Apa indikator yang boleh kita guna untuk swing?
Dalam dunia pelaburan saham, bukan semua ada matlamat yang sama. Ada yang nak melabur untuk jangka masa panjang, ada juga yang buat duit untuk jangka masa sederhana.
Jenis-jenis trader ini pula ditentukan dengan masa dan tahap penerimaan risiko seseorang. Antara jenis trader yang terdapat dalam pasaran adalah seperti:-
- Investor – menyimpan saham untuk beberapa bulan atau tahun.
- Scalper- biasanya menjual saham setelah beberapa saat atau minit saham dibeli.
- Swing – menyimpan saham selama beberapa hari dan boleh berlarutan sehingga berminggu-minggu.
- Intraday – memegang saham kurang daripada 24 jam.
Sebelum membuat keputusan untuk melabur saham, sebaiknya kita tergolong dalam jenis pelabur yang mana?
Bac: 4 Jenis Trader Dalam Saham. Anda Yang Mana Satu?
Majoriti sebenarnya, terutamanya yang baru berjinak-jinak dalam dunia pelaburan saham ini, lebih gemar memilih swing.
Kelebihan melabur cara swing ini adalah dari segi masa yang diperuntukkan untuk membuat kajian dan melabur sesuatu saham.
Kajian saham boleh dilakukan pada hujung minggu dan setiap pembelian saham juga tidak memerlukan pelabur untuk sentiasa melihat carta saham.
Lebih mudah lagi jika terdapat indikator yang boleh membantu kita untuk membuat teknik swing ini.
Mari kita lihat indikator yang boleh digunakan untuk teknik swing ini.
Swing Dengan Indikator Moving Average

Salah satu indikator yang boleh membantu kita untuk membuat teknik swing ini adalah dengan menggunakan indikator Moving Average (MA).
Pelabur boleh menggunakan moving average berdurasi sederhana seperti 20 atau 50 hari untuk teknik swing ini.
Caranya adalah dengan membeli ketika harga saham itu tembus melepasi garisan MA yang telah ditetapkan dan menjualnya semua apabila harga saham itu jatuh dibawah garisan MA tersebut.
Teknik ini tidak sesuai untuk semua jenis saham, oleh itu sebelum anda menggunakan teknik ini sebaiknya anda membuat backtest terhadap saham pilihan anda terlebih dahulu.
Swing Dengan Indikator Ichimoku Cloud

Indikator Ichimoku cloud ini juga boleh digunakan pelabur swing dalam pelaburan mereka. Dengan hanya menggunakan cloud dan mengabaikan garisan yang lain seperti carta diatas.
Cara pembelian pula adalah membeli apabila harga saham tersebut memecahkan cloud daripada bawah dan menjualnya apabila harga saham tersebut jatuh di bawah cloud.
Pastikan harga saham tersebut betul-betul pecah cloud terlebih dahulu sebelum membuat keputusan belian dan elakkan pembelian semasa harga saham tersebut masih berada di dalam cloud.
Berikut merupakan teknik swing yang dibantu dengan dua indikator seperti yang ditunjukkan diatas.
Nampak seperti mudah namun pembelian dengan bantuan indikator ini hanya akan berjaya sekiranya keadaan pasaran berada dalam mode bullish sahaja.
Sebaiknya, walaupun kita menggunakan indikator dalam membuat keputusan pelaburan kita, ilmu asas tentang pelaburan saham ini tanpa sebarang indikator perlu dikuasai secara menyeluruh oleh pelabur.
Nak belajar teknik swing daripada pengamal tegar teknik ini?
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……