Nak cari duit extra setiap bulan tanpa perlu melihat screen hari-hari.
Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar hari ini, ramai antara kita berusaha untuk mencari duit tambahan setiap bulan untuk menjalani kehidupan seharian kita.
Kenaikan harga barang pula tidak setanding dengan kenaikan gaji kita, ditambah pula dengan musim pandemik ini ada sesetengah syarikat terpaksa memotong gaji pekerja mereka.
Kehidupan di bandaraya seperti Kuala Lumpur mempunyai kos sara hidup yang sangat tinggi dan kebanyakan rakyat Malaysia terpaksa untuk membuat dua pekerjaan bagi meneruskan kehidupan.
Baca: Gaji RM6,000 Di Kuala Lumpur Dan Putrajaya Dikira B40
Pekerjaan kedua yang biasanya dipertimbangkan adalah pekerjaan yang mempunyai fleksibiliti dan tidak memerlukan komitmen yang tinggi sehingga mengganggu kerja hakiki mereka.
Antara pilihan yang popular di kalangan rakyat Malaysia adalah seperti;-
- Menjadi agen takaful
- Menjadi agen unit trust
- Memandu grab atau grabfood rider
- Menjadi agen hartanah
Kesemua pekerjaan sambilan diatas ini memberikan fleksibiliti masa kepada mereka yang mahu mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga mereka.
Selain daripada kerja yang disebutkan diatas, sebenarnya kerjaya sebagai seorang trader juga merupakan kerjaya yang memberikan fleksibiliti masa kepada kita.
Biar betul? Bukan trader perlu tengok screen setiap masa ke?
Bukan semua trader sebenarnya yang monitor chart hari-hari. Hanya mereka yang tidak faham tentang saham sahaja yang melihat chart setiap masa. Full time trader pun belum tentu akan melihat chart hari-hari.
Baca: 4 Jenis Trader Dalam Saham. Anda Yang Mana Satu?
Pendapatan Tambahan Sebagai Swing Trader
Jika anda nak menjadikan saham sebagai sumber pendapatan kedua, swing trader adalah pilihan yang terbaik.
Seorang swing trader akan membeli sesuatu saham dan memegangnya untuk beberapa hari atau minggu sebelum menjualnya semula untuk meraih keuntungan.
Anggaplah apabila anda menerima pulangan sehingga 20% dalam beberapa bulan walaupun masih bekerja full time sebagai bonus yang sangat berbaloi.
3 Kelebihan Swing Trader
Terdapat banyak kelebihan apabila memilih strategi sebagai swing trader.
- Fleksibiliti dari segi masa
- Risiko yang lebih terkawal
- Tidak memerlukan modal yang besar
Fleksibiliti Masa Seorang Swing Trader
Strategi swing trading ini tidak memerlukan seorang pelabur itu melihat carta setiap masa kerana kajian awal telah dilakukan dan hanya perlu letakkan alert kepada saham tertentu dan jalani kehidupan harian seperti biasa.
Kajian pula biasanya dilakukan pada hujung minggu atau pada sebelah malam selepas pasaran telah ditutup.
Pelabur tidak perlu terkejar-kejar harga sesuatu saham malah pelaburan yang dilakukan sangat santai dan tenang.
Risiko Yang Lebih Terkawal
Strategi swing trading ini juga biasanya akan memilih saham-saham yang tidak mempunyai risiko yang terlalu tinggi dan biasanya mengelakkan kaunter penny dan spekulatif.
Pemilihan saham untuk strategi swing ini biasanya adalah saham yang berisiko sederhana dan sukar untuk dimanipulasi pasaran.
Dengan pemilihan saham yang betul, hati pun akan menjadi lebih tenang menjalani kehidupan harian kita.
Tidak Memerlukan Modal Yang Besar
Keuntungan sebagai seorang swing trader adalah diukur daripada pulangan dalam bentuk Return On Investment (ROI) dan bukanya berdasarkan bid seperti seorang scalper.
Cukup gunakan wang lebihan sekitar RM2,000 untuk mula melabur dan mengamalkan teknik swing ini.
Tidak perlu untung seratus peratus setiap bulan, cukup dengan hanya membuat keuntungan bersih 6% setiap bulan untuk meraih keuntungan lebih daripada 100% setahun.
Baca: Hanya Perlu Jana 6% Sebulan Untuk Pulangan 100% Setahun
Mudah ke nak buat 6% sebulan?
Sebelum sesuatu perkara menjadi mudah, ianya akan bermula dengan sukar. Latihan dan komitmen diri kita yang akan menentukan kejayaan kita baik sebagai seorang pelabur saham mahupun dalam apa juga yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita.
Pelaburan saham ini tidak semuanya indah kerana risiko dalam dunia pelaburan ini wujud. Namun risiko tersebut boleh dikawal jika kita mempunyai ilmu yang cukup.
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress
Insya-Allah berbaloi… SESI BAHARU KINI DIBUKA!!!
*Daftar berdua terus dapat akses secara percuma! Sesuai untuk ZERO dan Newbies!