• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Saham-Saham EV, Apa Jadi Bila Beli Pada 1.1.2023?

in Saham, Saham Global
A A
Saham-Saham EV, Apa Jadi Bila Beli Pada 1.1.2023?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Industri kenderaan elektrik (EV) sedang mengubah landskap pengangkutan global. Industri EV semakin berkembang dengan peningkatan prestasi bateri, pelbagai model kenderaan EV telah dilancarkan dan infrastruktur pengecasan turut rancak dibangunkan.

Syarikat-syarikat seperti Tesla, NIO, dan General Motors telah memainkan peranan utama dalam mendorong evolusi ini. Dalam artikel kali ini, jom kita tengok prestasi beberapa saham syarikat EV yang tersenarai di Amerika Syarikat.

1. Tesla, Inc. (TSLA)

Syarikat yang diasaskan oleh Elon Musk ini merupakan peneraju dalam industri EV. Tesla terkenal dengan model-model seperti Model S, Model 3, Model X dan Model Y. Mereka juga menghasilkan bateri lithium-ion yang canggih dan membangunkan rangkaian infrastruktur Supercharger untuk pengisian pantas bateri.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Berdasarkan carian di IdealRatings, saham TSLA disenaraikan sebagai saham patuh syariah. Tesla tersenarai di papan Nasdaq.

Nota: Data dikemas kini sehingga 25 Julai 2023

Sumber: TradingView

Prestasi Saham TSLA

Harga TSLA pada 1.1.2023: US$108.1

Katakan anda membeli 1 unit saham TSLA pada 1.1.2023
Jumlah modal pelaburan: 1 x US$108.1 = RM492.94
(Berdasarkan kadar purata pertukaran pada Julai 2023: US$1 = RM4.56)

Harga terkini (25 Julai 2023) saham TSLA: US$269.06

Berapa jumlah pulangan terkini yang akan anda dapat?

Harga terkini – Harga beli = Untung

US$269.06 – US$108.1 = US$160.96

Untung / harga beli x 100 = ROI

US$160.96 / US$108.1 x 100 = 148.9%

2. XPeng Inc (XPEV)

XPeng Inc. ialah syarikat EV terkemuka dari China. Syarikat ini fokus kepada inovasi teknologi autonomi (advanced autonomous technology) dan model SUV serta sedan. Antara contohnya, model P7 hadir dengan sistem pemanduan sendiri yang canggih. XPeng juga terkenal dengan aplikasi navigasi AI yang membantu pemandu. Ini menjadikan mereka peneraju dalam mobiliti elektrik dan teknologi pintar.

Berdasarkan carian di IdealRatings, saham XPEV disenaraikan sebagai saham tidak patuh syariah. Xpeng tersenarai di papan NYSE.

Sumber: TradingView

Prestasi Saham XPEV

Harga XPEV pada 1.1.2023: US$10.18

Katakan anda membeli 1 unit saham XPEV pada 1.1.2023
Jumlah modal pelaburan: 1 x US$10.18 = RM46.42
(Berdasarkan kadar purata pertukaran pada Julai 2023: US$1 = RM4.56)

Harga terkini (25 Julai 2023) saham XPEV: US$16.01

Berapa jumlah pulangan terkini yang akan anda dapat?

Harga terkini – Harga beli = Untung

US$16.01 – US$10.18 = US$5.83

Untung / harga beli x 100 = ROI

US$5.83 / US$10.18 x 100 = 57.27%

3. Rivian Automotive, Inc (RIVN)

Rivian adalah pengeluar kenderaan elektrik dan syarikat teknologi automotif dan rekreasi luaran daripada Amerika Syarikat. Rivian fokus kepada kenderaan adventure-focused atau kenderaan khusus pengembaraan. Mereka telah memperkenalkan model SUV R1S dan trak R1T, yang menawarkan prestasi yang hebat dan jarak perjalanan yang jauh dengan bateri besar. Rivian juga popular kerana kerjasama dengan Amazon untuk kenderaan penghantaran elektriknya.

Berdasarkan carian di IdealRatings, saham RIVN disenaraikan sebagai saham tidak patuh syariah. Rivian tersenarai di papan Nasdaq.

Sumber: TradingView

Prestasi Saham RIVN

Harga RIVN pada 1.1.2023: US$17.34

Katakan anda membeli 1 unit saham XPEV pada 1.1.2023
Jumlah modal pelaburan: 1 x US$17.34 = RM79.07
(Berdasarkan kadar purata pertukaran pada Julai 2023: US$1 = RM4.56)

Harga terkini (25 Julai 2023) saham RIVN: US$25.81

Berapa jumlah pulangan terkini yang akan anda dapat?

