• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, November 2, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Nak Beli Saham Apa Ni Wei!?

in Asas Saham, Fundamental Analisis, Produk
A A
Nak Beli Saham Apa Ni Wei!?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Banyak sangat pilihan saham dekat Bursa Malaysia, nak beli yang mana satu?

Soalan yang sangat kerap ditanyakan oleh pelabur saham hari ini sehingga ada antara mereka mengambil jalan mudah dengan mendapatkan buy call daripada orang lain tanpa memahami dan mengenali saham syarikat yang mereka beli. 

Perkara yang paling penting untuk menjawab saham apa yang hendak dibeli ini adalah dengan membuat kajian yang lebih terperinci terutamanya tentang fundamental syarikat tersebut.

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Kenapa nak tahu tentang fundamental syarikat?

Disebalik setiap saham yang didagangkan wujud sebuah perniagaan yang sedang berjalan.  Apabila kita membeli saham syarikat tersebut, kita sedang melabur dalam syarikat yang menjalankan perniagaan tersebut. 

Oleh sebab itu, sangat penting untuk kita kenal dan tahu tentang syarikat yang bakal kita laburkan sebelum membuat sebarang keputusan dalam pelaburan kita. 

Jadi apa yang kita perlu perhatikan tentang fundamental syarikat ini? Nak baca penyata kewangan syarikat tak pandai. 

Mari kita lihat perkara yang perlu kita lihat tentang fundamental sesebuah syarikat untuk masukkan syarikat tersebut dalam watchlist kita. 

1. Syarikat Untung Atau Rugi?

Secara logiknya, adakah kita akan melabur dalam syarikat yang kerap rugi? Semestinya kita lebih yakin jika melabur dalam syarikat yang kerap membuat keuntungan berbanding kerugian. 

Lebih baik lagi jika keuntungan syarikat meningkat lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya. Ini menandakan syarikat mengalami pertumbuhan yang sihat dari segi pendapatan dan perniagaan syarikat.

Selain itu, aliran tunai sesebuah syarikat juga sangat penting untuk memastikan syarikat mampu untuk meneruskan perniagaan dan menampung kos operasi mereka. 

Baca: Aliran Tunai Sesaham, Penentu Kekuatan Kewangan Syarikat

Tetapi tidak bermakna syarikat yang selalu untung harga sahamnya akan naik. Ini kerana pergerakan harga saham ini bergantung kepada permintaan dan penawaran saham tersebut di pasaran. 

Keuntungan sesebuah syarikat ini hanya salah satu faktor kepada peningkatan permintaan saham sesebuah syarikat dan faktor lain yang mempengaruhi harga saham syarikat adalah sentimen semasa. 

2. Sentimen Semasa Dan Pergerakan Harga Saham

Sumber: iStock

Seperti yang kita tahu bahawa pergerakan harga saham ini bergantung kepada permintaan dan penawaran sesuatu saham ini.

Perkara yang akan mempengaruhi supply dan demand saham ini adalah sentimen semasa sektor atau sentimen yang khusus berkenaan syarikat berkenaan. 

Apabila adanya sentimen yang baik, ianya akan mempengaruhi permintaan saham tersebut dan sebaliknya pula apabila wujudnya sentimen yang tidak baik terhadap sesebuah syarikat. 

Sentimen ini sangat meluas dan bukan semua saham syarikat akan bertindak balas dengan segera terhadap sentimen semasa. 

Syarikat yang kerap berada dalam radar penganalisa pasaran juga antara saham yang mempunyai potensi dari segi fundamental untuk harga sahamnya naik pada hari-hari berikutnya. 

3. Nisbah Kewangan Syarikat Bagus Atau Tidak

Sumber: iStock

Nisbah kewangan ini mungkin perkara yang baru kepada mereka yang tidak mempunyai latar belakang kewangan. Namun perkara ini sebenarnya penting untuk diketahui dan difahami pelabur. Antara nisbah kewangan yang penting adalah seperti:-

  • Return On Equity (ROE)
  • PE Ratio (PER)
  • Net Tangible Asset (NTA)
  • Earning Per Share (EPS)

Nisbah ini ada yang digunakan untuk mengukur pendapatan syarikat, ada juga yang digunakan untuk menilai keupayaan syarikat menjana keuntungan.

Namun nisbah kewangan ini biasanya digunakan dengan cara yang kurang tepat. Cara yang biasanya digunakan hanya menilai nisbah kewangan sesebuah syarikat secara individu sahaja tanpa membuat perbandingan dengan syarikat yang lain. 

Cara penggunaan yang tepat adalah dengan membuat perbandingan dengan nisbah kewangan pesaing yang lain. 

Berikut merupakan antara perkara yang perlu diperhatikan untuk mencari saham yang berkualiti sebelum membuat keputusan belian.

Tidak dinafikan, ada saham yang tidak mempunyai ciri-ciri seperti yang diterangkan di atas tetapi harga sahamnya naik sangat tinggi. Jika begitu apa gunanya membuat kajian fundamental?

Tetapi anda melabur saham ini hanya berdasarkan kepada speculation semata-mata atau berdasarkan ilmu pengetahuan pelaburan yang betul? 

Dengan mengambil faktor tiga maklumat penting seperti yang diterangkan di atas, pelabur sudah boleh menjawab soalan saham apa yang patut dibeli dan memasukkan saham-saham tersebut dalam watchlist masing-masing. 

Kerja Makan Gaji Dan Tak Sempat Nak Monitor Saham? Kami Kongsikan Solusi!

Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.

Topik-topik yang bakal kami kongsikan

1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli

…Dan banyak lagi …

Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Kami janji akan dapat banyak ilmu dan mudah faham.

Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!

Memang berbaloi……

Apa tunggu lagi? Jom daftar sekarang!

DAFTAR WEBINAR SWING TRADING
Share1219ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

3 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

3 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In