Mengenali candlestick merupakan salah satu kunci untuk menyelamatkan diri daripada kerugian dan terbang bersama profit. Sebagai trader, kita kena berhati-hati dan perhatikan candlestick apa yang yang mampu dijadikan indikator untuk masuk atau keluar sesuatu kaunter.
1. Marubozu
Ciri-ciri candlestick ini badannya memanjang penuh dan tidak mempunyai bayang-bayang.
– Warna hijau dipanggil Bullish Marubozu, menjadi indikator bahawa tren harga akan terus naik kerana minat belian meningkat.
– Warna merah pula dipanggil Bearish Marubozu, ianya memberi signal tren akan berterusan mengalami penurunan kerana penjualan melonjak.
2. Hammer & Hanging Man
Candlestick ini badan bahagian atasnya berdekatan dengan harga pembukaan dan tiada bayang-bayang pada bahagian ini. Bahagian bawahnya pula mempunyai bayang-bayang 2 atau 3 kali ganda panjang daripada ketinggian badan. Namanya pula bergantung kepada tren harga.
– Sekiranya downtrend, maka candlestick ini dipanggil Hammer yang memberi indikator penukaran arah kepada uptrend.
– Hanging Man pula berada di uptrend dan menjadi penanda penukaran arah kepada downtrend.
3. Inverted Hammer & Shooting Star
Jenis ini pula badannya berada di bahagian bawah berdekatan dengan harga penutup. Bayang-bayang di bahagian atas 2 atau 3 kali ganda panjang daripada ketinggian badan candlestick.
– Inverted Hammer: boleh dijumpai di downtrend dan memberi indikator penukaran arah kepada uptrend.
– Shooting Star: berada di uptrend dan memberi signal penukaran arah kepada downtrend.
4. Engulfing
Pada pattern candlestick ini terdapat 2 candlestick. Bagi candlestick ini bayang-bayang tidak penting. Untuk membezakan antara Bullish dan Bearish kita akan lihat warna candlestick.
– Bullish Engulfing: Candlestick pertama berwarna merah dan diikuti candlestick hijau yang merangkumi kesemua saiz candlestick merah yang pertama. Ianya memberi indikator penukaran arah daripada downtrend kepada uptrend.
– Bearish Engulfing: Yang pertama berwarna hijau dan kedua berwarna merah yang mana saiz candlestick kedua ini merangkumi saiz candlestick pertama. Ini signal kepada penukaran arah uptrend kepada downtrend.
5. Morning Star & Evening Star
Pola candlestick ini terdapat 3 candlestick. Bayang-bayangnya juga tidak penting. Pembentukkan candlestick ini terdapat 3 syarat.
– Morning Star: Candlestick pertama berwarna merah. Candlestick kedua haruslah kecil dan warna tidak penting. Ketiga berwarna hijau. Ianya memberi signal penukaran arah downtrend kepada uptrend.
– Evening Star: Candlestick pertama berwarna hijau. Candlestick kedua haruslah kecil dan warna tidak penting. Ketiga berwarna merah. Ianya memberi signal penukaran arah uptrend kepada downtrend.
Mengenali candlestick merupakan salah satu kunci untuk menyelamatkan diri dari kerugian dan terbang bersama profit. Sebagai trader berhati-hati dan perhatikanlah candlestick apa yang memberi indikator untuk masuk atau keluar kaunter.
Semua yang anda perlu tahu untuk meraih pulangan yang baik di pasaran saham… dengan meminimakan risiko kerugian.
Kami juga tidak menjanjikan yang anda akan confirm buat untung gila-gila selepas belajar teknik ini. Tetapi jika anda mencari teknik yang boleh memberi pulangan yang konsisten, maka wajib dapatkan video ini.
Ini 3 masalah utama sebelum berjaya buat duit dekat pasaran saham
1. Tak tahu nak beli saham apa?
2. Bila boleh beli saham?
3. Bila kena jual saham tu?
Sebenarnya semua ini boleh terjawab jika pandai baca Candlestick.
Jadi khas untuk memudahkan anda, kami hasilkan video Masterclass sulung.
CANDLESTICK SAHAM
bersama Tuan Haji Zainal Ariffin bin Osman
(MSTA, CFTE, IFTA, UKSTA, MATA)
ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI VIDEO INI
1. Pengenalan kepada ‘Price Action’
2. Bagaimana mengukur kekuatan Price Action dengan candlestick?
3. Bullish Candlestick pattern yang menunjukkan harga akan beralih arah
4. Bearish reversal pattern
5. Peranan volume untuk mengesahkan pergerakan candle
6. Candlestick trading setup
7. Cara menggunakan candlestick dengan trend dan oscillator
8. Cara menggunakan candlestick dengan RSI
Sekejap, belum habis lagi…
✅ BONUS
1. Penggunaan Heiken Ashi
2. Candlestick pattern Screener
3. Set target menggunakan candlestick
4. Set stop loss menggunakan candlestick
Speaker memang otai, modul pun terbaik.
InshaAllah video pembelajaran secara santai ini dapat bantu anda memahami Analisis Teknikal (TA) yang selalu disebut oleh sifu-sifu saham.
Yang penting, video ini sesuai sangat untuk pelabur dan pedagang saham newbie. Boleh tengok ulang-ulang sampai faham.
KINI DIBUKA UNTUK PRE-ORDER!
Kepada yang bertindak awal, ada harga istimewa menanti, cepat klik:
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
DISCLAIMER: Program ini bertujuan pendidikan sahaja. Program ini tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit untuk urusan pelaburan. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.