• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

#ICYMI Pengumuman Besar Di AS Dan Kesan Kepada Pasaran Saham Malaysia Dan Serantau

in Berita, Market Update
A A
#ICYMI Pengumuman Besar Di AS Dan Kesan Kepada Pasaran Saham Malaysia Dan Serantau
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pada minggu lalu, boleh dikatakan semua pasaran dunia mengalami kejatuhan yang besar sehingga ada yang mencapai paras 52 minggu terendah. Sejak awal bulan lagi, pasaran saham mula menunjukkan tanda-tanda kejatuhan dengan indeks utama dunia Dow Jones membuat paras low yang baru. Sejak awal tahun 2022, indeks utama ini telah membuat kejatuhan 20%.

Sumber: TradingView

Banyak peristiwa yang menyumbang kepada kemelut ekonomi dunia pada tahun ini. Antara salah satunya adalah Perang Russia-Ukraine yang belum ada tanda-tanda perdamaian. Pada minggu lalu menyaksikan pasaran membuat kejatuhan dengan lebih drastik hal ini kerana pengumuman-pengumuman besar di Amerika Syarikat (AS). Kita mulakan dengan pengumuman peningkatan kadar faedah oleh Federal Open Market Committee (FOMC).

Berita asal: Keputusan Fed Naikkan Kadar Faedah Dorong Ringgit Dibuka Tinggi Pagi Ini

FOMC telah meningkat kadar faedah lebih tinggi daripada pasaran jangkakan iaitu 50 basis poin. Pada hari Khamis, 16 Jun yang lalu pihak FOMC telah meningkatkan kadar tersebut dengan 75 basis poin. Peningkatan yang paling mendadak pernah dibuat sejak tahun 1994 oleh pihak FOMC. Hal ini telah menyebabkan pasaran membuat kejatuhan disebabkan kos untuk menjalankan perniagaan selepas ini akan meningkat. Sejak mesyuarat Januari 2022, pelabur telah jangkakan FOMC akan menaikkan kadar interest secara berperingkat pada tahun ini. Pada bulan Mac yang lalu, FOMC telahpun menaikkan kadar faedah sebanyak 25 basis poin.

Sumber: https://ycharts.com/indicators/us_inflation_rate

Selain daripada berita kenaikan kadar faedah secara mendadak, pelabur juga dibelenggu dengan kadar inflasi yang sangat tinggi di Amerika Syarikat. Pada minggu lepas, pengumuman kadar inflasi mencecah paras 8.6%. Kadar inflasi di Amerika berada pada tahap paling buruk dalam tempoh 40 tahun. Hal ini kerana ketidakseimbangan antara supply dan demand dalam rangkaian bekalan. Peningkatan harga barang tidak dapat dikawal lagi oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS).

Oleh sebab dua pengumuman besar ini, pasaran mengalami kejatuhan sepanjang minggu ini. Begitu juga indeks KLCI, sejak hari Isnin yang lepas, indeks KLCI telah jatuh sebanyak 40 mata bersamaan -2.5%. Pasaran serantau di Asia juga mengalami kejatuhan antara 2%-5%. Indonesia (-2.3%), China (-2.2%), Korea (-5.5%), Thailand (-3%).

Pada mesyuarat FOMC yang lepas juga, pengerusi Jerome Powell mengulangi bahawa polisi FOMC pada tahun ini akan menaikkan kadar faedah sehingga 1.9%. Presiden Amerika Joe Biden pula baru-baru ini menyatakan bahawa kemelesetan ekonomi sudah tidak dapat dibendung lagi. Kita sudah memasuki fasa bearish dalam pasaran.

Bagi semua pelabur, pastikan sentiasa mengamalkan pengurusan risiko yang ketat. Pasaran lain seperti kripto sudah mengalami kejatuhan hampir 80%-90% bagi kebanyakkan coin yang didagangkan. Nasihat terbaik untuk masa sekarang adalah berhati-hati jika hendak memasuki pasaran. Jika tidak, rehat dahulu dan tunggu peluang yang sesuai untuk memasuki pasaran. Ingat, cash is king.

Share918ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In