• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 18, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Pengalaman Saham

Potensi Untung Besar Dalam Saham Dengan Teknik Reversal Candlestick

in Pengalaman Saham
A A
Potensi Untung Besar Dalam Saham Dengan Teknik Reversal Candlestick
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Pengalaman Swing Trading Sampai 40% Dalam Masa Sebulan

Pulangan Pelaburan Lebih 100% Setahun! Benar Atau Sebaliknya?

Bang Din Pun Rugi, Tapi Masih Tenang

“Bergantung kepada cepat atau lambat anda dapat signal”

Buat watchlist dengan saham sudah pandai, tetapi tak tahu bila nak beli sesuatu saham itu pada waktu yang tepat?

Lebih seram lagi, dah pandai beli tetapi tak tahu bila masa yang sesuai untuk menjual?

Daripada portfolio hijau tapi masih teragak-agak nak menjual. Portfolio pun bertukar menjadi merah?

Anda pernah hadapi situasi seperti ini?

Jika ya, anda tidak keseorangan bahkan situasi ini dihadapi hampir semua pelabur dan pedagang saham. 

Maka ramai pelabur-pelabur ini tercari-cari teknik yang terbaik untuk digunakan demi meraih keuntungan yang besar dalam pelaburan saham.

Ada yang cuba pelajari pelbagai jenis indikator untuk menganalisa carta tetapi kesudahannya menghampakan kerana masih gagal untuk membuat keuntungan secara konsisten dalam saham.

Habis wang beribu-ribu ringgit belajar teknik advance, sudahnya teknik asas analisa teknikal pun masih kelaut.

Baca: Pengenalan Kepada Technical Analysis (Analisa Teknikal)

Sebenarnya, tanpa menggunakan pelbagai indikator pun kita boleh buat duit dalam saham ini. Pembentukan candlestick di dalam carta itu sendiri mampu memberi signal yang kuat kepada pelabur.

Pembentukan ini dikenali sebagai reversal candlestick untuk menentukan the right entry dalam pasaran.

Apa Itu Reversal Candlestick? 

Sumber: TradingView

Reversal candlestick ini adalah pembentukan candlestick yang mampu memberikan signal perubahan trend terawal berbanding indikator yang lain. 

Reversal candlestick ini juga mempunyai beberapa jenis dan ada pembentukan reversal candlestick ini memerlukan dua atau tiga batang candlestick untuk terbentuk dengan sempurna. 

Antara reversal candlestick yang popular dan sering didengar adalah seperti;-

  • Bullish / Bearish Engulfing
  • Inverse / Hammer
  • Shooting Star
  • Morning Star
  • Piercing

Baca: Kenali Candlestick Serta 5 Bullish Dan 5 Bearish Candlestick Yang Biasa Ditemui

Betul Ke Boleh Untung 18% Dengan Hanya Lihat Candlestick?

Majoriti pelabur gagal dalam dunia pelaburan adalah sebab mereka tidak yakin dengan ilmu yang dipelajarinya walaupun telah menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk mempelajarinya.

Mereka merasakan ilmu asas ini tidak boleh menjanjikan pulangan lumayan dalam pelaburan saham ini. 

Walhal, ramai pelabur yang berjaya sebenarnya hanya menggunakan teknik asas sahaja dalam kajian mereka. Penggunaan indikator hanya sekadar additional tools untuk kepastian.

Mari kita lihat pulangan daripada teknik reversal candlestick untuk satu contoh carta saham. 

Morning Star Di Carta Serba Dinamik

Sumber: Trading View

Daripada carta ini, kita melihat kaunter Serba Dinamik ini membuat fasa downtrenline sejak awal Disember 2020 sehingga hujung Januari 2021.

Bullish reversal candlestick, morning star terbentuk daripada candlestick pada 22, 25 dan 26 Januari 2021.

Pembentukan morning star ini menandakan bahawa fasa downtrendline bakal berakhir dan akan disusuli dengan fasa uptrendline. 

