• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, March 22, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Saham Global

Perbandingan Brokerage Fee Untuk Pelaburan Di Pasaran Saham Amerika Syarikat

in Saham Global
A A
Perbandingan Brokerage Fee Untuk Pelaburan Di Pasaran Saham Amerika Syarikat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Kepada pelabur yang berhajat untuk melabur di pasaran global, sudah pasti kita tertanya-tanya tentang trading platform yang mana merupakan pilihan terbaik untuk jual beli saham di Wall Street. Di antara faktor utama untuk dipertimbangkan oleh pelabur semestinya brokerage fee yang murah, iaitu kos jual beli saham yang ditawarkan oleh setiap platform yang ada.

Jadi, mari kita lihat brokerage fee yang ditawarkan oleh bank-bank pelaburan yang ada di Malaysia untuk pelaburan global.

1.    CGS-CIMB Securities

CGS-CIMB iTrade menawarkan brokerage fee berjumlah 0.40% atau fee minimanya berjumlah USD25.00 untuk setiap dagangan di pasaran saham Amerika Syarikat. Kos ini tidak termasuk kos-kos lain seperti kos stamp duty, cukai SST dan yang lain.

Berkaitan

Kenapa Harga Saham Apple Jatuh?

Bagus Sangat Ke Saham Nike?

Bukan Harga iPhone Je Diskaun, Harga Saham Apple Pun Tengah Diskaun

Platform CGS-CIMB iTrade ini juga merupakan platform pelaburan global yang patuh syariah. Untuk pelabur Muslim, kita boleh menggunakan perkhidmatan platform CGS-CIMB iTrade ini tanpa was-was.

Baca: 4 Kelebihan Trade Saham Global Dengan Akaun Islamik Daripada CGS-CIMB Securities

2.    Maybank Investment Bank

Untuk platform Maybank pula, brokerage fee yang dikenakan untuk pelaburan ke pasaran Amerika Syarikat adalah sekurang-kurangnya USD25.00. Kos ini juga tidak termasuk dengan kos-kos lain seperti stamp duty dan cukai SST yang dikenakan negara berkenaan.

Platform pelaburan global Maybank ini adalah tidak syariah buat masa ini. Jadi platform ini tidak sesuai untuk pelabur-pelabur Muslim ya.

3.    RHB Investment Bank

Bagi platform RHB Investment pula, brokerage fee yang dikenakan adalah 0.40% untuk pelaburan bawah RM100 ribu dan 0.31% untuk pelaburan melebihi RM100 ribu. Minima brokerage fee yang dikenakan adalah USD23.00. Sama seperti platform yang lain, kos yang dinyatakan ini tidak termasuk dengan kos lain seperti stamp duty dan cukui SST.

Jika dibandingkan dengan platform tempatan lain seperti di atas, RHB Investment menawarkan brokerage fee paling murah untuk pelaburan global.

Namun sayangnya, platform untuk jual beli saham global daripada RHB investment ini juga tidak patuh syariah buat masa ini.

4.    BIMB Investment

BIMB Investment juga ada menawarkan perkhidmatan perdagangan global . BIMB Investment menetapkan deposit sekurang-kurangnya RM15,000 sebelum membuat sebarang pembelian saham global kerana account ini adalah akaun cash upfront . Platform daripada BIMB Investment ini mempunyai sedikit kekurangan berbanding broker yang lain kerana pembelian saham global ini perlu melalui dealer atau remieser sahaja. Brokerage fee yang dikenakan adalah 0.6% atau sekurang-kurangnya RM140.

BIMB Investment ini merupakan anak syarikat Bank Islam Malaysia Berhad, jadi semestinya broker ini merupakan platform yang patuh syariah.

5.    Saxo Market

Saxo Market merupakan anak syarikat kepada Saxo Bank, yang merupakan bank pelaburan yang berasal daripada negara Denmark. Ianya merupakan broker yang diminati ramai di Malaysia.

Untuk pelaburan di pasaran Amerika Syarikat, Saxo Market menawarkan brokerange fee yang jauh lebih murah berbanding broker tempatan. Brokerage fee yang dikenakan hanyalah 0.06% atau minima USD4.00 sahaja.

Namun Saxo market ini juga bukan (belum) platform yang patuh syariah dan tidak sesuai untuk pelabur muslim.

