Waktu sejuk macam ni kalau makan Oden sedap juga kan
Nama Family Mart sememangnya tidak asing lagi kepada rakyat Malaysia terutamanya kepada anak muda sekarang.
Produk yang ditawarkan juga sangat menarik dan berbeza dengan kedai serbaneka yang sedia ada di Malaysia. Produk daripada Family Mart ini mempunyai elemen daripada produk Jepun yang membezakannya dengan yang lain.
Sumber: RinggitPlus
Sebab itu juga ramai rakyat Malaysia lebih gemar berbelanja di Family Mart berbanding yang lain. Merasa la seolah-olah berbelanja di Jepun seketika.
Jenama Family Mart mungkin ramai yang tahu dan kenal, tetapi yang ramai tidak tahu adalah pemilik syarikat ini sendiri dari Malaysia.
Pemilik kepada kedai serbaneka Family Mart ini adalah QL Resources Berhad, satu jenama terkenal dalam industri makanan terutamanya dari segi produk tenusu yang mereka keluarkan.
QL Resources Berhad, Pemilik Family Mart Malaysia
Syarikat QL Resources Berhad merupakan syarikat multinational penyediaan makanan daripada ladang yang kaya dengan sumber protein dan tenaga.
Selain daripada menyediakan produk makanan, syarikat ini juga terlibat dalam segmen perniagaan yang lain seperti:
- Pemprosesan makanan laut
- Perusahaan kelapa sawit
- Perusahaan biomas
- Rangkaian kedai serbaneka
Syarikat ini mempunyai modal pasaran bernilai sekitar RM13.8 bilion dan harga saham syarikat ini didagangkan sekitar RM5.67 seunit.
Seperti yang diterangkan diatas, rangkaian Family Mart Malaysia dimiliki sepenuhnya oleh QL Resources Berhad, secara tidak langsung pemilik syarikat QL resources juga merupakan pemilik kepada Family Mart Malaysia.
Jika kita hendak menjadi salah seorang pemilik Family Mart ini, caranya mudah iaitu dengan menjadi pemilik kepada saham syarikat QL Resources ini sendiri.
Untuk membeli saham syarikat ini pula pelabur perlu mempunyai akaun pelaburan atau lebih dikenali sebagai akaun CDS.
Baca: Buka Akaun CDS Mplus Secara Online & Mula Melabur
Pastikan juga akaun pelaburan merupakan akaun direct dan bukannya nominee. Dengan pembelian saham melalui akaun direct sahaja pelabur layak untuk menghadiri Mesyuarat Agong yang diadakan oleh syarikat dan juga hak mengundi dalam keputusan syarikat.
Baca: Beza Direct Akaun dan Nominee Akaun
Tapi sebelum beli apa-apa saham, buat kajian terlebih dahulu tentang fundamental syarikat ini dan juga teknikal. Jika niat pelaburan kita hendak membuat keuntungan dari segi capital gain adakah saham ini sesuai?
Bagaimana pula jika kita berniat untuk mendapatkan dividen secara tahunan, adakah saham syarikat ini memberikan pulangan dividen seperti yang kita mahukan?
Bagaimana pula pandangan penganalisa terhadap saham ini? Adakah saranan mereka juga menggalakkan pembelian atau mereka mencadangkan untuk menjual saham ini?
Semua persoalan ini akan terjawab dengan ilmu pelaburan saham yang anda boleh pelajari dalam masa tiga hari dalam Webinar Senang Saham yang akan datang.
Pelaburan saham bukan sekadar jual beli saham untuk mendapatkan keuntungan. Sebaliknya ianya adalah lebih daripada itu.
Dalami ilmu pelaburan saham dengan hadirkan diri anda di Webinar Senang Saham pada link di bawah.
Baca: Selalu Minum Starbucks? Kini Anda Boleh Jadi Pemiliknya
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)