‘Corporate Exercise’ merupakan aktiviti yang korporat yang dilakukan oleh syarikat yang tersenarai di pasaran saham. Ianya akan memberikan kesan kepada pemegang-pemegang saham syarikat tersebut.
Ada lima jenis corporate exercise yang selalu kita dengar seperti pemberian dividen, bonus issue, rights issues, share split dan juga share consolidation.

Artikel kali ini hanya akan menerangkan tiga corporate exercise yang biasanya akan mengubah harga sesuatu saham itu selepas ianya terlaksana.
1. Bonus Issue

Bonus issue terbahagi kepada dua iaitu bonus issues of free warrant dan bonus issue of free ordinary shares. Bonus issue ini berlaku apabila syarikat menerbitkan saham tambahan berdasarkan jumlah saham yang sedia ada. Pemberian bonus issue ini biasanya akan diumumkan dalam bentuk nisbah seperti 2-for-1 atau 2:1. Ini bermakna dengan setiap satu pegangan saham yang dimiliki, pelabur akan mendapat dua saham percuma daripada syarikat.

Apabila aktiviti bonus issue ini telah terlaksana, harga saham syarikat akan turut berubah. Jika dulunya harga sesebuah saham syarikat berkenaan adalah RM2.00 seunit, selepas bonus issues dengan nisbah 2:1 ini, harga saham syarikat berkenaan juga akan terbahagi mengikut nisbah bonus issues berkenaan. Harga terbaru saham syarikat akan menjadi sekitar RM1.00 dan jumlah saham yang diapungkan dalam pasaran akan meningkat kepada dua kali ganda.
2. Share Split Atau Subdivision

Share split pula biasanya dilakukan dengan tujuan untuk menjadikan harga saham syarikat menjadi lebih mampu milik. Aktiviti share split ini akan membahagikan satu unit saham yang dimiliki kepada beberapa unit lain mengikut nisbah yang ditetapkan.
Jika nisbah share split adalah 1-to-2 atau 1:2, dengan setiap satu unit saham yang dimiliki, saham tersebut akan terbahagi kepada dua unit. Jika perasan, cara bacaan nisbah untuk share split berbeza dengan bacaan nisbah bonus issues.

Sama dengan bonus issue, share split ini juga akan menyebabkan harga saham syarikat berkenaan berubah mengikut nisbah pecahan yang ditetapkan. Kebiasaanya harga akan jadi lebih murah selepas aktiviti ini dilaksanakan.
3. Share Consolidation

Aktiviti share consolidation adalah berlawan dengan share split di mana beberapa unit saham akan digabung untuk meningkatkan harga saham dan mengurangkan jumlah saham yang diapungkan. Sekiranya nisbah share consolidation adalah 1-for-10 atau 1:10, ini bermakna untuk setiap 10 unit saham yang dimiliki oleh pelabur, saham tersebut akan digabungkan menjadi satu unit.

Harga saham syarikat berkenaan akan naik selepas aktiviti share consolidation ini dilaksanakan mengikut nisbah yang ditetapkan. Namun jumlah unit pegangan pelabur dan jumlah saham yang diapungkan di pasaran juga akan berkurangan.
Kebiasaanya, akaun CDS kita tidak akan mengemas kini unrealised profit and loss jika terdapat sebarang perubahan harga akibat daripada aktiviti corporate exercise yang berlaku. Jangan terkejut apabila kita melihat portfolio tiba-tiba bertukar menjadi rugi sehingga berpuluh-puluh peratus. Nilai pegangan kita tetap saham, harga dan kuantiti saja yang berubah.
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.
Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM





![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)