RM2,650.
Kenapa beli saham ini? Saham ini dibeli setelah ianya membuat breakout pada paras rintangan RM1.455. Rintangan yang kedua pula adalah pada harga RM1.52. Di samping itu, saham daripada sektor penjagaan kesihatan ini membuat kenaikan kerana kes harian covid-19 negara kita yang telah meningkat dengan drastik.
Kes harian Covid-19 sering dijadikan sebagai catalyst untuk saham dari sektor penjagaan kesihatan.
Sumber:
Saham ini berjaya membuat breakout pada 15 Julai 2021. Jika anda perhatikan carta, anda akan sedar saham ini membuat breakout Ascending Triangle Pattern. Sebab itulah saham ini dibeli pada harga RM1.51.
Tidak lama selepas itu saham tersebut terus membentuk sebatang candlestick hijau yang panjang kesan daripada volume belian yang tinggi.
Pada 21 Julai 2021, saham ini sekali lagi membuat breakout. Saham ini hanya dipegang selama 4 hari dagangan dan mampu memberi pulangan sebanyak 35.10%! Anda tidak perlu tergesa-gesa menjual saham ini selagi harganya tidak jatuh menghampiri harga yang anda beli.
Apa yang anda harus lakukan adalah perhati rapat saham ini dan mengkaji pergerakan harganya. Sekiranya saham ini berlegar-legar di paras sokongan yang baru, simpan sahaja saham ini untuk menantikan breakout yang seterusnya.
Bayangkan anda boleh menjana keuntungan daripada pelaburan saham tidak sampai 1 minggu.
Mudah tak beli saham dengan strategi swing?
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……




