Dalam pelaburan saham, terdapat dua cara pelabur boleh mendapat keuntungan. Pertama adalah melalui keuntungan modal ataupun selalunya disebut sebagai capital gain. Apa itu capital gain?
Capital gain adalah keuntungan yang diperolehi daripada kenaikan harga saham yang dibeli. Ali membeli saham A pada harga RM1. Setelah diperam selama 2 bulan, harga saham A telah melonjak naik menjadi RM1.50. Kenaikan tersebut adalah sebanyak 50 sen ataupun 50%.
Cara kedua pula adalah melalui dividen. Syarikat-syarikat yang mendapat keuntungan dalam perniagaannya boleh berkongsi keuntungan syarikat bersama para pemegang saham dalam bentuk dividen. Untuk pengetahuan anda, sesebuah syarikat tidak wajib untuk memberi dividen kepada pemegang sahamnya.
Jom lihat Top 10 saham patuh syariah beri dividen paling tinggi bagi tahun 2020.

1. MALAYSIAN GENOMICS RESOURCE CENTRE BERHAD (MGRC)

Diam-diam ubi berisi. Siapa sangka syarikat yang menjalankan perniagaan berkaitan DNA ini mampu memberikan dividen yang paling tinggi dalam kalangan saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Malaysian Genomics Resource Center Berhad (MGRC) menyediakan penjujukan dan analisis genom, dan perkhidmatan pemeriksaan genetik.
MGRC mengagihkan dividen sebanyk 22 sen sesaham dan kadar hasil dividen bagi saham MGRC adalah setinggi 20%.
2. HARN LEN CORPORATION BERHAD (HARNLEN)

Kegiatan utama syarikat Harn Len adalah perladangan kelapa sawit, operasi kilang kelapa sawit, penyediaan perkhidmatan mengembangkan kebun, pengurusan ladang kelapa sawit, pengurusan perladangan, pemegangan pelaburan, pelabursan harta tanah dan perniagaan makanan dan minuman.
HARNLEN mengagihkan dividen sebanyk 10 sen sesaham dan kadar hasil dividen bagi saham HARNLEN adalah setinggi 14.93%.
3. NAIM HOLDINGS BERHAD (NAIM)

NAIM adalah sebuah syarikat pemegang pelaburan dan aktiviti perniagaan utamanya adalah dalam pembangunan bandar di Sarawak terutamanya di bandar Miri, Kuching dan Bintulu. Selain daripada itu, Naim turut terlibat dalam bidang hartanah terutamanya di negeri Sarawak.
NAIM mengagihkan dividen sebanyak 9.9 sen sesaham dan kadar hasil dividen bagi saham NAIM adalah setinggi 13.94%.
4. EWEIN BERHAD (EWEIN)

Ewein Berhad adalah sebuah syarikat pemegangan pelaburan. Segmen syarikat merangkumi segmen pembuatan, pembangunan harta tanah, pengurusan serta penyewaan harta tanah dan lain-lain.
Segmen pembuatan terlibat dalam pembuatan dan fabrikasi kepingan logam, produk precision plastic injection molding, serta mereka bentuk dan fabrikasi acuan.
Segmen pembangunan hartanah pula terlibat dalam pembangunan hartanah kediaman.
Segmen pengurusan serta penyewaan harta tanah menguruskan bangunan pejabat, harta tanah warisan dan kebudayaan serta kawasan tempat letak kenderaan.
EWEIN mengagihkan dividen sebanyak 3.5 sen sesaham dan kadar hasil dividen bagi saham EWEIN adalah setinggi 11.29%.
5. TENAGA NASIONAL BERHAD (TENAGA)

Tenaga Nasional merupakan syarikat tunggal penyedia bekalan elektrik di negara kita dan boleh dikatakan monopoli di dalam industri ini. Perniagaan terasnya adalah menjana dan menghantar tenaga elektrik ke seluruh Semenanjung Malaysia. TNB melalui anak syarikatnya juga terlibat dalam pembuatan transformers, alat suis voltan tinggi dan kabel, menyelenggara dan membaiki peralatan elektrik dan sebagai pakar pengurusan projek.
TENAGA mengagihkan dividen sebanyak 100 sen sesaham dan kadar hasil dividen bagi saham TENAGA adalah setinggi 10.24%.
6. ZHULIAN CORPORATION BERHAD (ZHULIAN)

Zhulian ditubuhkan pada tahun 1989 oleh Encik Teoh Beng Seng. Syarikat Zhulian menjalankan beberapa jenis perniagaan seperti produk minuman, produk kesihatan, barang perhiasan, peralatan rumah dan produk penjagaan diri.
ZHULIAN mengagihkan dividen sebanyak 17 sen sesaham dan kadar hasil dividen bagi saham ZHULIAN adalah setinggi 9.6%.
7. UOA DEVELOPMENT BERHAD (UOADEV)

