Pergerakan harga saham yang turun naik itu sebenarnya telah mengambil kira semua perkara termasuklah fundamental, sentimen dan rumours mahu pun news yang ada. Para pelabur hendaklah jelas bahawa pergerakan harga saham syarikat semasa telah mengambil kira kesemua faktor-faktor yang terlibat.

Syarikat-syarikat yang berstatus PN 17 merupakan syarikat yang bermasalah, sama ada bermasalah dari sudut kewangan, laporan yang tidak tepat, pihak pengurusan yang kurang cekap dan banyak lagi. Indikator yang paling penting dalam syarikat berstatus PN 17 ini adalah, syarikat tersebut mengalami kerugian yang teruk sepanjang tempoh sukuan dan tahunan operasi mereka.
Berdasarkan maklumat daripada keratan berita di atas, ia menunjukkan bahawa saham syarikat Brahim telah naik sebanyak 6% kerana terdapat penawaran untuk mengeluarkannya dari senarai PN 17. Jelasnya, berita ini sepatutnya merupakan berita yang baik bagi syarikat Brahim’s. Namun setelah berita ini keluar setelah 38 minit pasaran saham dibuka, orang mulai “membuang”, iaitu mulai menjual pegangan yang mereka ada.

(Sumber: tradingview.com)
Inilah yang disebutkan sebagai “price action discounts everything”. Walaupun berita yang keluar adalah berita yang baik, namun berita ini tidak mampu membantu saham syarikat ini untuk terus menaik pada hari tersebut.
Apa yang boleh kita faham daripada carta harga di atas adalah, harga saham syarikat membuat gap up pada hari tersebut, iaitu dibuka pada harga RM 0.375, namun gap up ini tidak mampu bertahan dan jatuh sehingga akhirnya ia ditutup pada harga yang sama ia ditutup sebelum ini.
Jika kita perasan, sebelum kejatuhan pada 23 Disember 2019, saham syarikat Brahim’s telah menaik selama beberapa hari, di mana sebelum kenaikan itu, saham syarikat berada dalam keadaan “sideways”, iaitu bergerak dalam keadaan mendatar di sekitar harga yang hampir sama sahaja dalam tempoh 3 bulan. Orang ramai telah membeli saham syarikat ini sebelum harga saham syarikat tersebut perlahan–lahan mendaki menantikan berita tersebut keluar sebagai pengesahan terhadap rumours.
Orang ramai membeli saham syarikat ketika terdapat rumours bahawasanya syarikat Brahim’s bakal keluar daripada status PN17. Pada hari berita baik ini keluar, telah berlakunya gap up yang agak tinggi sebelum mereka beramai-ramai menjualkan pegangan mereka pada hari yang sama juga dan menyebabkan candlestick merah telah terbentuk.

Buy On Rumours, Sell On News
Istilah inilah yang sering berlaku kepada hampir kesemua saham syarikat di Bursa Malaysia, di mana para pelabur dinasihatkan agar menyemak dahulu pergerakan harga sesuatu saham syarikat jika terdapat berita baik yang keluar tentangnya. Jika harga saham syarikat telah naik tinggi sebelum keluarnya berita, maka nasihatnya adalah lebih baik kita mengelakkan daripada membelinya setelah berita baik tersebut disiarkan.
Kebiasaannya saham syarikat yang sudah naik tanpa sebarang catalyst ini akan mengalami kejatuhan harga sebaik sahaja berita keluar, walaupun berita baik kerana harga saham semasa telah mengambil kira faktor berita tersebut
Bagaimana Nak Mengenal Pasti Rumours?
Rumours adalah khabar angin yang keluar tentang sesuatu syarikat, di mana penyebarannya adalah melalui medium yang tidak rasmi, misalnya Telegram, Facebook, mahupun kenalan yang bekerja di sesebuah syarikat. Ada kalanya keluar berita seperti syarikat ABCDEF sedang merebut peluang bagi mendapatkan sesuatu projek, ini juga adalah sesuatu yang kita panggil sebagai rumours.

News pula adalah berita yang keluar secara rasmi, misalnya di laman web Bursa Malaysia dan The Edge Markets. News juga adalah sesuatu kenyataan seperti syarikat berjaya menang sesuatu projek, dan ianya bersifat kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak syarikat.
Contoh berita kedua yang menunjukkan prinsip “price action discounts everything” akan diterangkan pula selepas ini.

Apakah agaknya yang akan terjadi pada saham-saham syarikat berkaitan pembuatan sarung tangan dengan keluarnya berita seperti ini?

Bagi saham syarikat Top Glove misalnya, yang merupakan salah sebuah syarikat pengeluar sarung tangan yang besar di Malaysia, harga saham syarikat mulai memanjat naik setelah keluarnya berita ini. Inilah contoh saham syarikat yang boleh dibeli setelah keluarnya berita yang baik memandangkan harga saham masih belum naik dengan banyak sebelum ini.

Di atas ada dinyatakan bahawa kita sebaiknya mengelakkan daripada membeli saham syarikat yang telah naik tinggi. Namun, jika harga saham syarikat itu belum naik dan kemudiannya keluar berita yang baik, inilah masa yang terbaik untuk mula membeli saham syarikat tersebut. Ini kerana berita ini akan menjadi catalyst yang akan menggerakkan harga saham syarikat.
Keadaan harga saham syarikat ketika mana berita keluar itulah yang akan menentukan sama ada saham syarikat itu sesuai dibeli atau tidak. Inilah yang dimaksudkan dengan “price action discounts everything”.
Mengapa Harga Saham Syarikat Pelitup Muka Tak Naik Tinggi Seperti Kenaikan Harga Saham Syarikat Sarung Tangan?
Kita perlu faham bahawa negara Malaysia merupakan pembekal sarung tangan terbesar di dunia. Sarung tangan yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat di Malaysia bukan sahaja mendapat permintaan di Malaysia, malahan juga di seluruh dunia. Berikutan pandemik Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia, maka permintaan ke atas sarung tangan juga telah naik mendadak. Sebagai pembekal sarung tangan dunia, industri sarung tangan di Malaysia telah mengalami kenaikan harga saham yang amat banyak disebabkan hal ini.
Bagi pelitup muka pula, walaupun ia juga mendapat permintaan yang banyak, namun ianya dihasilkan oleh kebanyakan syarikat di Malaysia untuk kegunaan di dalam Malaysia sahaja dan tidak dieksport keluar. Demand atau permintaan terhadapnya tidaklah setinggi sebagaimana permintaan ke atas sarung tangan. Oleh sebab itu, harga saham syarikat pelitup muka tidak naik sebanyak kenaikan harga saham syarikat berkaitan sarung tangan.
Semoga contoh-contoh yang diberikan cukup untuk memberikan gambaran kasar tentang konsep ini.
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……