• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Keputusan Fed Naikkan Kadar Faedah Dorong Ringgit Dibuka Tinggi Pagi Ini

in Berita
A A
Keputusan Fed Naikkan Kadar Faedah Dorong Ringgit Dibuka Tinggi Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) — Nilai ringgit terus meningkat untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini berikutan keputusan Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas, kata seorang peniaga.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai berbanding dolar kepada 4.3970/3995 daripada penutupan Rabu pada 4.4120/4150.

Ketua Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Fed menaikkan kadar faedah kepada antara 1.50 peratus dan 1.75 peratus semasa mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) malam tadi.

“Kini terdapat lebih kejelasan akan keputusan Fed yang menunjukkan mereka mahu fokus kepada memerangi inflasi. Berdasarkan unjuran terbaru mereka, Kadar Dana Fed dijangka mencapai 3.50 peratus menjelang akhir tahun dan ini bermakna 175 mata asas lagi akan diumumkan pada baki tahun 2022,” katanya kepada Bernama.

Pada 2023, Kadar Dana Fed boleh mencapai antara 3.75 peratus dan 4.00 peratus, manakala pada 2024 ia mungkin turun kepada 3.25 peratus hingga 3.50 peratus, katanya.

Mohd Afzanizam berkata kadar kenaikan kadar faedah akan perlahan pada masa hadapan dan mereka mungkin mahu menghentikannya buat seketika pada 2023.

Justeru, ia menambah ini sepatutnya melegakan pasaran bahawa Fed komited untuk membawa pendirian dasar monetari mereka ke dalam zon sekatan yang boleh membawa kepada penyederhanaan dalam kadar inflasi.

Susulan daripada keputusan Fed, beliau berkata aset berisiko seperti pasaran ekuiti menyokong keputusan itu dengan barometer utama —  S&P 500 melantun semula sebanyak 1.46 peratus untuk ditutup pada 3,789.99 mata manakala sekuriti Perbendaharaan AS dua tahun dan 10 tahun, masing-masing meningkat sebanyak 24 dan 19 mata asas untuk ditutup pada 3.19 peratus dan 3.28 peratus.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan itu meningkat nilainya berbanding dolar Singapura kepada 3.1697/1720 daripada penutup Rabu 3.1732/1758, mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.2750/2773 daripada 3.2815/2840 dan menambah nilai berbanding euro kepada 4.5962/5988 daripada 4.6277/6309 sebelumnya.

Bagaimanapun, ia turun berbanding pound Britain kepada 5.3542/3573 daripada 5.3323/3360 pada penutup Rabu.

— BERNAMA

Share256ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In