Pasti ada yang berpendapat boleh saja menggunakan broker yang tidak patuh syariah tetapi dengan syarat menggunakan cash account atau cash upfront account. Dengan cara ini dapatlah mengelakkan daripada terlibat dalam aktiviti riba. Namun sayang sekali sangkaan ini adalah tidak tepat. Ini kerana wang tunai tersebut akan ditempatkan ke dalam akaun amanah dan wang yang tidak digunakan di dalam akaun ini kebiasaanya akan dilaburkan ke intrument yang ditetapkan oleh broker masing-masing. Jadi, jika kita menggunakan broker yang tidak patuh syariah, secara tidak langsung kita juga akan terlibat dalam amalan riba tanpa tidak sedar.

Ingatlah bahawa Allah memberikan ancaman kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung selain daripada menghilangkan berkat dan limpahan rahmat terhadap suatu transaksi riba yang dijalankan.

6.    MIDF Invest

MIDF Amanah Investment Bank Company Profile: Service Breakdown & Team |  PitchBook

Baru-baru ini, MIDF Invest telah melancarkan satu broker tempatan yang membolehkan pelabur melabur di pasaran antarabangsa dengan brokerage fee yang boleh dikatakan murah berbanding broker tempatan yang lain. Brokerage fee yang dikenakan hanya 0.40% atau minima USD5.00 sahaja untuk setiap pembelian atau jualan.

Perkhidmatan yang disediakan oleh MIDF ini merupakan akaun pelaburan nominee dan back end sistem yang digunakan disediakan oleh Saxo Bank.

Jadi, jika anda sebelum ini menggunakan akuan Saxo Bank, anda akan melihat persamaan dari segi platform back end yang digunakan.

MIDF Invest juga hadir dengan akaun pelaburan global yang patuh syariah sesuai dengan pelabur muslim seperti anda semua. Semakan saham-saham patuh syariah ini menggunakan perkhidmatan pihak ketiga iaitu Ideal Rating. Senarai saham patuh syariah ini akan dikemas kini tiga bulan sekali.

Kami cuma nak ingatkan sahaja. Kami faham yang sebelum ini memang kita tiada pilihan. Tetapi alhamdullillah sekarang pilihan itu dah ada.

Jadilah seorang pelabur yang bijak dan buatlah pilihan yang tepat.

Oh ya, berhati-hati juga jika menggunakan platform broker yang berasaskan CFD. Baca lagi Apakah Hukum dan Status Syariah Untuk Options Trading serta CFD?

Baca juga Aplikasi Untuk Tentukan Saham Patuh Syariah Di Pasaran Saham Global

Sedap buat duit dalam USD. Saham-saham gergasi dunia seperti Microsoft, Google, Twitter dan Zoom semua ada di Wall Street.

Kejap, tahu tak berapa pulangan saham ini pada 2020?

Zoom – 390.86%
AMD – 86.78%
Twitter – 67.65%
Microsoft – 38.48%
Google (Alphabet) – 28.05%

Dan yang bestnya, minimum unit untuk memiliki saham ini semua hanya satu unit je.

Teringin nak explore pasaran saham Wall Street?

E-BOOK – Dari Malaysia Ke Wall Street

Anda akan didedahkan dengan:

  • 3 indeks yang ada di Wall Street
  • Kenali broker-broker yang ada untuk jual beli saham Wall Street
  • Cara menentukan saham patuh syariah
  • Cara pilih saham-saham berkualiti
  • Cara pilih saham mengikut kriteria
  • Teknik berkesan beli saham Wall Street
  • Dividen aristokrat di Wall Street
  • Market Screener
  • FAQ tentang pelaburan saham global

Miliki sekarang pada harga Early Bird, RM77 sahaja. Kami yakin anda akan puas hati. Klik DariMalaysiakeWallStreet

Share3447ShareSend

Related Posts

Kenapa Harga Saham Apple Jatuh?
Saham Global

Kenapa Harga Saham Apple Jatuh?

2 months ago
Bagus Sangat Ke Saham Nike?
Saham Global

Bagus Sangat Ke Saham Nike?

6 months ago
Bukan Harga iPhone Je Diskaun, Harga Saham Apple Pun Tengah Diskaun
Catalyst

Bukan Harga iPhone Je Diskaun, Harga Saham Apple Pun Tengah Diskaun

7 months ago
Kenapa Elon Musk Tak Jadi Beli Twitter?
Saham

Kenapa Elon Musk Tak Jadi Beli Twitter?

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In