Kerajaan meningkatkan perbelanjaan berkaitan Covid-19 sebanyak RM1.0 bilion
Pada 31 Mei 2021, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bantuan tambahan kepada rakyat Malaysia yang dikenali sebagai Program Strategik Memperkasa dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) sempena pelaksanaan total lockdown yang bermula pada 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.
PEMERKASA+ akan memberi fokus kepada tiga perkara utama seperti:
- Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam
- Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
- Menyokong Kelangsungan Perniagaan
Walaupun ekonomi negara akan terkesan teruk daripada pelaksanaan total lockdown ini, namun kerajaan cuba membantu meringankan beban rakyat untuk mengharungi detik yang sukar ketika ini.
Daripada bantuan tambahan daripada kerajaan ini, sektor mana yang bakal menerima impak positif daripanya?
Jom kita lihat sektor yang bakal menerima kesan positif daripada program PEMERKASA+ yang diumumkan baru-baru ini.
Sektor Yang Menerima Impak Positif Daripada PEMERKASA+
Pelaksanaan total lockdown ini akan memberi kesan yang sangat ketara kepada kebanyakkan sektor kerana had operasi yang dibenarkan sangat terhad. Namun, PEMERKASA+ yang baru diumumkan oleh Perdana Menteri akan memberi impak yang positif untuk sektor-sektor tertentu.
1. Sektor Penjagaan Kesihatan
Sumber: Pejabat Perdana Menteri
Kerajaan akan memberi dana tambahan sebanyak RM1.0 bilion untuk membendung wabak Covid-19 ini daripada terus merebak.
Kerajaan juga akan menambah baik Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dengan usaha untuk mempercepatkan pemberian vaksin daripada 80,000 dos sehari kepada 150,000 dos sehari.
Syarikat yang terlibat dalam pemberian vaksin semestinya akan mendapat impak yang sangat positif daripada dana tambahan yang disediakankerajaan..
Tak banyak pun syarikat yang berkaitan dengan vaksin tersenarai di Bursa Malaysia. Anda boleh teka syarikat mana yang dimaksudkan.
2. Sektor Pengguna
Sumber: Pejabat Perdana Menteri
Bantuan bersasar yang diumumkan oleh kerajaan semalam sedikit sebanyak memberi nafas lega kepada golongan berpendapatan rendah untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Pemberian bantuan kewangan tambahan dan moratorium ini akan memberikan duit tambahan kepada rakyat bagi kegunaan keperluan harian.
Sektor yang paling dekat dengan keperluan harian rakyat adalah sektor pengguna terutama sektor makanan dan minuman.
- Sektor Hartanah Dan Automotif
Sumber: Pejabat Perdana Menteri
Kerajaan juga mengumumkan lanjutan (HOC) sehingga hujung tahun 2021. Para pembeli rumah akan dikecualikan untuk membayar duti setem. Berita ini semestinya memberikan rangsangan kepada sektor hartanah di Malaysia.
Bukan itu sahaja, pengecualian cukai jualan kenderaan ini juga akan membantu sektor automotif terutamanya untuk meningkatkan hasil jualan mereka.
Berikut merupakan sektor yang dijangka mendapat manfaat daripada program PERMERKASA+ yang diumumkan oleh perdana menteri baru-baru ini.
Sebagai seorang pelabur, kita perlu membuat kajian yang lebih terperinci sebelum membuat apa-apa keputusan dalam pelaburan kita.
Baca: PKP 3.0: Pelabur Untung Atau Rugi
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!




