• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Produk

Analisis Teknikal Menjawab Soalan Bila Masa Terbaik Untuk Beli Dan Jual Saham

in Produk
A A
Analisis Teknikal Menjawab Soalan Bila Masa Terbaik Untuk Beli Dan Jual Saham
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Nak Cara Mudah Fahami Warrant & Corporate Action?

Masih Tak Pandai Melabur Saham? Belajar Sampai Pandai Buat Profit Sendiri

Apa Kata Alumni Tentang Webinar Senang Saham?

“Bro, saya dah tahu saham apa nak beli, tetapi saya tak tahu bila nak beli saham”

Saya percaya ramai yang ada masalah di atas. Ramai mungkin sudah mempunyai ilmu analisis fundamental dan tahu untuk memilih saham yang berkualiti. Namun, tak semua orang yang tahu bila masa yang betul untuk beli saham tersebut.

Bagi yang ada masalah seperti ini, anda mungkin masih tak faham apa yang dimaksudkan dengan analisis teknikal. Sebab itulah majoriti pelabur baru sentiasa tersalah entry beli.

Sebelum itu, jom kita berkenalan dengan analisis teknikal terlebih dahulu.

Apa Itu Analisis Teknikal?

Analisis teknikal adalah kajian terhadap pergerakan harga saham yang dibuat dengan mengkaji carta untuk meramal harga saham di masa hadapan dan juga trend saham.

Secara ringkasnya, analisis teknikal merujuk kepada kajian terhadap pergerakan saham untuk mencari harga terbaik untuk dibeli berdasarkan jangkaan potensi kenaikan saham tersebut di masa hadapan.

Baca: Jika Tiada Asas Analisa Teknikal (Technical Analysis), Jangan Gatal Beli Saham

Kenapa Kena Buat Kajian Analisis Teknikal?

1.Untuk mencari entry beli yang tepat

2. Untuk mengenal pasti fasa trend pergerakan saham sama ada saham sedang bergerak dalam fasa uptrend, downtrend atau sideways.

3. Pedagang biasanya perlu menguasai teknikal kerana pedagang tidak menyimpan saham yang dibeli dengan lama.

4. Sekiranya anda faham analisis teknikal, anda juga akan tahu bila untuk menjual sesuatu saham tersebut.

Baca: 6 Sebab Kenapa ‘Japanese Candlestick’ Masih Relevan Sehingga Ke Hari Ini

Bagaimana Nak Mula Belajar Analisis Teknikal?

Perkara pertama yang anda perlu faham adalah candlestick. Sebatang candlestick menggambarkan pergerakan harga saham di dalam satu tempoh masa. Sebagai contoh ada candlestick harian, mingguan dan bulanan.

Candlestick juga mampu memberitahu kita emosi para pelabur dalam satu-satu time frame tersebut.

Sekiranya candlestick yang terbentuk adalah marubozu berwarna hijau, kita dapat tahu bahawa pembeli menguasai pasaran dan wujud minat belian yang tinggi pada hari tersebut.

Candlestick marubozu berwarna merah pula memberitahu kita yang sebaliknya, iaitu penjual menguasai pasaran dan tekanan jualan yang kuat berlaku pada hari tersebut.

Baca: 4 Elemen Penting Untuk Kita Membaca ‘Candlestick’ Saham

Seterusnya, anda juga perlu tahu apa yang dimaksudkan dengan support, resistance, trendline, price, volume, momentum, chart pattern dan indikator untuk menjadi seorang pedagang yang hebat dalam teknikal.

Analisis Teknikal Menjawab Persoalan Masa Terbaik Beli dan Jual Saham

Mesti anda ingin tahu bila masa yang tepat untuk anda membeli saham kan?

Terdapat beberapa teknik beli yang anda boleh gunakan, di antaranya adalah teknik Buy on Breakout,Buy on Dip dan Buy on Reversal.

Sekiranya anda ingin menggunakan teknik Buy on Breakout, anda perlu tunggu sehingga harga saham berjaya memecah rintangan terlebih dahulu. Tetapi, satu syarat wajib jika anda ingin beli ketika breakout, adalah breakout tersebut perlu hadir dengan volume yang tinggi.

False breakout mungkin terjadi sekiranya breakout yang terhasil adalah tanpa volume yang tinggi.

Jika anda memilih untuk membeli menggunakan teknik Buy on Dip pula, anda boleh beli ketika harga saham masih di paras support dan anda juga boleh beli saham ketika saham membuat reversal.

Oleh itu, anda perlulah menguasai support, resistance dan trendline sekiranya anda ingin beli dengan menggunakan teknik di atas.

Bila dah tahu bila nak beli saham, jangan lupa pula untuk jual saham tersebut.

Ini kerana selagi anda belum menjual saham tersebut, keuntungan tersebut hanyalah keuntungan di atas kertas atau dikenali sebagai unrealized profit. Keuntungan tersebut hanya akan menjadi milik anda setelah saham tersebut terjual.

