IPO merupakan singkatan bagi Initial Public Offering. Bagi yang dah lama dalam pelaburan saham pastinya pernah mendengar terma ini. Pelabur yang baru berjinak-jinak dalam pelaburan saham pula sudah tentu ingin tahu apakah IPO ini.
Baca : Initial Public Offering (IPO); Sejarah Satu-Satu Saham Bermula Di Bursa Malaysia
Syarikat memilih untuk disenaraikan di pasaran saham untuk menambahkan modal. Syarikat mendapat modal tambahan melalui pembelian IPO oleh para pelabur.
Jom lihat statistik penyenaraian syarikat sejak tahun 2017.

Sejak tahun 2017, Bursa Malaysia berjaya menarik lebih banyak syarikat untuk disenaraikan di pasaran awam.
Tahun 2019 menyaksikan sehingga 30 syarikat memilih untuk disenaraikan di Bursa Malaysia. Walaubagaimanapun, pada tahun 2020 hanya 19 syarikat disenaraikan dipercayai kesan daripada pandemik yang melanda dan kemelut kesihatan ini menyukarkan proses penyenaraian.
Pada tahun ini dijangka Bursa Malaysia akan menyaksikan lebih banyak syarikat akan disenaraikan dan setakat 2 Ogos 2021, terdapat 21 buah syarikat baru yang telah tersenarai.
Papan Utama : 4 buah syarikat
Papan Ace : 9 buah syarikat
Papan Leap : 8 buah syarikat
Pernah apply IPO tak? Memang sukar untuk dapat IPO kerana kita bersaing dengan ramai orang yang turut sama memohon IPO. Ada caranya untuk tingkatkan peluang anda dapat IPO. Rahsianya ada di bawah.
Baca: Cara Untuk Meningkatkan Peluang Dapat IPO
Memandangkan kita tidak membeli saham di Papan Leap, saya hanya akan ulas IPO yang disenaraikan di Papan Utama dan Papan Ace.

9 daripada IPO tersebut adalah patuh syariah kecuali OM Holdings, Pekat, Ramssol dan Yenher.
Semua IPO patuh syariah memberikan pulangan positif sebaik sahaja disenaraikan pada hari pertama. Daripada kesemua IPO yang disenaraikan di Papan Utama dan Papan Ace Bursa Malaysia pada tahun ini, hanya Yenher Holdings Berhad mengalami kerugian pada hari pertama disenaraikan. Untuk pengetahuan anda, saham Yenher adalah tidak patuh syariah.
IPO patuh syariah yang mencatatkan keuntungan paling tinggi pada hari pertama adalah Mobilia Holdings Berhad dengan kenaikan sebanyak 141.30%. Tahniah kepada pemilik IPO Mobilia.
IPO CTOS pula merupakan penyenaraian terbesar pada tahun 2021. Dengan harga tawaran RM1.10 sesaham, nilai permodalan pasaran agensi pelaporan kredit itu adalah pada RM2.4 bilion.
Baca : IPO CTOS penyenaraian terbesar tahun ini
Setakat 30 Julai 2021, 3 saham IPO mengalami penurunan harga daripada harga tawaran awalnya iaitu Tuju Setia, Yenher (tidak patuh syariah) dan Haily.
Bagaimanakah agaknya prestasi kesemua IPO ini di penghujung tahun 2021? Sama-sama kita saksikan.
Terdapat beberapa IPO yang bakal disenaraikan pada tahun ini. Anda boleh dapatkan prospektus IPO di laman web Bursa Malaysia. Lepas baca prospektus, anda boleh mempertimbangkan untuk memohon IPO sekiranya syarikat tersebut dilihat mempunyai perancangan yang jelas dan perniagaan yang baik.
Nak tips tingkatkan peluang dapat IPO?
Baca : Cara Untuk Meningkatkan Peluang Dapat IPO
Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.
Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.Mulakan sekarang.
Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab

Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :
1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti
Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.
Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.
Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa -> 
 
			 
		    


