Nama Besar Seperti Tesla juga harus berjaga-jaga dengan syarikat teknologi seperti Apple dan Google.
Antara kaunter paling hot untuk tahun 2021 adalah kaunter-kaunter yang berkaitan dengan sektor kenderaan elektrik. Sejak kemenangan Joe Biden dalam pilihan raya Amerika Syarikat, dikatakan hampir semua syarikat yang membangunkan sektor teknologi hijau mendaki carta harga saham.
Melihat kepada kebangkitan teknologi kenderaan tanpa minyak, apakah yang boleh pelabur harapkan untuk pelaburan masa depan? Hari ini kita akan cuba teliti bersama.
Tesla Inc merupakan syarikat yang tidak asing lagi apabila kita berbincang berkenaan dengan topik kenderaan elektrik. Kenderaan elektrik yang pertama dijual oleh Tesla Inc adalah pada 13 tahun yang lalu.
Tahun 2020 menunjukkan pengurangan jualan Tesla Inc yang hanya mencapai 5% jualan antarabangsa. Antara faktor terbesar yang menyumbang kepada pengurangan jualan adalah kerana harga kenderaan elektrik yang lebih mahal daripada kenderaan yang menggunakan bahan api.
Stesen pengecasan elektrik masih kurang di kebanyakan negara. Namun, landskap penggunaan kenderaan elektrik berubah tahun demi tahun. Kerajaan di kebanyakan negara semakin agresif dalam mengambil inisiatif untuk menggalakkan rakyat menggunakan kenderaan elektrik.
Pelbagai inisiatif yang dilaksanakan seperti penyediaan subsidi pengguna, insentif cukai, serta hukuman dan penalti di bawah akta zero-emissions. Kesannya, penggunaan kenderaan elektrik semakin meningkat.
China boleh dikatakan negara terbaik dalam melaksanakan inisiatif ini. Kerajaan China ibarat kunci kepada penggunaan kenderaan elektrik dalam negara mereka. Polisi terbaru berkenaan New Energy Vehicle (NEV) dikatakan paling komprehensif dan tampuk kepimpinan menjalankan kempen penggunaan kenderaan elektrik dengan sangat efektif.
USD10 bilion dilaburkan sebagai subsidi kepada pengguna kenderaan elektrik dan penyediaan infrasktruktur pengecasan di seluruh negara. Penggunaan NEV dijangka mampu meningkatkan jumlah penjualan kenderaan elektrik kepada 20% menjelang 2025, disokong oleh perancangan 5 tahun negara.
Peningkatan penggunaan kenderaan elektrik dan penyediaan insentif yang pelbagai oleh pihak kerajaan,n membuatkan kebanyakan syarikat pembuatan kereta membuka pelan baru pembuatan kenderaan elektrik dengan lebih agresif. Sebagai contoh, Volkswagen Group merancang untuk melancarkan beberapa model kenderaan elektrik terbaru dalam beberapa tahun ke hadapan ini.
Perkara ini mampu membantu syarikat ini meningkatkan keuntungan jualan dengan kadar 6%-8% iaitu lebih 2 kali ganda berbanding tahun 2020. Syarikat ini juga merancang untuk mendapatkan 30% jualan menjelang tahun 2030. Volkswagen turut merancang untuk membina 6 buah kilang bateri di Eropah, begitu juga dengan pembinaan infrakstruktur pengecasan.
Segala informasi tentang kenderaan elektrik yang positif ini pastinya akan memberi kesan yang baik kepada saham-saham yang terlibat. Namun, ada satu hakikat yang kita perlu fikirkan.
Kereta hanyalah kereta. Sejenis kenderaan yang membawa kita dari titik A ke titik B. Tidak kiralah sama ada menggunakan gas atau minyak atau elektrik. Permintaannya masih sama. Bilangan jualan kenderaan adalah pada kadar 47 juta pada tahun 2020 dan ini merupakan jumlah tahunan untuk 9 buah syarikat pembuatan kenderaan tertinggi jualannya. Keuntungan mereka mencapai sehingga USD1.35 trilion.
Hakikatnya, apabila kenderaan mampu untuk bergerak sendiri dengan bantuan teknologi, permintaan terhadap kenderaan akan berkurang kerana kenderaan dalam sektor kemudahan awam akan meningkat. Dalam erti kata lain, apabila berlakunya peningkatan dalam perkembangan teknologi untuk kenderaan awam, maka akan berlaku pengurangan permintaan pada masa akan datang.
Syarikat-syarikat yang menghasilkan kenderaan elektrik termasuk Tesla terpaksa bersaing dalam pasaran kenderaan dengan banyak syarikat pembuatan kenderaan sedia ada. Kita juga boleh membayangkan syarikat yang menjual kenderaan elektrik ini juga tidak akan dapat mengganggu sektor kenderaan yang sedia ada kerana mereka juga menjual kenderaan. Legasi pembuatan kenderaan yang sedia ada tidak akan berhadapan dengan mana-mana saingan kerana mereka sememangnya sudah lama berada dalam pasaran berbanding sektor kenderaan elektrik.