Harga terkini – Harga beli = Untung

US$25.81 – US$17.34 = US$8.47

Untung / harga beli x 100 = ROI

US$8.47 / US$10.18 x 100 = 48.85%

4. NIO Inc (NIO)

NIO Inc. adalah syarikat mobil elektrik (EV) terkemuka dari China yang khusus dalam model SUV dan kenderaan berprestasi tinggi. Model seperti ES8 dan ES6 menawarkan reka bentuk moden dan inovasi teknologi, termasuk bateri yang boleh ditukarkan (swappable) dengan cepat. NIO juga menonjol dengan perkhidmatan bateri bergerak yang memudahkan pengecasan kenderaan EV.

Berdasarkan carian di IdealRatings, saham NIO disenaraikan sebagai saham patuh syariah. NIO tersenarai di papan NYSE.

Sumber: TradingView

Prestasi Saham NIO

Harga NIO pada 1.1.2023: US$9.63

Katakan anda membeli 1 unit saham NIO pada 1.1.2023
Jumlah modal pelaburan: 1 x US$9.63 = RM43.91
(Berdasarkan kadar purata pertukaran pada Julai 2023: US$1 = RM4.56)

Harga terkini (25 Julai 2023) saham NIO: US$11.73

Berapa jumlah pulangan terkini yang akan anda dapat?

Harga terkini – Harga beli = Untung

US$11.73 – US$9.63 = US$2.1

Untung / harga beli x 100 = ROI

US$2.1 / US$9.63 x 100 = 21.81%

5. LUCID Motors (LCID)

LUCID Motors adalah pengeluar kenderaan mewah elektrik (EV) Amerika yang mengutamakan prestasi dan reka bentuk mewah. Model Air sebagai contoh, menawarkan reka bentuk aerodinamik dan keselesaan dalam kenderaan elektrik. LUCID berusaha untuk memberi alternatif sebagai EV mewah dan berprestasi tinggi.

Berdasarkan carian di IdealRatings, saham LUCID disenaraikan sebagai saham tidak patuh syariah. LUCID tersenarai di papan Nasdaq.

Prestasi Saham LCID

Harga LCID pada 1.1.2023: US$6.17

Katakan anda membeli 1 unit saham LCID pada 1.1.2023
Jumlah modal pelaburan: 1 x US$6.17 = RM28.14
(Berdasarkan kadar purata pertukaran pada Julai 2023: US$1 = RM4.56)

Harga terkini (25 Julai 2023) saham NIO: US$7.17

Berapa jumlah pulangan terkini yang akan anda dapat?

Harga terkini – Harga beli = Untung

US$7.17 – US$6.17 = US$1

Untung / harga beli x 100 = ROI

US$1 / US$6.17 x 100 = 16.21%

Semua Saham EV Beri Pulangan Positif

Berdasarkan data di atas, boleh dikatakan semua contoh saham yang diberikan memberikan pulangan positif kepada para pelabur setakat ini.

Sektor EV menjadi tumpuan kini kerana permintaan global terhadap kenderaan elektrik berkembang pesat. Industri ini muncul dengan inovasi teknologi dan sokongan kerajaan. Pertumbuhan jangka panjang yang dijangka dalam pasaran EV boleh memberi peluang pelaburan yang menguntungkan kepada pelabur tapi sentiasa hati-hati dengan sebarang risiko.

Jika masih tak mampu nak beli kenderaan elektrik, apa kata mulakan dengan memiliki saham EV dahulu. Yang menariknya, di Wall Street anda boleh mula dengan hanya satu unit saham. Jika dilihat dari data di atas, anda boleh mulakan dengan serendah RM30 untuk memiliki saham EV.

Jadi, saham EV mana paling menarik?

Baca: Buka Akaun CDS Global Dengan CGS-CIMB

Berminat nak mula melabur di pasaran US dengan MPlus Global? Klik sini: https://mplusgbl.com.my/tnJx
*Akaun MPlus Global masih tidak patuh syariah, jadi hati-hati dengan profit rate dan margin yang diberikan.

Penafian: Prestasi masa lalu bukanlah jaminan prestasi masa hadapan. Artikel ini adalah sekadar contoh dan kami tidak memberitahu anda saham mana patut beli atau tidak. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: elon muskEVtesla
Share760ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In