Dah belajar reversal candlestick, tapi tak pandai nak cari dalam chart.
Sebagai seorang pelabur atau pedagang saham, antara perkara yang wajib dikuasai adalah kemahiran mencari reversal candlestick dalam carta.
Reversal candlestick ini memberi tanda awal kepada perubahan trend sesuatu saham berdasarkan kajian teknikal.
Bullish Reversal Candlestick memberikan tanda awal kenaikan harga dengan pertukaran downtrend kepada uptrend sesuatu saham dalam carta. Antara Bullish Reversal Candlestick yang popular adalah seperti:-
- Hammer
- Bullish Engulfing
- Bullish Harami
- Morning Star
Bearish Reversal Candlestick pula berlawanan sifatnya dengan Bullish Reversal Candlestick, di mana kemunculan Bearish Reversal Candlestick ini memberikan tanda awal kejatuhan harga dengan perubahan trend daripada uptrend kepada downtrend.
Antara Bearish Reversal Candlestick yang popular adalah seperti:-
- Inverted Hammer
- Bearish Engulfing
- Bearish Harami
- Evening Star
Baca: Kenali Candlestick Serta 5 Bullish Dan 5 Bearish Candlestick Yang Biasa Ditemui
Namun, untuk pelabur baru, sudah tentu tidak mudah untuk kita mencari dan mengenal pasti reversal candlestick yang terbentuk dalam carta. Jika jumpa pun, kita tidak yakin adakah apa yang dijumpai itu tepat atau tidak.
Artikel kali ini akan mengajar anda untuk memburu reversal candlestick dengan screener daripada .
1. Tekan Butang Screeners Di TradingView

Langkah pertama adalah dengan menekan butang Screeners di homepage TradingView seperti yang ditunjukan pada gambar diatas.
Selepas itu, website ini akan bawa anda ke halaman seterusnya untuk anda menyaring saham yang membentuk reversal candlestick yang dicari.
2. Tekan Butang Filter Untuk Saringan

Selepas masuk ke laman seterusnya, tekan butang Filter pada hujung kanan skrin seperti gambar diatas untuk memilih kriteria saringan yang kita inginkan.
3. Tulis ‘Pattern’ Dan Pilih Reversal Candlestick Pilihan

Dalam ruangan carian, tulis perkataan pattern dan pilih reversal candlestick pilihan anda. Contoh diatas adalah saringan untuk mencari Bullish Reversal Candlestick seperti;-
- Bullish Engulfing
- Bullish Harami
- Hammer
- Morning Star
4. Semak Saham Yang Telah Disaring

Pada langkah yang terakhir ini, pergi semula ke halaman awal saringan dan semak semua saham yang telah disaring oleh TradingView dengan kriteria reversal candlestick yang telah kita tentukan tadi.
Saringan untuk mencari reversal candlestick ini juga lebih tepat dibuat pada sebelah petang ketika pasaran hampir tutup kerana pada masa itulah candlestick terbentuk dengan lebih sempurna.
Berikut merupakan cara dalam membuat saringan bagi memudahkan kajian kita untuk mencari reversal candlestick supaya jangkaan pergerakan trend dapat dilakukan lebih awal.


Dah tak perlu lihat carta satu-satu lepas ni. Apa tunggu lagi? Cuba sendiri di .
Selamat mencuba!
Peluang Sauk Saham Yang Membuat Reversal

Buy on Dip ialah teknik membeli saham ketika anda nampak Bullish Reversal candlestick muncul pada carta.
Teknik ini dapat membantu memberitahu anda kemungkinan pertukaran trend yang akan berlaku.
Ia akan memudahkan anda untuk membuat keputusan bila waktu yang sesuai nak beli saham apabila saham dalam watchlist anda membuat pullback.
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
1. Memahami trend
2. Kuasai support & resistance
3. Berkenalan dengan jenis-jenis carta
4. Memahami bagaimana pembentukan candlestick
5. Belajar beli ketika bullish reversal candlestick muncul pada carta
6. Belajar jual ketika bearish reversal candlestick muncul pada carta
7. Ada contoh kajian kes. Bukan 1 tapi 6 kajian kes!




