• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, November 4, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Technical Analysis

Tanda Perubahan Trend Dari Sudut Psikologi Pelabur

in Technical Analysis
A A
Tanda Perubahan Trend Dari Sudut Psikologi Pelabur
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High

Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)

Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025

Apa tanda-tanda saham tu nak buat perubahan trend?

Terdapat dua fasa yang sangat penting kepada pelabur dalam pelaburan saham kerana dua fasa ini merupakan peluang kepada mereka untuk meraih keuntungan dan merancang strategi pelaburan mereka. Dua fasa ini adalah: 

  • Fasa Bullish
  • Fasa Bearish

Dua fasa ini akan selalu diperhatikan oleh pelabur untuk mereka mencari peluang menjana keuntungan dalam pelaburan mereka. 

Ini kerana, ketika harga sesuatu saham atau pasaran itu berada di fasa bullish, peluang untuk meraih keuntungan dalam pelaburan saham adalah tinggi berbanding apabila pasaran sedang berada pada fasa bearish. 

Tetapi bagaimana caranya untuk kita mengetahui sesuatu saham atau pasaran itu akan berubah trend daripada Bullish kepada Bearish dan sebaliknya? 

Ada tiga cara untuk kita melihat tanda awal perubahan trend terhadap sesuatu pasaran melalui sudut pandang:-

  • Psikologi Pelabur
  • Analisa Fundamental 
  • Analisa Teknikal

Untuk artikel kali ini, kita akan tumpukan tanda-tanda awal perubahan trend dari sudut pandang psikologi pelabur sahaja dahulu. 

Mari kita lihat tanda-tanda perubahan trend ini dari sudut pandang psikologi pelabur. 

Tanda-tanda Perubahan Trend Dari Sudut Psikologi Pelabur

Sumber: Quora 

Pergerakan harga saham ini sebenarnya disebabkan oleh supply dan demand sesuatu saham tersebut. Ianya merupakan asas ekonomi dimana apabila semakin tinggi permintaan terhadap sesuatu, semakin tinggi harganya akan naik dan begitu juga sebaliknya. 

Yang menentukan permintaan sesuatu saham ini pula adalah pelabur baik pelabur runcit mahupun pelabur institusi. 

Pelabur pula mempunyai emosi yang akan menyebabkan mereka bertindak untuk membeli atau menjual sesuatu saham atau apa-apa instrumen pelaburan tersebut. 

Emosi pelabur inilah yang kita kategorikan sebagai psikologi pelabur dalam memberikan tanda-tanda awal perubahan trend daripada bullish kepada bearish dan juga sebaliknya. 

Mari kita lihat bagaimana psikologi pelabur ini mampu menjadi tanda-tanda awal kepada perubahan trend akan terjadi. 

Tanda Awal Perubahan Trend

Menjadi lumrah alam apabila sesuatu itu naik, ianya akan turun juga nanti. Begitu juga dengan harga saham yang membuat kenaikan yang tinggi, ianya akan jatuh juga nanti. 

Dari segi psikologi pelabur, terdapat beberapa sebab sesuatu fasa itu memberikan tanda awal perubahan trend daripada fasa Bullish kepada Bearish seperti:-

  • Apabila instrumen atau nama saham menjadi viral
  • Apabila berlaku kenaikan yang parabolik
  • Apabila harga saham tersebut menghampiri harga psikologinya

Apabila Nama Saham Mula Viral

Sumber: Inc.Magazine

Apabila sesuatu instrumen atau saham mula menjadi sebutan ramai termasuk mereka yang tidak terlibat dalam pelaburan tersebut, ianya merupakan tanda awal bahawa harga instrumen atau saham tersebut akan bertukar arah daripada bullish kepada bearish. 

Ianya tidak terhad kepada saham sahaja, malah instrumen lain seperti kripto atau hartanah sekalipun pernah mengalami perubahan fasa seperti ini. 

Untuk pelaburan saham, apabila sesuatu nama kaunter saham tersebut mula disebut-sebut oleh ramai orang dan lebih hebat lagi jika mereka yang bukan pelabur saham pun mula ketahui tentang kaunter saham tersebut, ianya merupakan tanda awal bahawa saham ini akan membuat perubahan trend. 

Sebagai pelabur, jika kita sudah memegang saham berkenaan, apabila muncul keadaan sebegini kita boleh bersiap sedia untuk melepaskan pegangan yang sedia ada. 

Kepada yang belum memiliki saham tersebut, risiko untuk membeli saham yang telah viral ini adalah tinggi kerana kita tidak tahu bila perubahan trend tersebut akan berlaku. Boleh jadi ianya berlaku sebaik sahaja kita menekan butang belian. 

Apabila Saham Membuat Kenaikan Parabolik

Sumber :

Kenaikan parabolik ini adalah kenaikan yang drastik untuk beberapa hari dan secara berturut-turut tanpa membuat sebarang pembetulan harga semasa melakukan kenaikan seperti yang ditunjukkan pada carta diatas.

Apabila berlakunya kenaikan harga secara parabolik ini, ianya merupakan tanda saham ini akan melakukan peruabahan trend daripada bullish kepada bearish. 

Kenaikan harga saham yang melampau dan tidak sihat ini biasanya akan diikuti dengan kejatuhan harga yang drastik biasanya.

Sumber :

Ternyata harga saham ini jatuh dengan mendadak menghampiri semula harga sebelum saham ini membuat kenaikan secara parabolik tadi. 

Apabila Saham Menghampiri Harga Psikologinya

Sumber: iStock

Harga saham menghampiri harga psikologi ini membawa maksud apabila harga saham ini telah mencapai atau menghampiri harga yang pernah dibuat pada masa lalu atau dikenali sebagai resistance. 

Apabila sesuatu saham itu membuat kenaikan dan menghampiri paras resistance-nya, biasanya saham tersebut akan membuat perubahan trend apabila ianya gagal untuk menembusi paras resistance tersebut. 

Namun jika sesuatu saham tidak mempunyai sejarah harga yang lalu, seperti saham yang baru diapungkan, harga psikologinya biasanya adalah RM1.00, RM5.00 dan juga RM10.00. 

Ini bermakna, jika saham tersebut didagangkan pada harga bawah RM1.00, paras resistance nya adalah RM1.00 dan jika ianya didagangkan pada harga lebih RM1.00 pula, paras resistance-nya adalah RM5.00 dan seterusnya. 

Apabila harga sesuatu saham ini mula menghampiri harga psikologi tersebut, akan ada antara pelabur terutamanya pelabur jangka masa pendek mula melepaskan pegangan saham mereka yang menyebabkan harga saham tersebut jatuh.

Jika tiada minat belian terhadap saham tersebut, harga saham tersebut akan terus melakukan kejatuhan pada hari-hari berikutnya. 

Berikut merupakan antara tanda-tanda awal perubahan trend dari sudut pandang psikologi pelabur yang kita boleh jadikan panduan dalam membuat keputusan pelaburan kita.

Untuk artikel seterusnya kita akan melihat tanda perubahan trend ini daripada sudut pandang analisa fundamental dan teknikal pula. 

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!

Share490ShareSend

Related Posts

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High
Catalyst

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High

5 months ago
Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)
Catalyst

Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)

6 months ago
Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025
Catalyst

Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025

8 months ago
Peningkatan Harga Sawit: Kerajaan Jangka Peroleh Keuntungan Cukai Lebih Rm348 Juta
Catalyst

Sektor Pilihan Hari Ini: Perladangan [5 Feb 2025]

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In