• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Technical Analysis

Hubungkait Antara Harga & Volume Yang Trader Perlu Tahu

in Technical Analysis
A A
Hubungkait Antara Harga & Volume Yang Trader Perlu Tahu
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High

Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)

Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025

Sudah menjadi kebiasaan sebagai seorang pelabur atau pedagang saham untuk membuka komputer riba atau telefon pintar dan memerhati carta harga saham supaya dapat memastikan pelaburan yang dibuat meraih keuntungan. 

Apabila berbincang tentang carta harga saham, ianya sangatlah sinonim dan dekat dengan Technical Analysis berbanding Fundamental Analysis. Hal ini kerana untuk memerhati harga kaunter dengan baik, ilmu-ilmu seperti market phase, volume, candlestick, indicator dan lain-lain sememangnya sangat penting.

Dalam analisa teknikal sesebuah kaunter atau syarikat, terdapat satu teknik untuk seseorang pedagang gunakan agar dapat menyelesaikan pelbagai permasalahan semasa memerhati sesuatu kaunter. Teknik yang dikatakan ini adalah hubungkait antara harga saham dan volume belian saham tersebut.

Persoalan yang sering kita tanya adalah seperti bilakah volume yang banyak diperlukan? Apakah waktu yang volume sedikit itu sesuatu yang biasa? Kebiasaannya juga ada juga yang mengatakan volume sedikit adalah sell signal.  Adakah hal itu benar? Sekiranya benar, apakah tindakan yang terbaik boleh diambil pada masa tersebut? 

Hal ini kerana sebagai seorang yang berpengalaman dalam pelaburan saham, kita haruslah membuang segala harapan yang volume akan sentiasa banyak. Dalam waktu tertentu, volume juga akan jatuh dan bagaimana kita boleh menghubungkaitkan dengan harga untuk dapat gambaran lebih jelas supaya tidak menjadi Fear Of Missing Out (FOMO). 

Teknik ini memungkinkan para trader mendapatkan hasil yang baik, tetapi dengan intonasi yang bahawasanya teknik lain bukanlah tidak penting, tetapi lebih kepada menjadi pelengkap kepada teknik hubungkait harga saham dan volume ini.

Secara asasnya, apa yang perlu ditanamkan dalam ingatan seorang trader adalah pergerakan harga akan berlaku mengikut bekalan dan permintaan (supply and demand). Sekiranya permintaan melebihi bekalan, maka harga akan meningkat dan begitu juga sebaliknya. Contohnya di Malaysia pada Hari Raya Aidilfitri, waktu apakah yang paling sesuai untuk membeli kuih raya dengan harga yang paling berbaloi? Semestinya pada malam pertama raya kerana ketika itu pastinya akan ada harga lelong yang sangat berbaloi untuk para pembeli membeli kuih raya tersebut. Kita perlu tahu pada waktu itu potongan harga yang dilakukan adalah kerana pada esok harinya kedai-kedai akan tutup untuk menyambut Hari Raya. 

Fokus utama dalam contoh ini, kita akan lihat sekiranya kita membeli bukan pada malam raya, susah untuk dapatkan harga yang rendah kerana permintaan sebelum malam raya masih lagi tinggi. Sekiranya kita tidak beli, penjual masih lagi boleh menunggu pembeli yang lain. 

BIG DOG on Twitter: "I've seen some confusion about price + volume. When price  and volume are in sync (either ascending or descending) it's bullish. When price  and volume out of sync (

Begitu juga dengan harga saham dan volume sentiasa akan ada perubahan kerana bekalan dan permintaan ini sering terjadi perubahan. Kenapa perubahan ini berlaku? Semua ini bergantung kepada emosi para pedagang dan pelabur pada waktu itu. 

Sekiranya ekonomi ketika itu bagus dan keadaan sangat memberangsangkan dengan emosi para pedagang dan pelabur sedang bergembira mendapat bonus, gaji dan sebagainya. Emosi kegembiraan ini akan membuat para pelabur dan pedagang lebih cenderung untuk membeli daripada menjual. 

Hal ini akan menyebabkan harga pasaran saham akan bergerak naik. Sebaliknya sekiranya seperti sekarang apabila datangnya pandemik Covid-19, banyak kerisauan yang berlaku seperti tidak dibenarkan pulang ke kampung, pergerakan dikawal dengan ketat, anak-anak tidak boleh hantar ke sekolah dan lain-lain sebab ini menyebabkan tekanan dan kegusaran. Ketika ini, tekanan ini akan menyebabkan kecenderungan pembelian akan berkurang. 

Emosi pelabur dan pedagang akan terganggu dan perubahan bekalan dan permintaan juga terusik. Inilah permainan emosi yang memberi kesan kepada volume belian dan harga pasaran.

Pergerakan harga mempunyai tiga secara asasnya, uptrend, sideways dan downtrend. Dalam dunia bisnes atau perniagaan pula, fasa permulaan atau start up akan banyak menyentuh berkenaan produk apa yang sesuai untuk dijual, di mana tempat yang boleh dibuat jualan yang strategik, berapa ramai pekerja yang diperlukan dan lain-lain.

