Ada syarikat logistik baru nak IPO di Bursa Malaysia Ke?
Swift Group merupakan antara syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan bersepadu yang sedang berkembang pesat di Malaysia.
Swift Haulage antara nama syarikat pengangkutan yang besar terutama di pelabuhan utama Semenanjung Malaysia dari segi jumlah unit setara kapasiti 21 kaki persegi (TEU) perkhidmatan.
Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Swift Haulage ini adalah seperti:-
- Perkhidmatan logistik kontena
- Pengangkutan darat
- Pengangkutan utara dan depot kontena
Swift Haulage juga mempunyai pengiktirafan Multimodal Transport Operator (MTO) dan merupakan pemegang lesen daripada Petronas.
Syarikat ini beroperasi di Malaysia dan Thailand serta berusaha untuk menjadi penyedia perkhidmatan logistik yang terbaik di Malaysia dan Thailand.
Swift Haulage bakal tersenarai di pasaran saham tempatan tidak lama lagi. Mari kita lihat beberapa fakta menarik tentang syarikat ini.
1. Bakal Terbitkan Saham Lebih Daripada 300 Juta Unit
Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Swift bakal menerbitkan saham sebanyak 314,142,900 unit saham dan hampir 88% atau sekitar 275 juta unit daripadanya ditawarkan kepada pelabur institusi dan bakinya sekitar 38 juta unit pula untuk pelabur runcit.
Setakat artikel ini ditulis, harga untuk seunit saham masih belum diumumkan lagi.
Jumlah ini adalah jumlah sebelum split dan jumlah selepas split adalah seperti di bawah.
2. Lebih Separuh Saham Swift Diperuntukkan Untuk Bumiputera
Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Jumlah saham yang bakal didagangkan selepas split secara keseluruhannya adalah sekitar 889 juta unit dan 576 juta atau 64.83% daripadanya diperuntukkan kepada Bumiputera.
Untuk permohonan melalui MITI pula, terdapat lebih daripada 111 juta unit atau bersamaan dengan 12.5% pegangan daripada keseluruhan shaam Swift ini.
Baca: Mohon IPO Melalui MITI? Ini Cara-Caranya
3. Penggunaan Dana Tambahan Daripada IPO
Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Dana tambahan yang bakal diperoleh daripada terbitan IPO ini bakal digunakan untuk:-
- Pembinaan gudang yang baru
- Pembelian tanah
- Pembelian Prime Mover
- Pembayaran semula pinjaman
- Pembayaran kos terbitan IPO
Untuk pembinaan gudang, pembelian tanah dan pembelian Prime Mover akan dilaksanakan kurang daripada 18 bulan dan pembayaran semula pinjaman akan dilaksanakan dalam masa enam bulan selepas dana diperoleh.
4. Pendapatan Syarikat Untuk 3 Tahun Terkini
Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Pendapatan bersih syarikat merosot sedikit pada tahun 2019 sekitar 9% sebelum pendapatan bersihnya meningkat kembali pada tahun 2020.
Jualan syarikat juga dilihat merosot sedikit pada tahun 2020 namun perbelanjaan syarikat juga menurun dengan banyak pada tahun tersebut sehingga meningkatkan pendapatan bersih syarikat.
5. Sumber Pendapatan Syarikat
Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Berdasarkan pendapatan untuk tiga tahun terkini, sumber pendapatan utama syarikat ini adalah daripada segmen:-
- Perkhidmatan Pengangkutan Kontena -45.5%
- Pengangkutan Darat- 31.7%
- Gudang dan depot kontena- 12.8%
- Lain-lain- 0.3%
6. Pasaran Syarikat Ini Dari Segi Geografi
Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Majoriti pasaran syarikat ini adalah di pasaran Malaysia sekitar 96% dan bakinya adalah di pasaran Thailand (2.0%) dan lain-lain.
7. KWAP Antara Pemegang Utama Saham SWIFT
Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Antara pelabur institusi yang menjadi pemegang utama syarikat ini adalah Kumpulan Wang Simpanan Persaraan (KWAP) dan juga pelabur institusi asing seperti Bluefin.
8. Pesaing Kepada Swift Haulage Di Bursa Malaysia
Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan dan logistik di Malaysia ini sangat banyak dan antara yang tersenarai di Bursa Malaysia adalah seperti:-
- Xin Hwa Holdings Berhad
- Complete Logistic Berhad
- Freight Management Holding Berhad
9. Status Syariah Swift Haulage
Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Menurut penal syariah daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, saham syarikat Swift Haulage ini adalah saham yang patuh syariah.
Jadi tak perlulah ragu-ragu nak membeli saham syarikat ini nanti.
Harap artikel ini dapat memberi ilmu tambahan kepada pembaca. Jika berminat untuk membaca lebih tentang syarikat Swift yang bakal diapungkan ini, anda boleh membaca prospektus syarikat ini di laman Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Baca: Cara Untuk Meningkatkan Peluang Dapat IPO
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress
Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!