Antara case study yang boleh kita lihat adalah seperti kenderaan elektrik yang paling laris pada tahun 2019 merupakan kenderaan Renault SA’s Zoe.
Kenderaan ini merupakan kenderaan yang berjaya mengatasi Model 3 daripada Tesla. Walaupun ianya merupakan model teratas pada tahun 2019 tetapi pada tahun 2020, jualannya menurun sebanyak 9%. Pada tahun 2020, Tesla tidak lagi berada di atas bagi kenderaan elektrik tetapi Volkswagen telah menjadi pengeluar terbesar Fully Battery Vehicles (BEV) dengan pegangan pasaran sebanyak 24%.
Tesla kini hanya memegang 13% market share, berbanding dengan 29% market share pada tahun lepas. Ianya disebabkan oleh persaingan kenderaan elektrik yang semakin sengit. Mereka hanya menduduki tangga keenam untuk pembuatan BEV pada Januari 2021.
Satu lagi case study yang boleh kita teliti adalah pasaran kenderaan elektrik di China yang mana Model 3 telah terkebelakang dengan adanya Wuling Hong Guang Mini (dikeluarkan oleh syarikat SA-IC-GM-Wuling Atuomobile, sebuah produk gabungan di antara GM dan syarikat China: Liuzhou Wuling Motors Co.). Kerana itu jugalah Tesla terpaksa menurunkan harga akibat persaingan yang banyak daripada berates-ratus syarikat di China.
Elon Musk, pemilik Tesla telah pun mengalihkan fokus kepada pasaran kenderaan awam yang mampu bergerak sendiri. Cuba anda bayangkan, kenderaan awam dikawal dengan Artificial Intelligence (AI) yang beroperasi selama 24 jam sehari dan mempunyai keselamatan serta kecekapanyang tinggi. Apakah perkara ini dapat menyelesaikan sebahagian daripada permasalahan sedia ada?
Mengapa Tesla tetapi bukan syarikat yang terkenal dengan sistem kenderaan awam yang kukuh seperti Uber Technologies Ltd yang ke depan dalam isu ini?
Ada beberapa syarikat lain lagi yang mampu mencipta kenderaan sebegini rupa. Pertama, Google telah pun mencipta servis yang pertama dengan teksi tanpa pemandu di Phoenix, Arizona walaupun pengkomersialan masih lagi dalam proses. Kereta ini dipanggil Waymo.
Kedua, Apple yang terkenal dengan iPhone. Sekiranya mereka dapat mencipta telefon pintar iPhone mereka bersama kenderaan tanpa pemandu yang dapat membaca AI dengan baik, sudah pasti peminat-peminat Apple akan berbangga dan menyokongnya.
Seperti yang kita tahu Apple sudah mempunyai semua ilmu komponen teknologi seperti operating system (iOS), software canggih seperti Maps, bateri, pengecas, kamera, teknologi pengesan, cip dan pemproses teras yang digabungkan bersama. Tambahan pula Apple CarPlay di dalam iPhone sudah mampu terhubung dengan sesetengah kenderaan walaupun hanya sekadar secara asas.
Sekarang kita lebih jelas lagi dengan sektor kenderaan elektrik yang bukan sahaja harus bersaing dengan kenderaan tradisional sedia ada, tetapi dengan saingan masa hadapan yang mungkin datang daripada syarikat gergasi sektor teknologi seperti Google dan Apple.
Persoalannya, siapakah yang akhirnya akan dapat menguasai pasaran kenderaan? Hakikatnya persoalan ini sukar untuk diberikan jawapan sekarang kerana industri kenderaan elektrik ini sangat cepat berkembang dan sangat mudah terkesan dengan perubahan teknologi.
First Step Melabur Di Wall Street
Dah lama pendam niat nak melabur saham di Wall Street?
Nak ada pegangan saham syarikat yang terkemuka di dunia seperti Facebook, Google, Tesla dan banyak lagi?
Nak merasa buat duit ekstra dalam USD?
Kami tahu kebanyakan buku-buku yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…
Jangan risau…
Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang mudah difahami.
Tak kira anda pelabur baru atau lama, e-book ini memang sesuai untuk anda.
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
• 3 indeks yang ada di Wall Street
• Cara pilih saham-saham yang berkualiti
• Cara pilih saham mengikut kriteria
• Teknik yang berkesan untuk beli saham Wall Street
• Cara menentukan saham patuh syariah atau tidak
• Kenali broker-broker yang ada untuk jual beli saham Wall Street
• Dua screener percuma
Dapatkannya sekarang di -> eBook Dari Malaysia Ke Wall Street