• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Top Glove Rugi RM3.6 Bilion Sepanjang Tempoh Perintah Pelepasan Penahanan – MITI

in Hebahan
A A
Top Glove Rugi RM3.6 Bilion Sepanjang Tempoh Perintah Pelepasan Penahanan – MITI
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) — Top Glove Corporation Bhd mengalami kerugian yang dianggarkan bernilai RM3.6 bilion sepanjang tempoh Perintah Pelepasan Penahanan (WRO) oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS).

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang mendedahkan perkara itu melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini berkata, maklumat tersebut diperoleh daripada Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA). 

Pada 15 Julai 2020, CBP AS telah mengeluarkan Perintah Pelepasan Penahanan (WRO) ke atas Top Glove atas dakwaan amalan buruh paksa dalam proses pengeluaran, termasuk ikatan hutang pekerja, kerja lebih masa yang melampau, melanggar syarat persekitaran, kemudahan tempat kerja dan penginapan serta penahanan dokumen pengenalan diri.

“Walau bagaimanapun, sekatan WRO tersebut telah dibatalkan pada 10 September 2021 setelah CBP berpuas hati dengan bukti dan tindakan yang diambil oleh syarikat Top Glove termasuk pembayaran pampasan kepada pekerja dan memperbaiki kemudahan tempat kerja serta penginapan pekerja,” kata MITI. 

Kementerian berkata sesi libat urus telah diadakan pada 18 Februari 2022 bersama Kedutaan Amerika Syarikat dan ahli MARGMA untuk meneliti dan membincangkan tindakan yang perlu diambil oleh pemain industri bagi memastikan sekatan WRO terhadap syarikat sarung tangan getah Malaysia dapat dibatalkan dan dielakkan pada masa hadapan.

“MITI sentiasa komited dalam usaha meningkatkan kesedaran dan pematuhan dasar semasa termasuk berkaitan hak asasi manusia dalam kalangan pemain industri negara dan pelabur asing. 

“Kami akan terus bekerjasama dengan pihak berkepentingan khususnya pihak industri dalam menerapkan nilai etika dan pematuhan peraturan bagi mengelakkan amalan buruh paksa dan meningkatkan  kesedaran mengenai amalan pekerja yang baik,” katanya.

— BERNAMA

Share266ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

1 year ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

2 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In