Selesai fasa tersebut, syarikat akan berkembang atau fasa ini dikenali sebagai fasa growth. Seterusnya bisnes itu sekiranya berjaya, ia akan berkembang dan masuk kepada fasa matured. Pada fasa ini, di mana semua orang sudah mengenali produk yang dijual. Contohnya seperti Facebook, Petronas, Telekom, Sime Darby dan lain-lain. Bisnes pada fasa ini masih lagi berkembang tetapi ruang perkembangannya sangat terhad. 

Walaupun untung yang dapat mereka hasilkan banyak sehingga mungkin berjuta-juta, tetapi sekiranya mereka tidak dapat bersaing dengan persaing baru atau melakukan adaptasi dengan pergerakan tren terbaru, syarikat gergasi yang kita nyatakan tadi boleh juga menjunam dalam lembah kerugian. 

Contoh yang pernah berlaku kepada jenama telefon bimbit yang popular suatu masa lalu, iaitu Nokia. Sekitar tahun 1990 boleh dikatakan di mana-mana dan sesiapa sahaja mempunyai telefon bimbit ini. Tetapi akibat tidak dapat mengikut tren terbaru dan gagal bersaing, mereka jatuh. Fasa inilah yang kita panggil declining. 

Dengan penjelasan tentang fasa bisnes, kita perlu tahu hubungkait dunia perniagaan ini sangat dekat dengan dunia saham. Hal ini kerana saham juga adalah perniagaan. Contohnya, sektor semikonduktor ketika awal-awal fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. 

Keperluan untuk bekerja dan belajar dari rumah menyebabkan rakyat tanpa mengira umur memerlukan telefon bimbit atau komputer riba. Permintaan yang meningkat menyebabkan minat belian juga akan meningkat. Akhirnya dengan minat belian yang mencanak itu akan memberi kesan yang baik kepada kenaikan harga saham. 

4 MARKET PHASES | Stock trading strategies, Trading charts, Stock market  basics

Jumlah fasa dalam pasaran saham seperti yang kita pernah bincangkan terdapat 4 fasa. Accumulation, mark up, distribution dan mark down. Semasa fasa accumulation, pengumpulan akan berlaku apabila transaksi jual dan beli pada kadar yang sama. Ini juga bermakna kebanyakan trend yang berlaku pada fasa ini adalah sideways kerana bekalan dan permintaan berada pada kadar yang sama. Minat belian atau volume juga berada pada paras yang sedikit. Kenapa? 

Hal ini kerana tiada pelabur atau pedagang yang tertarik dengan syarikat tersebut. Tiada catalyst atau news yang mampu menarik pedagang untuk melabur dalam syarikat tersebut. Contoh pada ketika ini, sektor minyak dan gas masih lagi tiada berita yang bagus. Jadinya tiada yang berminat untuk melabur dalam sektor tersebut. Tetapi tidaklah merupakan sesuatu yang aneh sekiranya kita dapati masih ada yang membeli saham pada fasa ini. 

Kita seharusnya perlu peka akan laporan yang dikeluarkan daripada syarikat-syarikat ini. Mereka yang berada dalam syarikat akan tahu lebih awal tentang situasi semasa syarikat tersebut. Tindakan mereka seterusnya adalah membeli saham syarikat tersebut pada fasa ini. Perkara ini juga dipanggil sebagai share–buy–back seperti yang berlaku kepada syarikat Top Glove dan juga Tan Sri Dr Lim Wee Chai. Sebagai founder syarikat ini, beliau telah membeli saham Top Glove pada trend sedang menurun yakni downtrend. Sekarang kita dapat lihat semula saham sektor penjagaan kesihatan ini meningkat semula dan beliau dengan holding power dapat mengaut keuntungan. 

Story : Malaysia Top Glove Company & Founder Lim Wee Chai – USD 4.6 Billion  Net Worth & Share Price Could Reach RM77.60 – The Coverage

Ramai yang kata, bila nak beli saham belilah saham pada trend sedang meningkat. Ramai juga yang kata bila hendak melabur perlu hebat dalam ilmu Technical Analysis dan Fundamental Analysis. Tetapi ramai lupa satu perkara yang penting juga di sebalik ilmu-ilmu tersebut iaitu holding power. 

Bukanlah di sini saya nyatakan ilmu-ilmu itu semua tidak penting, tetapi berapa ramai yang dapat betul-betul bertahan dengan emosi yang berbolak-balik ketika pasaran dan carta saham merudum jatuh? 

Kebijaksanaan memegang sesuatu saham bukan berada pada ilmu tetapi kepada keputusan seseorang trader yang bakal menentukan keuntungannya.

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share808ShareSend

Related Posts

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High
Catalyst

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High

11 months ago
Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)
Catalyst

Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)

1 year ago
Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025
Catalyst

Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025

1 year ago
Peningkatan Harga Sawit: Kerajaan Jangka Peroleh Keuntungan Cukai Lebih Rm348 Juta
Catalyst

Sektor Pilihan Hari Ini: Perladangan [5 Feb 2025]

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In