UOA Development adalah salah sebuah pemaju hartanah yang terkemuka di Malaysia. UOA Development telah disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia pada 8 Jun 2011 yang meletakkan UOA Development Berhad sebagai salah sebuah syarikat pembangunan hartanah tersenarai yang terbesar daripada segi modal pasaran di Malaysia.
UOADEV mengagihkan dividen sebanyak 14 sen sesaham dan kadar hasil dividen bagi saham UOADEV adalah setinggi 8.54%.
8. UEM EDGENTA BERHAD (EDGENTA)

UEM Edgenta adalah salah sebuah syarikat di dalam kumpulan UEM. UEM Edgenta disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia sejak 2 Januari 1964 lagi. UEM Edgenta adalah salah sebuah syarikat peneraju dalam pengurusan aset dan penyelesaian infrastruktur di rantau ini denganberoperasi di 6 buah negara termasuklah di Asia dan UAE.
Kepakaran UEM Edgenta merangkumi penyediaan sokongan dalam industri penjagaan kesihatan dan penyelesaian fasiliti dan harta, serta servis infrastruktur.
EDGENTA mengagihkan dividen sebanyak 14 sen sesaham dan kadar hasil dividen bagi saham EDGENTA adalah setinggi 8.28%.
9. AL-SALAM REAL ESTATE INVESTMENT TRUST (ALSREIT)

Amanah Pelaburan Real Estate Al- Salam adalah amanah pelaburan harta tanah (REIT) yang berpusat di Malaysia. Ia adalah REIT Islam yang pelbagai di Malaysia dengan aset yang strategik di Johor Bahru dan juga di bandar-bandar besar di seluruh Malaysia. Al-Salām REIT telah disenaraikan di Pasar Utama Bursa Malaysia pada 29 September 2015.
Al-Salam REIT menjana pendapatan daripada penyewaan pelbagai jenis hartanah terutamanya di negeri Johor. Kegiatan utama amanah ini adalah melabur dalam hartanah yang patuh syariah. Segmen Fund merangkumi Retail, Office, Food and Beverage (F&B), yang terdiri daripada restoran dan kedai bukan restoran.
ALSREIT mengagihkan dividen sebanyak 4.75 sen sesaham dan kadar hasil dividen bagi saham ALSREIT adalah setinggi 8.26%.
10. DELEUM BERHAD (DELEUM)

Produk dan servis Deleum Berhad terbahagi kepada 3 segmen iaitu segmen tenaga kuasa dan mesin di bawah Deleum Services Sdn Bhd, segmen servis dan perkhidmatan pelantar minyak di bawah Deleum Oilfield Services Sdn Bhd, dan segmen penyelesaian kakisan bersepadu di bawah Deleum Primera Sdn Bhd.
DELEUM mengagihkan dividen sebanyak 4.40 sen sesaham dan kadar hasil dividen bagi saham DELEUM adalah setinggi 7.86%.

Anda sedang mencari ilmu pelaburan dan perdagangan SAHAM dari asas (atau zero) sampai boleh beli jual dengan pengetahuan fundamental, teknikal dan sentimen yang komprehensif?
Bahasa mudahnya, kita belajar dari kosong step-by-step!
Buat julung kalinya, kami memperkenalkan
WEBINAR SENANG SAHAM 2.0 bersama speaker:
Tuan Eza EzamieCOO Majalah Labur
&
Tuan Iqbal Ilias
Technical Analyst (MSTA / CFTe)
#Hari 1 : 27 Februari 2021
Sabtu, 9 pagi – 5 petang
#Hari 2 : 28 Februari 2021
Ahad, 9 pagi – 5 petang
#Hari 3 : 1 Mac 2021
Isnin, 9 pagi – 5 petang
Ini adalah kelas intensif. Ini bukan kelas preview. Mana ada kelas preview sampai 3 hari?
Kita belajar slow slow dari rumah melalui aplikasi ZOOM.
Daftar sekarang di -> Webinar Senang Saham
Kenapa SENANG SAHAM?
Sebab saham ni dia senang untung dan senang rugi. Lepas belajar 3 hari nanti bukan kata boleh terus pandai. Benda ni perlu praktis. Sekurang-kurangnya tuan-tuan dah ada ilmunya. Ada duit tetapi tiada ilmu, tak jadi apa. Bila ada ilmu, banyak benda boleh dihasilkan. Tetapi kalau takut dan fobia dengan rugi janganlah terlibat dengan pasaran saham.
Kita akan belajar deep…
FUNDAMENTAL ANALISIS
TEKNIKAL ANALISIS
SENTIMEN
TRADING PLATFORM
SCREENER
Nak invest untuk long term?
Kami tunjukkan.
Nak trade untuk cari duit tepi?
Kami tunjukkan.
Nak beli saham sejam dua lepas tu jual?
Juga kami tunjukkan.
Daftar sekarang di -> Webinar Senang Saham