Bila Nak Jual Saham Yang Dah Untung?

Pertama, anda boleh menjual saham tersebut setelah saham tersebut membuat reversal dan mematahkan uptrend line.Sekiranya saham tersebut masih membuat uptrend dan berada di atas trendline, sebaiknya layan sahaja kerana saham tersebut masih berpotensi untuk meneruskan kenaikan.

Pernah dengar ayat di bawah?

“Ride the trend until it ends when it bends”


Sumber: Trading View

Kedua, apabila saham telah membuat bearish reversal candlestick maka bolehlah menjual saham tersebut.

Kumunculan bearish reversal candlestick menandakan bahawa trend akan bertukar arah daripada uptrend kepada downtrend.

Bayangkan sekiranya anda tidak menjual saham tersebut ketika bearish reversal candlestick telah pun muncul, maka keuntungan yang sepatutnya banyak tadi pun telah berkurangan.

Lebih parah apabila kita tidak juga jual saham tersebut sehingga kita mengalami kerugian pula.


Sumber: Learn Stock Market

Ketiga, jual saham apabila saham telah mematahkan support. Fungsi paras support adalah untuk menyokong harga saham daripada terus jatuh. Support ini umpama lantai yang menghalang kita daripada jatuh ke bawah.

Sekiranya lantai bangunan tidak kukuh dan runtuh, sudah tentu kita akan jatuh juga kan? Perkara yang sama juga berlaku di dalam pasaran saham.

Sekiranya support tidak lagi mampu menyokong harga saham, sudah tentu saham tersebut akan terus membuat kejatuhan.

Kesimpulannya, analisis teknikal membantu para pelabur untuk membuat keputusan bila masa yang tepat untuk beli dan jual sesuatu saham.

Semua yang anda perlu tahu untuk meraih pulangan yang baik di pasaran saham… dengan meminimakan risiko kerugian.

Kami juga tidak menjanjikan yang anda akan confirm buat untung gila-gila selepas belajar teknik ini. Tetapi jika anda mencari teknik yang boleh memberi pulangan yang konsisten, maka wajib dapatkan video ini.

Ini 3 masalah utama sebelum berjaya buat duit dekat pasaran saham

1. Tak tahu nak beli saham apa?
2. Bila boleh beli saham?
3. Bila kena jual saham tu?

Sebenarnya semua ini boleh terjawab jika pandai baca Candlestick.

Jadi khas untuk memudahkan anda, kami hasilkan video Masterclass sulung.

CANDLESTICK SAHAM
bersama Tuan Haji Zainal Ariffin bin Osman
(MSTA, CFTE, IFTA, UKSTA, MATA)

ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI VIDEO INI

1. Pengenalan kepada ‘Price Action’

2. Bagaimana mengukur kekuatan Price Action dengan candlestick?

3. Bullish Candlestick pattern yang menunjukkan harga akan beralih arah

4. Bearish reversal pattern

5. Peranan volume untuk mengesahkan pergerakan candle

6. Candlestick trading setup

7. Cara menggunakan candlestick dengan trend dan oscillator

8. Cara menggunakan candlestick dengan RSI

Sekejap, belum habis lagi…

✅ BONUS

1. Penggunaan Heiken Ashi
2. Candlestick pattern Screener
3. Set target menggunakan candlestick
4. Set stop loss menggunakan candlestick

Speaker memang otai, modul pun terbaik.

InshaAllah video pembelajaran secara santai ini dapat bantu anda memahami Analisis Teknikal (TA) yang selalu disebut oleh sifu-sifu saham.

Yang penting, video ini sesuai sangat untuk pelabur dan pedagang saham newbie. Boleh tengok ulang-ulang sampai faham.

KINI DIBUKA UNTUK PRE-ORDER!

Kepada yang bertindak awal, ada harga istimewa menanti, cepat klik:

➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham

DISCLAIMER: Program ini bertujuan pendidikan sahaja. Program ini tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit untuk urusan pelaburan. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.

Share856ShareSend

Related Posts

Nak Cara Mudah Fahami Warrant & Corporate Action?
Produk

Nak Cara Mudah Fahami Warrant & Corporate Action?

4 years ago
Masih Tak Pandai Melabur Saham? Belajar Sampai Pandai Buat Profit Sendiri
Produk

Masih Tak Pandai Melabur Saham? Belajar Sampai Pandai Buat Profit Sendiri

4 years ago
Apa Kata Alumni Tentang Webinar Senang Saham?
Produk

Apa Kata Alumni Tentang Webinar Senang Saham?

5 years ago
Apa Yang Akan Anda Belajar Dalam Webinar Senang Saham 4.0 Nanti?
Produk

Apa Yang Akan Anda Belajar Dalam Webinar Senang Saham 4.0 Nanti?

5 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In