Lepas syarikat laksanakan stock split, harga saham terus jatuh!
Stock split merupakan salah satu tindakan korporat dimana sesebuah syarikat membuat keputusan untuk meningkatkan jumlah saham dagangan mereka di pasaran terbuka. Nama lain bagi stock split ini adalah subdivision.
Oleh itu syarikat akan menerbitkan sejumlah saham baharu berdasarkan jumlah saham yang sedia ada.
Tujuan utama stock split ini dilaksanakan adalah untuk menjadikan saham tersebut lebih murah dan mampu dimiliki kepada pelabur runcit yang tidak mampu membelinya dengan harga yang tinggi sebelum ini.
Sesebuah syarikat akan melakukan aktiviti stock split ini untuk menjadikan saham syarikat mempunyai kadar kecairan yang lebih tinggi.
Baca: 3 Jenis “ Corporate Exercise” Yang Beri Impak Kepada Harga Saham
Tetapi persoalannya adakah aktiviti stock split ini baik untuk pelabur macam kita?
Bagaimana Stock Split Berfungsi?
Seperti penerangan diatas, aktiviti stock split ini adalah bertujuan untuk meningkatkan jumlah saham yang didagangkan dan kadar kecairan saham tersebut di pasaran.
Stock split ini biasanya dipecahkan mengikut nisbah yang telah ditentukan oleh pihak pengurusan syarikat. Antara nisbah yang biasa digunakan adalah seperti:-
- 1-to-2
- 1-to-3
Untuk syarikat yang menggunakan nisbah stock split 1-to-2, satu saham yang dipegang oleh pelabur akan dipecahkan menjadi dua saham.
Contohnya, jika pelabur memiliki 1,000 unit saham dalam syarikat tersebut, selepas aktiviti stock split ini pelabur akan mempunyai 2,000 unit saham dalam syarikat tersebut.
Walaupun jumlah saham tersebut meningkat, namun nilai saham tersebut adalah sama. Ini kerana pecahan saham tersebut tidak menambah nilai kepada saham tersebut.
Apabila satu saham itu dipecahkan, jumlah saham tersebut meningkat tetapi nilai untuk seunit saham tadi akan berkurangan.
Contohnya jika saham tersebut bernilai RM1.00 seunit, selepas aktiviti stock split dilakukan dengan nisbah 1-to-2, nilai seunit saham tersebut akan menjadi RM0.50 seunit.
Bagus Ke Aktiviti Stock Split Ini?
Aktiviti stock split ini akan meningkatkan kadar kecairan saham sesebuah syarikat dan akan memberi peluang kepada pelabur runcit untuk memiliki saham syarikat tersebut pada harga yang lebih murah.
Pemegang saham yang sedia ada juga memperolehi jumlah saham tambahan tanpa sebarang modal. Namun nilai seunit pegangan saham pelabur akan berkurangan hasil daripada aktiviti ini.
Selepas aktiviti stock split ini dilaksanakan, harga saham ini akan menjadi lebih murah dan lebih ramai pelabur runcit akan mampu untuk memiliki saham ini.
Oleh itu, kadar volatility saham tersebut juga akan meningkat atas sebab saham tersebut kini lebih mudah untuk didagangkan.
Risiko aktiviti stock split ini juga adalah akan menyebabkan harga saham tersebut akan terus jatuh selepas aktiviti tersebut dilaksanakan.
Contoh Saham Yang Melaksanakan Stock Split
Sumber: KLSE Screener
Syarikat Penta telah melaksanakan aktiviti stock split dengan nisbah 1-to-2 pada tahun 2017. Ini telah menyebabkan saham syarikat menjadi separuh daripada harga asalnya.
Harga saham Penta sekitar RM5.00 telah menjadi sekitar RM2.50 sahaja selepas aktiviti stock split ini dijalankan.
Sumber: KLSE Screener
Syarikat Magni juga telah melaksanakan aktiviti stock split dengan nisbah yang sama iaitu 1-to-2 pada tahun 2019. Ini telah menyebabkan harga saham syarikat ini menjadi separuh daripada harga asalnya.
Hasil daripada aktiviti stock split ini, harga saham Magni yang sebelumnya adalah sekitar RM6.00 menjadi sekitar RM2.70 sahaja.
Sumber: KLSE Screener
Terbaru, syarikat Hong Seng juga telah melaksanakan aktiviti stock split dengan nisbah 1-to-2 pada 14 Jun 2021 baru-baru ini.
Harga saham Hong Seng sebelum dipecahkan adalah sekitar RM1.65 seunit dan menjadi sekitar RM0.90 selepas aktiviti stock split ini dilaksanakan.
Sebagai pelabur, penting untuk kita mengetahui tentang corporate exercise yang mempengaruhi emosi dan harga saham sesebuah syarikat.
Semoga artikel kali ini memberi pencerahan tentang stock split kepada pembaca semua.
Kelas Saham Premium TheKapital Kembali!
Pelaburan saham memerlukan ilmu, skil, pengalaman dan disiplin.
Selain ilmu fundamental dan teknikal, salah satu cara untuk kita pendekkan masa belajar adalah dengan belajar daripada kesilapan-kesilapan yang pernah dibuat.
Kelas premium 2 hari + 1 revision ini yurannya ribu-ribu di luar sana.
Anda akan belajar lebih mendalam ilmu-ilmu yang wajib tahu:
ANALISIS FUNDAMENTAL
ANALISIS TEKNIKAL
SENTIMEN
TRADING PLATFORM
Daftar sekarang untuk menempah seat anda dengan tawaran harga yang sangat mampu milik.
Nak tahu topik-topik yang bakal dikongsi nanti? Pra-Daftar sekarang di Webinar Swing Trading X




![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)