Sumber: Trading View

Kita boleh membeli saham ini selepas melihat reversal candlestick morning star terbentuk dengan sempurna pada 26 Januari 2021 pada harga RM1.60 seunit kerana dijangka fasa downtrendline bakal berakhir. 

Dah beli bila nak jual?

Kita akan menjual bila melihat bearish reversal candlestick pada carta saham Serba Dinamik ini.

Sumber: Trading View

Pada 17 Februari 2021, bearish candlestick Hanging Man dilihat muncul pada akhir sesi dagngan. 

Pelabur yang memilih langkah berhati-hati akan menjual pegangan mereka setelah candlestick hanging man muncul, iaitu pada harga RM1.75 seunit. 

Hal ini kerana, dikhuatiri fasa uptrendline akan berakhir dan disusuli dengan fasa downtrendline. 

Berapa pulangan daripada teknik ini? 

Sumber: Trading View

Belian pada 26 Januari dengan harga RM1.60 seunit dan jual pada 17 Februari 2021 pada harga RM1.75 seunit.

Keuntungan yang diperolehi adalah sekitar 9.0% untuk tempoh masa kurang daripada dua minggu dengan teknik asas reversal candlestick ini.

Pelaburan lain mungkin perlukan masa sekurang-kurangnya setahun untuk mendapatkan pulangan yang sama banyak atau lebih kurang daripada pulangan seperti diatas. 

Kajian teknikal ini terdedah kepada kebarangkalian sesuatu yang dijangkakan itu terjadi. 

Untuk meningkatkan winning rate dengan apa-apa teknik, pelabur perlu melihat sejarah carta sesuatu saham itu terlebih dahulu. 

Lain saham mempunyai berlainan sifat dan reaksinya terhadap pembentukan candlstick yang ada.

Baca: ‘5 Golden Rules’ Penggunaan Candlestick Yang Kita Perlu Tahu

Sebagai seorang pelabur saham juga, mempertaruhkan pelaburan kita hanya dengan analisa teknikal juga adalah tidak bagus.

Kita perlu seimbangkan ia dengan analisa fundamental untuk memastikan kita hanya membeli saham-saham yang berkualiti sahaja.

Baca: Kajian Fundamental Atau Teknikal Yang Lebih Penting Untuk Melabur Saham Ini?

Peluang Sauk Saham Yang Membuat Reversal

ebook reversal candlestick

Buy on Dip ialah teknik membeli saham ketika anda nampak Bullish Reversal candlestick muncul pada carta.

Teknik ini dapat membantu memberitahu anda kemungkinan pertukaran trend yang akan berlaku.

Ia akan memudahkan anda untuk membuat keputusan bila waktu yang sesuai nak beli saham apabila saham dalam watchlist anda membuat pullback. 

Dalam e-book ini, anda akan belajar: 

1.  Memahami trend
2.  Kuasai support & resistance
3.  Berkenalan dengan jenis-jenis carta
4.  Memahami bagaimana pembentukan candlestick
5.  Belajar beli ketika bullish reversal candlestick muncul pada carta
6.  Belajar jual ketika bearish reversal candlestick muncul pada carta
7.  Ada contoh kajian kes. Bukan 1 tapi 6 kajian kes!

Miliki eBook Reversal Candlestick -> https://thekapital.my/ebook-reversalcandlestick

Share502ShareSend

Related Posts

Pengalaman Swing Trading Sampai 40% Dalam Masa Sebulan
Pengalaman Saham

Pengalaman Swing Trading Sampai 40% Dalam Masa Sebulan

1 year ago
Pulangan Pelaburan Lebih 100% Setahun! Benar Atau Sebaliknya?
Pengalaman Saham

Pulangan Pelaburan Lebih 100% Setahun! Benar Atau Sebaliknya?

2 years ago
Bang Din Pun Rugi, Tapi Masih Tenang
Pengalaman Saham

Bang Din Pun Rugi, Tapi Masih Tenang

4 years ago
Modal Bawah RM2,500 Boleh Melabur Saham?
Pengalaman Saham

Modal Bawah RM2,500 Boleh Melabur Saham?

4 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In