• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Aliran Tunai Sesaham, Penentu Kekuatan Kewangan Syarikat

in Fundamental Analisis
A A
Aliran Tunai Sesaham, Penentu Kekuatan Kewangan Syarikat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Aliran tunai merupakan komponen yang amat penting bagi sesebuah syarikat. Secara asasnya, aliran tunai ini terbahagi kepada tiga iaitu aliran tunai daripada aktiviti operasi, aliran tunai daripada aktiviti pembiayaan dan aliran tunai daripada aktiviti pelaburan. Aliran tunai ini selalu digunakan oleh para penganalisa untuk menentukan kekuatan kewangan sesebuah syarikat.

Jadi, bagaimana pula aliran tunai sesaham boleh menjadi penentu kekuatan kewangan sesuatu syarikat? Untuk menjawab soalan ini, kita perlu tahu dulu apa itu aliran tunai sesaham.

Apa Itu Aliran Tunai Sesaham?

Aliran tunai sesaham adalah nilai perolehan selepas cukai dan ditambah semula dengan susut nilai dan nilai pelunasan (amortisation) untuk setiap pegangan sesaham. Fungsi nisbah ini adalah untuk mengukur kekuatan kewangan syarikat dan jumlah tunai yang akan pelabur terima kembali. Ramai di kalangan penganalisa kewangan lebih mengutamakan nilai nisbah aliran tunai sesaham berbanding nilai perolehan sesaham atau Earnings Per Share (EPS).

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Ini kerana nisbah EPS lebih mudah untuk dimanipulasi berbanding nilai nisbah aliran tunai sesaham. Formula untuk nisbah ini adalah seperti berikut.

Aliran tunai sesaham ini dikira sebagai nisbah yang menandakan jumlah tunai yang dijanakan oleh perniagaan syarikat berdasarkan nilai perolehan bersih syarikat, dan ditambah semula kos susut nilai dan pelunasan aset syarikat. Ini kerana perbelanjaan yang terlibat untuk susut nilai dan pelunasan aset ini tidak menggunakan tunai secara zahirnya. Penambahan dua kos ini adalah bertujuan untuk mengelakkan kesan deflasi buatan.

Kaitan Aliran Tunai Sesaham dan Kekuatan Kewangan Syarikat

Dalam formula aliran tunai sesaham ini, formula yang digunakan adalah aliran tunai daripada aktiviti operasi. Aliran tunai operasi ini dijana hasil daripada operasi utama syarikat. Tunai daripada operasi ini menentukan sama ada syarikat menjana tunai yang cukup untuk menampung kegiatan operasinya.

Jika aliran tunai operasi ini tidak mencukupi, syarikat perlukan peruntukkan kewangan daripada luar untuk meguruskan perbelanjaan modal syarikat.

Dengan berpandukan formula di atas, ternyata bahawa aliran tunai daripada aktiviti operasi ini sangat berhubung kait dengan kekuatan kewangan syarikat. Jika aliran tunai operasi ini tidak mencukupi, bermakna syarikat tidak mampu untuk membayar kos operasi mereka dan memerlukan dana lain untuk menampung kos operasinya. Ini menunjukkan bahawa aliran tunai syarikat berada dalam keadaan yang tidak sihat.

Sumber: Bursa Malaysia

Gambar di atas adalah contoh syarikat yang mempunyai aliran tunai operasi yang positif. Syarikat ini mampu untuk menampung perbelanjaan modalnya tanpa memerlukan dana lain untuk meneruskan operasi perniagaannya. Boleh dirumuskan bahawa semakin tinggi nilai aliran tunai operasi syarikat, semakin kuat tahap kewangan syarikat.

Sumber: Bursa Malaysia

Gambar di atas pula adalah contoh syarikat yang mempunyai aliran tunai operasi yang negatif. Ini bermakna, untuk meneruskan operasinya, syarikat memerlukan dana lain melalui pinjaman atau jaminan daripada pihak lain. Syarikat seperti ini juga perlu memotong kos untuk berjimat seperti mengurangkan jumlah pekerja, menjual aset dan sebagainya. Kewangan syarikat seperti ini sedang berada dalam keadaan sakit daripada segi aliran tunainya.

Jika tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak, kemungkinan syarikat terpaksa menamatkan perkhidmatannya dan gulung tikar.

Rumusan

Sebagai seorang pelabur yang bijak, sebelum kita nak melabur duit hasil dari titik peluh kita ke kaunter-kaunter yang sedang hangat, ambil sedikit masa untuk melihat aliran tunai syarikat. Sekurang-kurangnya kita tahu kekuatan kewangan syarikat yang kita hendak laburkan yang dapat membantu kita untuk membuat penilaian terhadap kaunter tersebut.

Jika pakar-pakar penganalisa juga mengambil berat tentang aliran tunai ini, mengapa tidak kita?

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout

MILIKI E-BOOK BUY ON BREAKOUT
Share628ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

10 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

10 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

10 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In