• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 18, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Pengalaman Saham

Bagaimana Kami Dapat Lebih RM1,500 Dalam Masa Sehari

in Pengalaman Saham
A A
Bagaimana Kami Dapat Lebih RM1,500 Dalam Masa Sehari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Keadaan pasaran saham ketika ini sangat sukar untuk pelabur menjana keuntungan

Seperti ramai sedia maklum, keadaan pasaran saham Malaysia sangat volatile akibat terkesan dengan peningkatan kes positif Covid-19 yang semakin parah.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menghadkan operasi sesetengah sektor juga memberi impak kepada keadaan pasaran saham tempatan.

Berkaitan

Pengalaman Swing Trading Sampai 40% Dalam Masa Sebulan

Pulangan Pelaburan Lebih 100% Setahun! Benar Atau Sebaliknya?

Bang Din Pun Rugi, Tapi Masih Tenang

Namun di sebalik kesukaran ini, pasti ada ruang dan peluang kepada yang pandai mencarinya. Dalam keadaan pasaran saham yang tidak menentu ini, masih ada yang mampu menjana keuntungan ribuan ringgit dalam masa yang singkat.

Betul ke? Tipulah masih boleh buat profit dalam keadaan macam ni?

Jom kita lihat bagaimana nak meraih pulangan lebih daripada 10% dalam masa kurang daripada 24 jam. 

Bagaimana Cara Buat 10% Dalam Masa Kurang 24 Jam?

Walaupun keadaan pasaran dalam keadaan yang sangat tidak stabil, namun bukan semua sektor yang akan terkesan daripada keadaan pasaran ini. Akan ada sektor yang mendapat manfaat dalam sesuatu keadaan tertentu. 

Pada 19 Mei 2021, negara Malaysia digemparkan dengan penularan wabak Covid-19 yang mencatatkan jumlah kes tertinggi dalam sejarah ketika itu. Buat pertama kalinya ketika itu kes baru jangkitan Covid-19 mencecah lebih daripada 6,000 kes sehari. 

Sumber: TradingView

Sebaik sahaja Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan jumlah jangkitan pada petang tersebut, indeks penjagaan kesihatan di pasaran Bursa Malaysia mengalami kenaikan yang mendadak pada jam 3 petang dan seterusnya. 

Indeks penjagaan kesihatan ini mengalami kenaikan yang mendadak kerana saham-saham yang berkaitan dengan sektor ini telah mendapat perhatian para pelabur ketika itu. Ianya merupakan tindak balas pasaran terhadap berita yang diumumkan oleh MKN. 

Saham ini misalnya, juga telah menunjukan spike dalam volume dan harga sebaik sahaja pengumuman jangkitan kes positif Covid-19 ini disiarkan kepada awam.

Sumber: TradingView

Carta durasi 30 minit menunjukkan saham Careplus membuat Breakout With Volume pada jam 3 petang 19 Mei 2020. 

E-BOOK – RAHSIA TEKNIK BUY ON BREAKOUT – Teknik cara beli saham yang jelas, mudah difahami dalam Bahasa Malaysia.

Belian berjaya dibuat pada waktu tersebut dengan harga RM2.45 seunit sebelum harganya meneruskan kenaikan pada minit seterusnya. 

Sumber: TradingView

Jualan pula dibuat pada keesokan harinya ketika pasaran dibuka pada harga RM2.70.

Maka pulangan pelaburan yang diraih adalah lebih daripada 10% atau keuntungan sekitar RM1,750.00 dalam masa kurang daripada 24 jam. Amacam?

“Modal besar boleh la untung ribu-ribu…”

Sebenarnya dalam pelaburan saham ini modal cerita nombor dua. Jangan tengok poket orang lain. Yang penting adalah Return On Investment (ROI).

Jika modal kita sekitar RM2,000 dan melakukan teknik yang sama seperti diatas. Pulangan ROI kita tetap 10% dalam masa kurang daripada 24 jam. 

Pulangan daripada segi Ringgit Malaysia mungkin hanya sekitar RM175.00 sahaja. Tapi RM175.00 sehari itu sebenarnya lebih tinggi daripada purata gaji harian rakyat Malaysia hari ini! Paling best, tak perlu berhenti kerja untuk meraih pendapatan sampingan.

Ingat, Risiko Pelaburan Saham Adalah Tinggi

Untung dan rugi itu perkara biasa. Sebab itu pelaburan saham dikategorikan sebagai instrumen pelaburan berisiko tinggi. Ini bukan macam simpan duit dalam ASB atau Tabung Haji yang confirm dapat 5-6% setahun. Kalau takut dengan rugi kami nasihatkan supaya tidak terlibat dalam pasaran saham. 

Cara untuk mengawal risiko adalah dengan ilmu. Oleh itu sebelum kita memulakan apa-apa sahaja dalam kehidupan kita, sebaiknya kita mulakan dengan mendalami ilmu tersebut. 

Baca: Sektor Yang Menerima Impak Positif Daripada PEMERKASA+

Peringatan : Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda. Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!

Share826ShareSend

Related Posts

Pengalaman Swing Trading Sampai 40% Dalam Masa Sebulan
Pengalaman Saham

Pengalaman Swing Trading Sampai 40% Dalam Masa Sebulan

1 year ago
Pulangan Pelaburan Lebih 100% Setahun! Benar Atau Sebaliknya?
Pengalaman Saham

Pulangan Pelaburan Lebih 100% Setahun! Benar Atau Sebaliknya?

2 years ago
Bang Din Pun Rugi, Tapi Masih Tenang
Pengalaman Saham

Bang Din Pun Rugi, Tapi Masih Tenang

4 years ago
Modal Bawah RM2,500 Boleh Melabur Saham?
Pengalaman Saham

Modal Bawah RM2,500 Boleh Melabur Saham?

4 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In